13

8.3K 880 105
                                    

SULTAN Abdul Aziz memusingkan badan ke arah Qaid yang berada di belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SULTAN Abdul Aziz memusingkan badan ke arah Qaid yang berada di belakang. Baginda manatap anak lelakinya yang sedang menggosok belakang leher, mungkin malu dengan kejadian tadi. Bahu anak lelakinya ditepuk terus saja Qaid memandang ke arah dirinya.

"Ya ayahanda?"

"Beritahu pembantu istana untuk menyediakan makanan."

"Baik." Terus dia melangkah keluar dari dewan makan. Entah sejak bila adiknya mengekorinya dari belakang, Zehra.

"Kakanda." Terus dia menoleh memandang empunya badan. Zehra berjalan bersebalahan dengan dirinya, senyuman nipis diberikan kepada si adik. Zehra masih muda dan dia paling nakal di antara adik-beradiknya.

"Ya, mengapa mengikut kakanda sampai ke sini?" Tanya Qaid, pelik.

"Adinda mahu bertanyakan sesuatu kepada kakanda, tetapi kakanda janganlah marah." Zehra tersenyum melihat abangnya, walaupun Evsa mengatakan abangnya tegas dan agak menyeramkan tetapi tidak baginya. Mungkin dia paling rapat dengan abangnya, Qaid berbanding yang lain.

"Tanyalah, mungkin boleh dipertimbangkan selepas mendengar pertanyaan adinda." Kakinya melangkah menuruni tangga istana.

Zehra tetap mengikut kemana dia pergi, dia ke kiri adiknya ikut ke kiri dan dia ke kanan adiknya tetap ikut ke kanan.

"Kanda kenal sama gadis tadi?" Soal Zehra, dia melihat reaksi Qaid. Abangnya memandangnya pelik.

"Siapa?"

"Anak puteri Tuan Umair. Em apa namanya tadi... lupa pula tapi dia lah."

Mungkin adiknya maksudkan adalah Humaira.

"Oh yang menyorok dia balik belakang badan Tuan Umair?"

"Ya."

"Kenal."

"Bagaimana kanda kenal dia sedangkan ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke istana?" Zehra bingung. Setahunya, Qaid bukan kenal mana mana gadis yang berada di negara ini bahkan anak gadis ketua wilayah pon dia tidak pernah mengenalinya. Terus dia pandang abang sulungnya.

"Ada lah, kanda kenal dia pon melalui Tuan Umair." Bohong, dia berbohong sama sekali.

"Ini bukan kali pertama dia menjejakkan kaki ke istana." Sambungnya lagi. Wajah tukang masak istana menyapa pandangannya. Qaid tersenyum nipis lalu memaklumkan arahan ayahandanya tadi kepada tukang masak istana, kemudian dia pandang wajah Zehra.

"Kenapa?"

"Ta.. tak ada apa-apa. Cuma pelik, kanda pernah melihat dia di istana ke sebelum ni?"

"Ada. Kanda terjumpa dia semasa dia sedang memetik bunga tulip."

"Eh! Dia tidak tahu ke bunga tulip itu milik kanda?"

"Kanda kata bunga itu milik keluarga kita dan kanda pon sudah mengizinkan dia memetik bunga tulip itu."

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now