36

7.3K 709 12
                                    

SEMAKIN tidak tentu hala mengenangkan Humaira tidak muncul-muncul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEMAKIN tidak tentu hala mengenangkan Humaira tidak muncul-muncul. Sudah ditanya pengawal yang menjaga pintu utama istana mengenai Huamira sama ada isterinya ada keluar ke tidak tetapi jawapan pengawal langsung tidak membantu.

Hilang ngantuk ketika ini. Semua adik beradiknya sedang mencari Humaira, Adaskhan dan Dizhwar sampai pergi cari di luar kawasan istana.

"Kanda sudah jumpa kakanda Maira?" Tegur Zehra bersama bonda di sisi. Jelas nampak wajah bonda risau tentang menantunya sekarang.

Kepala digelengkan "Belum, kanda cari dekat tingkat tiga tetap tak ada." Rambut diramas kasar. Qaid buntu, tidak tahu di mana lagi perlu cari Humaira.

"Kamu dah tengok dalam bilik? Mana tahu isteri kamu ada di dalam bilik sekarang ini." Cadang bonda, mata wanita separuh abad itu memerhati tingkah laku anak sulungnya. Jelas kelihatan risau, tak boleh dinafikan lagi.

Sekali lagi Qaid menggelengkan kepala.

"Sudah bonda, Qaid tunggu dia lama dalam bilik sampai masuk waktu isyak. Isteri Qaid tetap tidak masuk dalam bilik. Dekat mana lagi nak cari Humaira?"

Kehilangan Humaira membuatkan seluruh penghuni istana bimbang di mana wanita itu berada.

"Rumah arwah Tuan Umair? mana tahu dia pergi ke sana senyap-senyap. Kita semua tak tahu." Zehra bersuara walaupun cadangannya tidak masuk akal dia tetap bersuara. Tetapi mustahil kakak iparnya ke sana kerana pengawal kata dia tidak nampak susuk tubuh Humaira keluar.

"Tunggu Adaskhan pulang bersama Dizhwar." Ujarnya.

"Tingkat atas sudah cari?" Bonda bertanya, bahu anak sulungnya ditepuk lembut.

Tingkat atas merupakan tingkat  terakhir di dalam istana itu. Di tingkat tersebut hanya ada bilik bacaan sahaja.

"Evsa kata dia pergi tengok tetapi tetap juga tiada."

"Kamu periksa sendiri Qaid." Suara Sultan Aziz mencelah dari arah tangga.

"Tapi Qaid belum cari Humaira lagi di tingkat dua." Dia menunduk hormat di hadapan ayahandanya sesaat, begitu juga bonda dengan Zehra yang melakukan hal sepertinya.

"Ayahanda, bonda, Zehra dan beberapa orang pengawal sudah mencarinya di tingkat dua. Humaira tiada di situ."

Qaid menghela nafas berat.

"Bonda pun rasa kamu kena cari dekat tingkat atas."

Kening dikerutkan, takkan bonda dan ayahandanya tidak percaya dengan Evsa pula. "Tapi Evsa dah periksa tadi." Katanya.

"Pergi sekali lagi, kamu tak cari sendiri tak tahu." Tegur bonda pakej sekali dengan menjengilkan mata.

Akhirnya dia mengalah.

Lambat-lambat kaki mendaki anak tangga pergi ke tingkat atas, nak ke tak nak Qaid paksa juga pergi.

Daun pintu dikuak dari luar olehnya, kosong. Tanpa sengaja matanya terhenti memandang buku di atas meja. Dia kenal sangat dengan buku itu tetapi susuk tubuh Humaira tiada.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now