55

11.4K 749 98
                                    

COKLAT pemberian Sultan Aziz dimakannya sambil kaki melangkah melalui kaki lima di tingkat dua itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


COKLAT pemberian Sultan Aziz dimakannya sambil kaki melangkah melalui kaki lima di tingkat dua itu.

Kemudian Iskender berhenti di hadapan seorang pengawal yang sedang menjaga di koridor di tingkat tersebut. Dia pandang sahaja pengawal yang sedang berdiri tegak lalu matanya memandang coklat di tangan.

"Nak coklat tak?" Coklat tersebut dipatah dua untuk dibagi kepada pengawal.

Pengawal tersebut hanya diam tanpa membalas pertanyaan Iskender malah memandang pun tidak. Senyum jauh sekali.

Sudah namanya protokol.

"Tak nak ke? Sedap. Atuk bagi." Katanya dengan mulut yang penuh dengan coklat.

Iskender bergerak ke dinding lalu badannya disandarkan di situ sambil mata memerhati pengawal yang tidak bergerak.

"Pak cik tak nak cakap dengan Is ke?"

Terkebil-kebil dia apabila tiada respon daripada pengawal.

"Bagitahu papa dengan bonda." Ugutnya dengan sengihan comel.

Kakinya kembali bergerak merapati pengawal itu lagi kemudian coklat yang dipatahkan tadi dihulurkan kepada pengawal.

"Nah, makan." Katanya lebih kepada mengarah.

Kepala ditundukkan ke bawah memandang Iskender lalu kepala di gelengkan tanda menolak pemberian budak lelaki itu.

"Kenapa pak cik tak nak coklat yang Is bagi? Tak suka Is ke?" Kedengaran nada sedih di hujung ayat.

Masakan tidak pemberiannya ditolak sedangkan bondanya suruh berkongsi makanan dengan orang lain.

"Makan lah pak cik. Nanti Is merajuk." Gesanya. Lenguh tangan dia kerana coklat itu tidak diambil.

"Iskender." Kedengaran suara Qaid memanggil anak lelakinya.

"Is bagitahu papa." Dia berlari ke arah tangga mencari papanya.

Iskender melompat-lompat kerana teruja melihat figura Qaid yang sedang memandang ke arahnya.

"Is buat apa kat sini?" Tanya Qaid.

Kedua tangan anak lelakinya dia pandang, penuh dengan coklat.

Mesti ayahanda bagi dekat Iskender, kalau dengan cucu bukan main lembut lagi. Kalau anak sendiri bukan main tegas sampai dia kecut perut dengan ayahanda.

Tapi sebab ketegasan ayahanda, dia dan adik-adiknya jadi manusia yang berguna.

"Papa sini." Katanya sambil berlari ke tengah koridor di tingkat dua itu.

Iskender meninggalkannya di belakang manakala anak lelakinya sudah berdiri di hadapan seorang pengawal.

Kening dikerutkan. Anak dia buat apa dengan pengawal.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now