special

19.4K 1K 166
                                    

SETAHUN kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETAHUN kemudian.

Bunyi tangisan bayi mengejutkan Qaid yang baru sahaja ingin tidur, dengan malasnya dia bangun dari perbaringan.

"Siapa menangis?" Tanya Humaira dengan suara serak basah. Mata digosok untuk menghilangkan rasa ngantuk.

Kedua kaki diturunkan ke bawah.

"Tidur lah. Biar aku yang jaga, aku belum tidur lagi." Nafinya. Padahal dia dah nak tidur tadi kerana badannya terlalu letih.

Kedua kaki isterinya dinaikkan semula di atas katil lalu Qaid menolak perlahan tubuh Humaira supaya baring. Dia dah berjanji untuk menjaga anaknya sebaik sahaja mereka lahir.

Mereka? Ya Humaira melahirkan bayi kembar untuknya. Sepasang, lelaki dan perempuan. Rezeki Allah nak bagi.

Ayyash Al-Qarni dan Ayse Delisha.

Gelabah dia apabila lagi seorang anaknya menangis. Mungkin terjaga sebab si kembar menangis.

Tempat tidur si kembar dia dekati lalu kedua tubuh anak kembarnya dia gendong.

Qaid mengendong tubuh mereka berdua lalu berselawat bagi menenangkan anak anaknya.

"Sini lah, bawa Ayse dengan Ayyash tidur kat sini." Badan disandarkan pada kepala katil sambil melihat si suami yang sedang berselawat kepada anak kembarnya.

Bibirnya mengukir senyuman manis buat jejaka itu. Mesti Qaid penat, hari-hari kena berjaga demi si kembar. Nak ketawa pun ada. Dia ingat seorang sahaja yang bakal lahir, rupanya dua orang. Yang ambil tugasnya adalah Qaid, dari mandikan hingga tidurkan si kembar semua kerja suami.

Humaira cuba menghalang Qaid untuk melakukan kerja kerana jejaka itu banyak kerja lain yang perlu diuruskan, tetapi Qaid tidak kesah. Malah teruja kerana buat pertama kalinya dapat menjaga anak sendiri.

Qaid juga kata dia mahu membalas jasa dirinya kerana membesarkan Iskender seorang diri.

"Maira, Ayyash dengan Ayse nak menyusu tu." Pipi wanita idamannya disentuh lembut.

Apa yang Humaira berangan pun dia tidak tahu. Panggil berkali-kali bukan nak dengar.

"Ha ya, sini Ayse."

Baru sahaja dia ingin mengangkat baju. Humaira terpandang mata Qaid yang memandang ke arahnya.

"Pandang sana. Tak tahu malu ke tengok orang susukan anak?" Penumbuk ditunjukkan di hadapan muka suaminya.

Qaid mencebikkan bibirnya, kedekut.

"Bukan tak pernah..." Terhenti percakapan Qaid apabila mulutnya ditampar oleh Humaira.

Bibirnya diusap perlahan, bukan perlahan tapi kuat.

"Tak reti malu ke? Berani lah cakap lagi kalau nak kena tampar mulut kanda."

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now