BAB 1: DJIN KEMBALI

976 37 19
                                    

Setelah ejen-ejen M.A.T.A berjaya mengalahkan Geng Niki, mereka semua mendapat pingat pengiktirafan daripada Tuan Othman, selaku Tuan Perdana Menteri di Cyberaya. Mereka semua juga telah diberikan rawatan rapi di Hospital M.A.T.A namun hanya Rudy sahaja yang tidak mahu dirawat di hospital, dia sangat bencikan ubat-ubatan dari hospital, dia meronta-ronta minta dilepaskan, kelincahannya telah membuatkannya dapat melarikan diri daripada hospital itu. Namun, semasa dia mahu melarikan diri, kawasan sekelilingnya telah dikepung secara ketat oleh Ejen-ejen Dewasa M.A.T.A. Ejen Dayang datang berjalan menghampiri Rudy, beliau mahu mengajaknya supaya kembali ke hospital dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Namun, Rudy masih lagi enggan mahu menerima rawatan dari hospital. Rudy masih lagi memakai pakaian suit Invisonya.

"Saya tak nak rawatan hospital. Saya janji saya akan rawat semua luka saya ini tetapi bukan di hospital!"

"Jadi, di mana kamu mahu menerima rawatan?" Tanya Ejen Dayang dengan nada lembut kepada Rudy, Rudy masih lagi memegang dadanya yang sakit akibat Insiden pertarungan dengan Geng Niki tempoh hari.

"Saya mahu menerima rawatan di kawasan pinggiran." Jawab Rudy. Kata-kata Rudy telah membuatkan kesemua Ejen-ejen Dewasa terlopong, di kawasan itu, tiada klinik mahupun hospital. Mengapa Rudy mahu menempah maut?

"Adakah ianya kerana Kos perubatan yang tinggi? Jika begitu, kamu jangan risau kerana pihak kerajaan tidak akan mengenakan walau satu sen pun untuk kesemua para pertugas barisan hadapan yang bekerja untuk negara." Balas Ejen Dayang, dia memandang wajah Rudy yang sudah berkerut akibat mahu menahan rasa sakit dan benak di perutnya. "Mari ikut saya." Ejen Dayang menghulurkan tangan kanannya ke arah Rudy, Rudy hanya memandang sekejab kemudian dia menoleh ke tanah.

"Kos? Heh! Saya tidak bercakap mengenai Kos perubatan. Saya hanya tidak mahu tubuh badan saya ini menerima rawatan yang terhasil daripada bahan kimia ataupun bahan yang telah dicampuradukkan dengan tumbuhan. Saya mahukan rawatan tradisional. Rawatan 100 peratus diperbuat daripada herba dan tumbuh-tumbuhan. Tubuh badan manusia mempunyai Daya ketahanan dan sistem imun yang kuat. Kami tidak perlukan suntikan ubat mana-mana pun." Balas Rudy, semakin lama Ejen Dayang mendekatinya, semakin jauh Rudy melangkah kebelakang. "Hanya kerana kami duduk di kawasan pinggiran, tidak bermakna kami tiada sebarang ilmu perubatan yang boleh digunakan." Balas Rudy lagi.

"Rudy, fikir sikit. Kami hanya mahu membantu kamu."

"Tidak! Sudah berapa ramai orang mati akibat rawatan-rawatan dan ubat-ubatan dari hospital?! Kemoterapi, sudah berapa ramai orang yang mati? Rawatan yang disangka mampu menyembuhkan tubuh badan manusia hanyalah sekadar kata-kata luaran sahaja. Hakikatnya, mereka tidak dapat yakin bahawa rawatan itu mampu membuatkan manusia sihat sepenuhnya. Rawatan itu hanyalah akan menjejaskan sistem kawalan semula jadi yang telah Allah sediakan pada seluruh umat manusia. Mengapa harus menempah maut di hospital? Orang zaman dahulu Yang menggunakan ilmu perubatan tradisional juga mempunyai Daya ketahanan yang lebih kuat! Perubatan Islam juga mampu merawat penyakit yang merbahaya! Contohnya rawatan berbekam, bagi mengeluarkan darah kotor daripada tubuh badan kita. Rawatan akupuntur yang hanya menggunakan jarum juga mampu menggerak sel darah merah kita berjalan lancar serta banyak lagi kelebihan perubatan tradisional! Selain mendapat tubuh badan yang sihat, umat Islam juga akan mendapat pahala jika melakukan rawatan seperti berbekam kerana berbekam adalah Sunnah Rasulullah S.A.W." Jelas Rudy kepada kesemua Ejen-ejen Dewasa M.A.T.A. Setelah mendengar penjelasan Rudy, Ejen Dayang memberikan kebenaran untuk Rudy mendapatkan rawatan melalui tradisional.

"Kamu boleh pergi." Kata Ejen Dayang. Rudy serta semua Ejen Dewasa M.A.T.A memandang wajah Ejen Dayang seakan-akan tidak percaya bahawa dia akan membenarkan salah seorang Ejen muda M.A.T.A menerima rawatan luar Selain rawatan Khas di hospital Khas M.A.T.A. Tanpa berlengah lagi, Rudy terus berlari keluar daripada M.A.T.A.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now