58

11K 780 102
                                    

BUKU yang tebal itu ditutup lalu diletakkan atas meja kecil oleh Humaira setelah habis dibaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BUKU yang tebal itu ditutup lalu diletakkan atas meja kecil oleh Humaira setelah habis dibaca. Dia baca tanpa sebarang gangguan daripada Qaid atau pun anak lelakinya, Iskender.

Sejak duduk semula di istana. Iskender kerap bermain dengan bapa mentuanya, hampir setiap hari dengar suara gelak tawa dari anaknya. Jika dia berada di koridor tingkat tiga, suara Iskender dapat didengari dengan jelas sekali walaupun anak lelakinya itu berada di tingkat bawah.

Humaira turun dari katil dan berjalan menghampiri pintu. Dari duduk dalam bilik lebih baik dia kacau Qaid buat kerja, ada faedah. Kalau kena marah nanti dia lari lah.

Tingkat dua ditujunya.

Pengawal yang berdiri di luar bilik kerja Qaid itu ditanya oleh Humaira. "Suami beta ada di dalam?" Jubah dibetulkan sedikit. Nak jumpa kekasih kena cantik.

"Ada, Tuanku. Tuanku nak jumpa Sultan Qaid ke?" Senyuman nipis diberikan kepada wanita yang berpangkat tinggi itu.

"Ya."

Baru sahaja pengawal itu ingin membuka pintu, Humaira sudah menghalang.

"Jangan. Beta nak minta tolong sikit boleh?"

"Mengapa Tuanku?" Tangan yang berada di tombol pintu dilepaskan.

"Kamu tolong masuk, bagitahu suami beta yang ada wanita cantik nak jumpa baginda. Kalau baginda kata tak mahu jumpa. Kamu bagi apa-apa alasan." Dalam hati Humaira sudah mengekek ketawa.

"Patik tak tahu nak bagi alasan apa nanti Tuanku, kalau baginda kata tak mahu jumpa Tuanku."

Tercengang pengawal itu seketika setelah dengar permintaan Si Permaisuri.

Humaira terdiam, memikirkan jawapan yang sesuai. "Ha kamu kata wanita cantik tu ada urusan dengan baginda."

Air liur ditelan kasar. Takut dirinya dimarahi. Sudahlah Si Sultan itu tegas orangnya.

"Sekarang ke Tuanku?"

"Sekarang lah. Cepat, cepat. Jangan lupa sebut sekali wanita cantik."

Terangguk-angguk kepala pengawal tersebut. Dalam hati sudah berdoa, minta dirinya tidak dimarahi.

Pintu bilik kerja Qaid dibuka lalu pengawal itu masuk ke dalam seperti tiada apa apa yang berlaku.

Humaira di luar sudah tersengih seperti kerang busuk. Tak sabar dengar jawapan daripada pengawal.

Wanita cantik? Bukan selalu dia masuk bakul. Lagipun mengaku cantik depan suami sendiri pun tak ada masalah.

Badan direnggangkan seketika.

Keluar sahaja pengawal dari bilik kerja Qaid, Humaira terus memandang dengan pandangan tidak sabar.

"Suami beta kata apa?" Katanya dengan nada teruja.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now