BAB 2: UNDERCOVER FRIEND

501 31 7
                                    

Di Akademi M.A.T.A, Djin sibuk menceritakan pengembaraan dan cabarannya dalam menyelamatkan nyawa Ejen Zain kepada Rizwan, walaupun mereka pernah ada percanggahan sebelum ini, namun, Rizwan masih lagi membuka hatinya demi menerima Djin semula sebagai sebahagian daripada keluarga M.A.T.A. Sedar tak Sedar, dah dekat tiga jam mereka berbual di Kafeteria M.A.T.A. Mereka tidak perasan bahawa terdapat mata-mata yang sedang giat memerhatikan mereka dari jarak jauh iaitu Ejen Bobby dan Ejen Karya. Mereka berdua memang suka menyibuk hal orang lain. Ditambah pula lagi seorang, Ejen Fit. Disebabkan Ejen Fit sudah terlalu lama berkawan dengan Ejen Bobby, jadi penyakit Ejen Bobby yang suka menyibuk jam orang lain telah menjangkiti Ejen Fit walaupun dari luaran Ejen Fit kelihatan seperti seorang yang amarah dan tegas.

"Karya, Fit, korang rasa kan, Betul ke si Djin tu dah bertaubat?" Tanya Ejen Bobby sambil matanya tidak lepas memandang perbualan dua susuk tubuh manusia itu.

"Entahlah, aku rasa si Djin tu mesti ada agenda lain." Balas Ejen Fit sambil memerhatikan mereka sebagai seorang tukang sapu sampah kafeteria, Ejen Bobby sebagai Pak Cik Kantin dan Ejen Karya sebagai pelayan pelanggan.

"Tak baik buruk sangka, tau. Sepatutnya korang berdua contohi aku sebagai seorang Ejen paling kacak di sini." Kata Ejen Karya sambil membuka kaca mata coklatnya lalu memandang wajah Ejen Bobby dan Ejen Fit dengan pandang lelaki gatal. Terus mereka berdua terasa tekak mereka loya dan mahu termuntah melihat gelagat sahabat mereka itu. Selalu mahu bersikap gentleman lah sangat sedangkan hakikatnya perangainya tidaklah seperti itu dihadapan mereka. Hanya dihadapan Ejen-ejen muda yang lain sahaja dia akan bersikap seperti lelaki Melayu Terakhir.

"Tak baik buruk sangka? Haih, habistu, yang kau join kitorang menghendap si Djin tu dah kenapa?" Tanya Ejen Bobby sambil menjeling dengan senyuman sinis kepada Ejen Karya.

"Siapa? Kau? Ejen paling kacak? Di mana?" Tanya Ejen Fit dengan suara mahu memerli Ejen Karya. "Urgh, tolonglah. Kau balik asrama kau, ada cermin, kan? Hah, tengok diri kau dekat cermin tu, nampak apa."

"Nampak apa lagi? Nampak diriku yang semakin kacak dan popular dari hari ke harilah.." Balas Ejen Karya, dia langsung tidak tersinggung dengan perlian daripada dua sahabatnya itu. Ejen Bobby dan Ejen Fit membuat muka menyampah melihat Ejen Karya yang sedang khayal dalam dunianya sendiri.

"Ya Allah, Kau tolonglah pulihkan penyakit sahabat aku ni sorang, dia semakin hari semakin menjengkelkan." Kata Ejen Bobby sambil menadah tangannya ke atas seperti mahu berdoa. Ejen Fit yang terlihat gelagat junior nya itu terus tergelak kecil sambil menerkup mulutnya dengan telapak tangan kanannya. Ejen Karya yang terasa malu itu terus membaling kad terbangnya itu ke arah Ejen Bobby, terus Ejen Bobby melompat ke belakang dan serangan Ejen Karya terbantut. " Huh! Itu sahaja?" Kata Ejen Bobby, kemudian dia Pula yng membuat serangan kepada Ejen Karya dengan membaling boomerang nya ke arah Ejen Karya, Ejen Karya juga melakukan lompatan ke hadapan lalu menyerang Ejen Bobby dari jarak dekat dengan hanya menggunakan tangan kosong sahaja. Mereka berdua pun berbalah sesama mereka. Ejen Fit yang melihat itu terus masuk ke dalam gelanggang untuk memberhentikan mereka berdua, malangnya, Ejen Fit Pula terlibat sekali dalam pertempuran mereka. Boomerang Ejen Bobby membuat pusingan balik u turn ke arah Ejen Karya, Ejen Karya perasan akan hal itu lalu dia menundukkan kepalanya, boomerang itu terus terbang melepasi atas kepala sipi-sipi Ejen Karya dan tepat ke arah tangan Ejen Bobby. Ejen Bobby segera membaling sekali lagi ke atas udara, Ejen Fit menyerang bertubi-tubi ke arah Ejen Bobby dan Ejen Karya, tumbukannya sangat kuat sehinggalah pihak lawan tidak dapat bangun semula kerana berada senak pada bahagian yang ditumbuknya itu. Ejen Karya berlawan dengan mengeluarkan kad-kad terbangnya ke arah Ejen Bobby dan Ejen Fit. Ejen Fit menghalang setiap kad yang terbang ke arahnya manakala Ejen Bobby melompat ke udara sambil mencapai semula boomerang nya lalu dilibas-libas kesemua kad-kad terbang Ejen Karya seperti melibas lalang. Serangan bertubi-tubi yang sangat hebat daripada mereka bertiga sehinggakan kad-kad iti semua tertepis terbang ke arah Ejen-ejen lain yang berada di sekitar itu. Tiba-tiba, Ejen Djin datang melompat beroutar-putar gaya ahli gimnastik lalu masuk ke gelanggang mereka bertiga sambil mengeluarkan pedangnya. Dji terus menepis kesemua kad daripada tepisan serangan tiga sahabat itu. Pegang Djin diacukan sehingga membuatkan ketiga-tiga mereka berundur kebelakang lima langkah lalu berhenti dengan nafas tercungap-cungap. Rizwan datang ke arah mereka berempat sambil memakan lolipop berperisa coklat susu caremel. Pasangan Rizwan kepada tiga orang rakan satu Agensi itu sungguh dingin sekali. Wajahnya seperti orang tiada perasaan, setibanya kakinya di sana, Rizwan menjeling ke arah tiga orang itu sambil tersenyum sinis.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now