BAB 17: SUASANA GETING

178 10 9
                                    

Pada waktu malam, hari Ahad, jam 8 p.m, di Pusat beli belah terkemuka di Cyberaya, sebuah pasaraya baharu bakal dirasmikan pada malam itu. Ramai orang-orang kenamaan mulai memberhentikan kenderaan mereka dan memasuki tempat itu. Perasmian pasaraya itu tidak dibuka kepada orang awam, pihak pengurusan hanya menjemput mereka yang 'terpilih' sahaja untuk datang ke sana.

Para wartawan dan pemberita juga telah ditapis oleh pihak pengurusan pasaraya tersebut, hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan untuk hadir dan membuat liputan mengenai majlis perasmian pada malam itu.

Para wartawan dan pemberita  sedang sibuk berkumpul di kiri dan kanan kawasan pintu masuk, semua orang berebut mahu mendapatkan berita sensasi dan terkini, mereka seperti sedang berperang. Hanya orang yang kuat sahaja akan berjaya.

"Zul, kau dah ready dengan kamera?" Tanya seorang wartawan lelaki kepada rakan sekerjanya yang sedang berdiri di sebelah kiri penjuru pintu masuk. Zul mengangguk kecil sambil menunjukkan ibu jari ke atas ke arahnya tanda di sudah bersedia.

Pak!

"Urgh..!"

Tiba-tiba, bahu kiri Adam ditolak oleh seseorang daripada arah belakang, hampir-hampir sahaja kameranya hendak terjatuh namun, dia sempat menangkapnya kemudian berdiri semula untuk menstabilkan dirinya. Dia memandang ke belakang bagi melihat siapakah orang yang sengaja menolaknya itu.

"Eh? Geng loser macam kau pun ada dekat sini?"

"Haih... Minah ni lagi..." Kata Adam dengan sedikit perasaan annoying nya apabila melihat susuk tubuh wanita berambut tocang berwarna hitam dihadapannya itu. "Apa kau nak kali ni, Fiyaa?"

Fiyaa, seorang wartawan wanita yang bekerja di Syarikat Wartawan Gorgeouse. Syarikat itu merupakan antara syarikat wartawan paling maju dan popular di Cyberaya. Ramai pelabur-pelabur dari syarikat luar negara yang datang melabur di dalam syarikat itu. Fiqaa berjaya diambil sebagai pekerja di dalam syarikat itu hanya kerana ayahnya merupakan seorang Presiden di syarikat yang paling kaya di dalam dunia perniagaan.

Adam juga pernah cuba memohon untuk bekerja di syarikat Wartawan Gorgeouse juga, permohonannya hampir-hampir dapat diluluskan, namun, apabila Fiyaa datang menjelma di sana, permohonan Adam untuk bekerja di sana terus ditolak serta merta.

-Imbas Kembali-
Dua tahun yang lepas...

"Tahniah, Encik Adam. Encik lah orang yang kami cari selama ini! Selamat bekerja bersama kami."

"Terima kasih, Tuan. Saya akan berusaha!"

"Bagus... Bagus... Inilah semangat yang kami perlukan!"

"Hahahaha, bila saya boleh mula bekerja, Tuan?"

"Kamu akan mula bekerja bermula eso..."

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba, bunyi ketukan di pintu masuk pejabat Tuan Khamil diketuk oleh seseorang, seorang setiausaha wanita berpakaian duit hitam, tudung shawl berwarna pastel, berstokin hitam dan berkasut PVC hitam datang menjelma di situ.

Adam dan Tuan Khamil memandang ke arah wanita itu dengan pandangan pelik, Adam dalam merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Dia berzikir banyak-banyak di dalam hatinya.

"Masuk." Kata Tuan Khamil kepada wanita itu, wanita itu mengangguk kecil kemudian memulas tombol pintu bilik itu dan mula masuk ke dalam, dua terus berjalan ke arah sisi kiri Tuan Khamil lalu membisikkan sesuatu di telinganya.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now