52

12.1K 828 68
                                    

QAID mengalihkan tangannya dari pinggang Humaira perlahan-lahan, sengaja dia berbuat demikian kerana tidak mahu mengejutkan isterinya yang masih lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

QAID mengalihkan tangannya dari pinggang Humaira perlahan-lahan, sengaja dia berbuat demikian kerana tidak mahu mengejutkan isterinya yang masih lena. Tangannya naik letak di dahi Humaira, panas lagi.

Tak tahu sama ada Humaira sengaja atau terlupa untuk kunci pintu tetapi itu adalah satu peluang baginya untuk masuk ke dalam.

"Iskender." Jari telunjuk diletakkan pada bibir, menyuruh anaknya diam.

Pipi isterinya dia cium sekilas sebelum mengangkat Iskender bawa keluar dari bilik.

"Kenapa cium bonda?" Soal Iskender tiba-tiba, wajah lelaki yang di hadapannya itu dia pandang pelik.

"Papa suami bonda." Ujar Qaid. Wajah anaknya dia tenung lama, memang ada iras mukanya.

"Tuanku tipu, jangan ambil bonda Is." Marah Iskender.

"Is jangan bising, bonda demam." Terus berubah muka Iskender apabila memberitahu bahawa Humaira demam. Tangan naik menekup mulut.

"Kenapa bonda tak cakap Is ada papa? Tuanku tipu. Bonda cakap orang jahat masuk neraka, Tuanku nak masuk neraka ke?"

Lancang betul mulut anak lelaki dia ni. Macam mana Humaira ajar Iskender sampai jadi macam ni. Kecil lagi tetapi berbisa betul kata kata anaknya.

"Bonda tak pernah cakap ke Is ada papa?"
Iskender menggelengkan kepala tanda tidak.

Sampai macam tu sekali ke Humaira benci terhadap dirinya sehingga kewujudannya sebagai seorang bapa tidak diketahui oleh anak sendiri?

"Is nak papa?" Qaid bertanya lagi sekali.

Kepala dianggukkan berkali kali.

"Seronok ke ada papa?"

Qaid terdiam, memang wajar Iskender bertanya. Mesti anak lekakinya itu dibesarkan sepenuhnya oleh seorang ibu.

"Seronok. Boleh main sama-sama, gaduh sama sama. Kalau ada papa, semua yang Is minta boleh dapat." Pandai isterinya membesarkan Iskender seorang diri sehingga anak lelakinya itu cepat tangkap.

"Tapi bonda teman Is tangkap ikan kat sungai. Papa boleh ke tangkap ikan macam bonda buat?"

"Semua papa boleh buat, berenang dengan ikan dekat sungai pun boleh." Nak ketawa dengan jawapan sendiri pun ada, macam kurang cerdik pula jawapan dia.

Demi menambat hati Iskender, dia sanggup.

"Kita tangkap ikan sekarang boleh tak papa?"

"Cium papa dulu." Pipi ditujukan kepada Iskender menyuruh anak lelakinya cium terlebih dahulu.

"Tunggu sini, papa nak buatkan bubur untuk bonda. Lepas dah siap kita keluar pergi sungai." Iskender didudukkan atas kerusi lalu Qaid bergerak ke bahagian dapur untuk membuatkan Humaira bubur.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now