BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF

142 14 8
                                    

"Rudy, kau block jalan dekat depan lepas simpang keempat, pintas dia ikut jalan dalam. Aku akan cuba kejar dia dari belakang, tunggu signal aku, kita serang sama-sama."

"Baik."

Rudy mengikut arahan Alicia lalu berlari mengikut jalan dalam manakala dia setia mengejar lelaki berhoodie hitam dari belakang.

Sedang berlari, Alicia memerhatikan sekeliling. Dia melihat keadaan sekeliling dengan teliti, apakah yang boleh digunakan bagi menghentikan lelaki tersebut, lebih penting sekali, dapatkan semua file wasiat arwah Aliya tersebut.

Dalam masa yang sama, Alicia terfikir seketika, "Peliknya... Kenapa semua orang nak sorokkan wasiat arwah Aliya? Kenapa wasiatnya yang menjadi target semua orang? Sama macam I.R.I.S. Rudy pula... Apa kaitannya dengan dia? Kenapa dia terlibat dalam perkara ni?"

Persoalan Alicia tidak dapat terjawab kerana jawapan yang diinginkan perlu dicari, Alicia berkomunikasi dengan Rudy melalui Earpiece.

Mereka memasuki sebuah lorong aneh yang tidak pernah dilihat oleh mereka, lorong ini tiada di dalam pelan pembangunan Cyberaya dan tiada juga dalam pelan pembinaan semula kawasan pinggiran.

Alicia dapat merasakan sesuatu aura yang pelik apabila melangkah masuk ke tempat tersebut, rasa tidak sedap hati, dia memerhatikan sekeliling sekali lagi, firasanya kuat mengatakan bahawa jika mereka terus berlari ke hadapan mengikut lelaki tersebut, bahaya yang besar menanti mereka.

"Rudy! Patah balik!"

"Huh?"

"Heh!"

Tiba-tiba, tembakan bertubi-tubi diajukan ke arah Rudy dan Alicia. Alicia dan Rudy segera mengelak dengan lincahnya.

Piu! Piu!

Piu! Piu!

Piu! Piu!

"Rudy! Duduk dekat dengan aku!" Arah Alicia, Rudy segera mengelak sampai tubuh badannya lincah bergerak ke arah Alicia. Mereka berdua saling mempertahankan sesama mereka. Alicia jaga di bahagian hadapan manakala Rudy jaga bahagian belakang. Setelah tembakan dihentikan, Rudy dan Alicia berhenti di dalam kedudukan sedia berlawan sambil menarik nafas secara perlahan-lahan.

"Ini perangkap..." Kata Alicia perlahan ke arah Rudy. Muka Rudy menampakkan pucat akibat kepenatan berkejaran dari sana sini dari tadi.

"Apa maksud kau?"

"Itu bukan wasiat asli arwah Aliya."

"Apa..?" Wajah Rudy semakin pucat apabila mendengar kata-kata daripada Alicia. "Mana kau tahu?"

"Aku pernah tengok rupa cover depan file wasiat arwah Aliya dulu, di bahagian tepi bucu file tu ada satu simbol bunga kecil yang sukar untuk diukir oleh seseorang, walaupun ada yang cuba memalsukan corak asli dengan yang palsu, mereka tidak dapat untuk menirunya."

Clap! Clap!

Clap! Clap!

Clap! Clap!

"HAHAHAHA..! Kau memang bijak, wahai Ejen NEURO." Kata lelaki yang memakai hoodie hitam sebentar tadi. Dia berjalan ke arah Rudy dan Alicia yang masih lagi dalam posisi bersedia untuk menyerang. Dia melambungkan file hitam tersebut ke udara, kelihatan kertas A4 kosong berterbangan di udara, langsing tiada tulisan di atasnya. Benar rekaan Alicia, ini adalah perangkap!

"Maknanya... Zik terlibat sekali ke dalam penipuan ni?" Tanya Rudy, masih lagi dalam keadaan keliru. Banyak perkara yang berlaku secara tiba-tiba dengan aneh.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now