BAB 14: BERTEMU TAN SRI

210 14 9
                                    

Malam itu, jam 8.45 malam, Rudy telah mendapat lokasi rumah Iman. Iman memberikan arahan kepada Rudy bagaimana mahu menyambut ibu dan bapanya.

Iman menyuruh Rudy berpakaian formal seperti waktu mereka bertembung di majlis makan malam itu. Ayahnya lebih suka melihat orang yang sentiasa menampilkan dirinya dengan gaya formal.

Rudy hanya mengikut arahan dan memakai suit blezer putih, rompi/vase putih, seluar putih, tali leher hitam dengan pin berwarna emas, stoking hitam dan berkasut kulit hitam berkilat.

Rambutnya disapukan dengan gel rambut agar rambutnya sentiasa kelihatan terurus.

Selepas selesai bersiap, Rudy keluar daripada rumah kecilnya, tanpa disedari olehnya, Mak Yah serta beberapa budak-budak lelaki dan perempuan yang sedang bermain di luar sedang merenung ke arahnya.

Langkah Rudy terhenti seketika, dia memandang ke setiap wajah yang sedang merenungnya itu.

"Urm... Kenapa ni? Ada sesuatu di wajah saya ke?" Tanya Rudy sambil tangannya sedang menyentuh wajahnya.

"Abang Rudy sangat kacak!" Puji seorang budak perempuan berusia dalam lingkungan 13 tahun itu.

Mereka semua mula berlari ke arah Rudy, termasuklah Mak Yah. Mereka semua memandang Rudy dengan mata bersinar-sinar.

"Bila besar nanti, saya nak jadi kacak macam abang Rudy." Kata seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 12 tahun.

"Abang Rudy nampak macam seorang Putera Raja dalam cerita di TV!" Seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 9 tahun memuji Rudy.

"Saya nak kahwin dengan abang Rudy!"

"Hei, mana boleh! Abang Rudy saya punya!"

"Nak juga... Bluwek..!"

"Sini kau..!"

Tap! Tap! Tap! Tap!

Semua budak-budak tu mula berkejaran sesama mereka, Rudy dan Mak Yah tergelak kecil melihat gelagat mereka yang comel dan lucu itu.

"Kamu nak keluar Rudy?" Tanya Mak Yah dengan senyuman manis memandang ke wajah Rudy. Rudy mengangguk kecil kemudian mula membalas kata-kata Mak Yah.

"Ya, kawan saya ajak saya makan malam bersama-sama dengan keluarganya." Mak Yah mula membuat pandangan gatal ke arah Rudy dengan senyuman sinis.

"Kawan? Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan."

"Oh... Betul ke 'cuma' kawan..?" Tanya Mak Yah dengan pandangan gatal ke arah Rudy.

Wajah Rudy mula kemerah-merahan apabila diusik sebegitu rupa oleh Mak Yah. Rudy mula menjadi panik sebentar.

"Be... Betullah, Mak Yah! Dia... Cuma kawan satu universiti dengan saya. Kami kawan sejak kecil, Jadi..."

"Oh, ha, ha, ha, ha..! Jangan risau, Mak Yah faham..."

"Baguslah, kalau begitu..."

"Jadi, bila nak bawa Mak Yah berkenalan dengan bakal isteri kamu tu?" Memdengarkan perkataan 'bakal isteri' itu terus membuatkan jantung Rudy berdegup kencang.

"Dia... Kami... Bukan, dengar dulu..." Mak Yah semakin kuat ketawa, tiba-tiba, Mak Yah terbatuk kuat.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

"Mak Yah!"

Mak Yah segera menutup mulutnya dengan kedua tangannya, Rudy memegang kedua belah lengan Mak Yah untuk menstabilkan tubuh badan Mak Yah.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now