56

11.2K 761 45
                                    

SEJADAH yang terbentang dilipat oleh Humaira sebaik sahaja selesai solat isyak berjemaah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJADAH yang terbentang dilipat oleh Humaira sebaik sahaja selesai solat isyak berjemaah.

Solat awal waktu itu lebih baik.

"Mengantuk sangat ke?"  Qaid menyoal Humaira yang mula meletakkan kepala di kakinya.

Pehanya dijadikan bantal untuk wanita itu baring. Kebas juga kaki dia nanti.

"Hmm." Mata ditutup untuk menghilangkan rasa penat.

"Iya pun nak tidur, baring lah betul-betul. Nanti dah sakit leher ke sakit tengkuk ke kan dah jadi satu hal."

"Tak apa, baru satu hal bukan dua hal."

"Dah lah kau tidur sana, menjawab je kerjanya. Orang tegur bukan nak dengar." Al Quran yang berada di atas katil dicapai olehnya.

Kemudian surah Ad-Dukhan dibuka untuk dibaca.

"Baca kuat sikit tau, saya nak dengar." Kepalanya dibetulkan atas peha jejaka itu.

Sakit leher nanti dia yang tanggung sebab tak dengar kata suami.

"Nak dengar ke nak tidur?" Humaira yang sedang membetulkan kepalanya itu dia pandang sekilas.

Dah macam cacing kepanasan, sekejap ke sana sekejap ke sini. Kaki dia yang rasa sakit tampung kepala isteri.

"Dua-dua sekali." Sengihan diberikan kepada Qaid yang sedang memandangnya.

Nak baring kat kaki orang kena buat baik, tak pasal dia kena halau naik atas katil. Bukan selalu dia baring kat peha Qaid sebab jejaka itu selalu menghilang atau pun ada kerja setiap kali mereka selesai solat berjemaah.

"Tak nak baca ke?" Saja tawar menawar, dia tak mahu paksa Humaira memandangkan wanita itu nampak mengantuk.

Kalau ajak baca, berapa kali menguap. Agaknya lima puluh sembilan ayat surah Ad-Dukhan, lima puluh sembilan kali juga isterinya menguap. Setiap satu ayat dibaca mesti menguap.

"Malam ni nak dengar awak baca je." Peha Qaid ditepuk berkali-kali persis ingin menidurkan seorang bayi. Padahal dia yang nak tidur.

"Kiranya nak semak bacaan aku lah ni? Nak tengok ada salah ke tak."

"Ya. Mana tahu ada salah, saya boleh marah."

Ternaik keningnya mendengar jawapan Humaira. Yakin betul cakap.

"Baiklah ustazah." Tangannya mengusap lembut kepala Humaira, membelai wanita itu dengan penuh kasih sayang.

Tak salah pun dia nak manjakan isteri sendiri.

Baru saja dia nak membaca surah Ad-Dukhan, Humaira sudah menyampuk.

"Saya nak dengar suara awak mengaji sekali, sedap." Sambungnya.

Sempat pula tu cakap dengan mata yang tertutup, mesti separuh sedar. Kepala di gelengkan.

"Yalah sayang untuk kau semua boleh."

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now