32

8.1K 739 12
                                    

BUNGA-bunga yang mekar mewarnai setiap jalan menandakan musim salji sudah beransur pergi, kini tiba masanya musim bunga mengambil alih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNGA-bunga yang mekar mewarnai setiap jalan menandakan musim salji sudah beransur pergi, kini tiba masanya musim bunga mengambil alih.

Bermakna Qaid dan Humaira sudah 4 bulan bergelar suami isteri, sepanjang tempoh mereka berkahwin macam-macam mereka lalui. Orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi adalah Qaid Darwisy, dia tahan sahaja dengan perangai Humaira yang degil. Susah juga membentuk si isteri supaya dengar ikut cakap dia. Pening kepala kadang-kadang melayan kerenah Humaira, jika dia marah, Humaira yang merajuk dan Humaira merajuk dia sendiri kena pujuk. Jika Qaid yang merajuk, Humaira tak mahu memujuk.

Sabar jelah.

"Qaid!" Bergema suara Humaira dalam bilik menjerit nama si suami. Bukan apa pun, saja mahu menyakat suaminya yang mandikan Muezza dalam bilik air.

Lelaki itu pula hanya buat pekak badak, malas menyahut panggilan Humaira. Bising macam mulut murai.

"Tuanku Muda Qaid Darwisy." Dengan gelaran sekali dia sebut, kemudian dia mendecit apabila tiada sahutan lagi.

Humaira sudah bersiap dengan telekung untuk mengaji. Hari ini mereka akan membaca Al-Quran bersama-sama.

Lama dia diam, sebelum bibirnya dibasahkan dengan zikrullah.

"Subhanallah alhamdulillah walaillahailallah Allahuakbar." Dia bergerak ke arah tingkap yang disinari cahaya bulan purnama.

"Allahumma solli solatan kamilatan,
Wasalim sallaman taammaa,
A'laa saidina muhammadinil lazi,
tanhallubihil u'kadu,
Watanfariju bihil kurobu,
Watukdho bihil hawa iju,
Watunaalu bihirro gha' ib-u. Wahusnu khawaa timi, Wayustasqhol ghomaamu
biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi
fi kulli lamhatim wanafasim.
Bi' adadi kulli mak'lu mim lakh."

Zikir yang selalu dibaca oleh Tuan Umair ketika Humaira masih kecil.

Habis sahaja dia berzikir, dia dengar tapak kaki suaminya keluar dari bilik air. Terus badan berpaling ke arah Qaid dan Muezza. Dia ketawa melihat kucingnya yang kesejukan, atas badan Muezza pula ada tuala kecil khas untuk kucing itu. Siapa punya kerja kalau bukan Qaid orangnya, dah serupa mandikan anak.

"Kanda."

"Hmm?" Lelaki itu bergerak masuk ke dalam bilik pakaian. Humaira hanya memerhati sahaja, kaki melangkah mendekati Muezza yang kaku dia tengah-tengah jalan.

"Meow." Dengar suara macam tahu-tahu sahaja Humaira yang Muezza ingin dikeringkan badan.

"Kesian dia sejuk." Badan kucingnya dia angkat seperti bayi lalu mereka bergerak duduk di atas katil. Badan Muezza di lap dengan tuala kecil itu.

"Meow." Humaira tersenyum apabila dia nampak mulut Muezza membentuk sebuah senyuman, mungkin ingin berterima kasih kepadanya.

Setelah selesai mengelap, Humaira terus baring bersebelahan dengan Muezza. Dia lap kucing itu pun, Qaid belum siap memilih baju.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now