53

12.1K 766 67
                                    

"MAIRA bangun, makan sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"MAIRA bangun, makan sikit. Kau dari petang semalam tak makan apa-apa lagi. Macam mana nak baik demam nanti."

"Tak larat." Katanya lemah, sesekali hidungnya digosok kuat sehingga merah.

Mata dibuka perlahan melihat wajah Qaid yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Di tangan jejaka itu terdapat semangkuk bubur yang masih lagi panas.

"Makan sikit je, nanti baring balik." Tangan naik menekap pada dahi milik isterinya. Suhu badan Humaira tidak turun malah bertambah panas.

Selepas habis menunaikan solat subuh, Humaira terus baring atas katil dan melelapkan mata.

"Tak nak." Mata dipejamkan, lebih baik dia sambung tidur daripada makan.

"Mengada betul demam kau ni, bangun cepat."

Bubur diletakkan atas meja berhampiran dengannya lalu tangan menarik selimut yang menutupi tubuh si isteri.

Rengekan Humaira dia abaikan, tak suka lah tu orang kacau dia masa tengah demam ni. Tapi dah namanya Qaid, kerjanya memang memaksa dari dulu.

"Bangun." Macam mana nak baik demam kalau dah baring sepanjang masa atas katil.

Kepala di gelengkan.

"Saya tak nak, jangan paksa. Nanti saya bagitahu Is jangan layan awak."

Qaid tersenyum senget, sikit pun dia tidak takut dengan ugutan Humaira.

Anak lelakinya seratus peratus dah rapat dengannya, jadi dia tak perlu risau dengan ugutan si isteri.

"Ada aku kesah? Bangun, sebelum aku panggil Is paksa kau pula."

Kening dikerutkan sebelum Humaira bangun perlahan lahan. Badan disandarkan pada kepala katil.

"Sini buburnya, saya makan sendiri." Ujar Humaira dengan suara yang malas.

"Memang lah kau makan sendiri, tak ada siapa nak tolong kau kunyah makanan sendiri."

Kata-kata yang keluar dari mulut Qaid membuatkan Humaira memandang lelaki itu tajam. Malu.

"Kau pandang apa? Nak kena cungkil ke mata tu?"

Kaki bergerak ke arah meja solek, kemudian getah dan sikat diambil olehnya. Sakit mata tengok rambut Humaira, kerja baring je sampai rambut pun tak terurus.

"Pusing." Arah Qaid sepatah.

Punggung dilabuhkan semula di sisi Humaira. Kalau Humaira malas sikat rambut, dia sendiri akan kemaskan rambut isterinya.

Humaira akur sahaja dengan arahan Qaid, muka beku je. Malas nak bertekak masa tengah demam ni nanti makin panas suhu badannya.

"Dah besar pun malas sikat rambut." Tangan naik memulakan kerja untuk menyikat rambut isteri.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now