54

11.7K 782 108
                                    

SUARA gelak tawa Iskender yang sedang bermain dengan seseorang di luar istana kedengaran jelas di gegendang telinganya yang kini berada di dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUARA gelak tawa Iskender yang sedang bermain dengan seseorang di luar istana kedengaran jelas di gegendang telinganya yang kini berada di dalam bilik.

Tudung dicapai untuk mengintai anak lelakinya yang di luar. Badan disandarkan pada tingkap bilik.

"Cepatlah atuk cari Is."

Tubuh kecil itu melompat keriangan menunggu Sultan Abdul Aziz mengejarnya yang jauh di hadapan.

"Pergi menyorok." Arah lelaki tua itu.

Turun naik dadanya kerana kepenatan. Semangat sungguh cucu lelakinya ini sehingga dia penat untuk melayan.

"Atuk tutup mata tau! Jangan main tipu." Kuat Is bersuara memastikan datuknya dengar apa yang dia sampaikan.

Tersenyum Humaira dibuatnya melihat bapa mentua dan anak lelakinya yang sedang bermain di bawah.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu bilik, kepalanya terhantuk dengan tubuh seseorang. Dahi dipegang dengan muka berkerut menahan sakit.

Kepala mendongak memandang wajah si suami yang beku, lelaki itu juga sedang memandangnya dengan muka tidak bersalah.

"Terkejut tahu tak?" Ingat siapalah tadi berdiri di belakangnya.

Sejak bila Qaid keluar bilik air pun dia tak perasan. Leka tengok Iskender dan bapa mentuanya di bawah sana.

"Nak pergi mana?" Turun naik matanya memandang pakaian Humaira.

"Turun bawah nak jumpa bonda."

Mata dikecilkan memandang tajam ke arah isterinya yang pendek itu. Tak cukup lagi ke jumpa bonda, hari itu seharian Humaira diculik oleh keluarganya. Tanya isterinya macam-macam.

Qaid menjengah ke bawah melalui tingkap apabila terdengar suara anak lelakinya yang sedang ketawa.

"Tepi." Halau Humaira tubuh lelaki itu dia tolak perlahan.

Dengan tak pakai bajunya, walaupun sudah lama berkahwin dia tetap malu dengan lelaki itu tetapi Qaid seperti tidak kesah pun pakai baju atau tak. Hanya tuala yang melilit pinggang.

"Humaira." Panggil Qaid senada.

Dia dah rasa lain macam dengar suara suaminya seperti ada yang tidak kena.

"Apa?"

Wajah Humaira ditenung lama sehingga wanita itu tidak selesa.

"Aku." Badan ditundukkan sedikit membuatkan pandangannya sebaris dengan pandangan si isteri.

Kaki mengundur setapak ke belakang, bulu romanya meremang.

"Qaid?" Seram juga apabila ditenung begitu. Cuak habis mukanya ketika ini.

Keluhan jejaka itu membuatkan dia tertanya tanya. Dah kenapa? Janganlah buat dia rasa bersalah.

"Awak kenapa?" Dia berundur lagi ke belakang setapak.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now