49

8.4K 681 65
                                    

HUMAIRA terjaga dari tidurnya dengan mengejut, peluh yang mengalir di lap dengan menggunakan belakang tapak tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HUMAIRA terjaga dari tidurnya dengan mengejut, peluh yang mengalir di lap dengan menggunakan belakang tapak tangannya. Nafas ditarik perlahan-lahan supaya dengan cara itu dia dapat menenangkan diri.

Getah diambil untuk mengikat rambut panjang miliknya.

"Astaghfirullah al azim." Muka ditekup dengan tapak tangan. Tak boleh bayangkan bertapa takutnya dia dalam mimpi tadi.

"Kau cuma mimpi Maira, tak ada apa yang perlu kau risaukan." Katanya seorang diri. Tudung disarungkan di kepala untuk pergi mengambil angin di luar sebentar.

Dia turun dari katil lalu lampu ditekan menjadikan bilik itu serta-merta terang dengan cahaya lampu.

Susuk tubuh Leila yang berdiri di penjuru katil membuatkan Humaira terundur ke belakang kerana terkejut dengan kehadiran wanita itu.

"Leila."

Berubah terus wajah Humaira ketika itu, dia cuak kerana sebelah tangan Leila ada sebilah pisau yang tajam.

"Macam mana kau boleh masuk sini?"

"Kenapa Tuanku takut?" Katanya dengan senyuman sinis lalu pisau yang berada di tangan diangkat tinggi.

"Pergi!"

"Patik kena bunuh Tuanku dulu." Wajah Humaira yang sedang dalam ketakutan membuatkan Leila ketawa mengilai.

"Jangan kacau aku! Pergi Leila, tak cukup ke kau fitnah aku?" Pasu yang berhampiran dengannya dibaling ke arah Leila.

"Patik belum puas kalau Tuanku masih hidup."

"Kau nak buat apa?" Humaira mengambil langkah setapak untuk mengundur ke belakang.

"Patik nak bunuh Tuanku lah."

"Jangan Leila." Humaira berdiri keras, otak juga tidak berfungsi kerana cemas.

"Mati. Tuanku patut mati sekali dengan anak Tuanku, perampas." Leila bergerak laju ke arah Humaira.

Serta-merta dia terduduk di lantai menghalang Leila menghalakan pisau ke arah perutnya. "Pergi Leila, jangan bunuh anak aku!"

"Pergi!" Kuat dia menjerit.

Kepala ditundukkan, tangan juga naik memeluk kedua kakinya yang dirapatkan ke dada.

"Pergi."

Humaira trauma dengan semua keseksaan yang dia hadap.

Dipukul, dicengkam, dan dibaling batu oleh orang sekeliling.

"Tuanku perampas." Bergema suara Leila dalam bilik itu.

"Maira bukak pintu ni." Ketukan kasar dari luar rumah memeranjatkan dirinya.

Kepala di gelengkan. "Pergi. Jangan bunuh aku."

"Bukak pintu, Maira!" Tangannya dari tadi tidak berhenti mengetuk pintu.

"Bukak sebelum pintu ni pecah."

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now