BAB 6:ISI TERSIRAT

288 14 10
                                    

Keesokannya, Rudy pergi ke pejabat utama M.A.T.A untuk bertemu dengan Ketua Teras KOMBAT dan TEKNO. Rudy datang berseorangan kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan dalam kalangan Ejen-ejen remaja yang lain. Rudy menghembus nafas panjang sebelum Mula memasuki bilik itu. Disebabkan bilik utama pancaran gelombang hologram Ketua-ketua Teras telah rosak akibat dipukul oleh Rizwan pada tempoh hari, jadi tempat kedudukan Ketua-ketua Teras telah berubah buat sementara waktu sehingga pejabat mereka dibaik pulih. Apabila pintu dibuka, kelihatan dia telah berjaya mendapat perhatian mata dua Ketua Teras Itu.

"Selamat datang, Rudy. Apa boleh kami bantu kamu pagi-pagi, ini?" Tanya Ejen Dayang dengan nada sopan kepada Rudy yang sedang berdiri di muka pintu masuk. Ejen Dayang sedang duduk berbual dengan Ejen Ganz mengenai pertandingan pemilihan Ketua Teras INVISO dan NEURO serta pertandingan PEWARIS SEBENAR IRIS.

"Adakah Ejen Dayang dan Ejen Ganz merupakan juri yang memilih pencalonan untuk kedua-dua pertandingan itu?" Tanya Rudy dengan kata-kata sedikit dingin. Wajahnya masih lagi dingin seperti biasa.

"Ya. Kenapa?" Tanya Ejen Dayang kembali kepada Rudy.

"Saya mahu tarik diri daripada bertanding dan saya mahu Ali yang menggantikan tempat saya." Kata-kata Rudy telah mengejutkan Dua Ketua Teras Itu. Biar betul, ni? Rudy, Ejen paling dingin dan paling efisen di kalangan Ejen-ejen remaja yang lain akan berkata begitu? Selalunya, dia tidak akan menolak semua pelawaan untuk bertanding di mana-mana pertandingan. Mengapa sekarang lain? Yang paling pelik, dia memilih Ali untuk menggantikan tempat dia, dah mereng ke otak dia?

"Mengapa kamu mahu memilih Ali sebagai peganti kamu?" Tanya Dayang.

"Dia ejen yang paling berbakat untuk pertandingan ini. Lagipun, saya sendiri pun tak kisah kalau tempat saya digantikan untuk pertandingan ini." Balas Rudy. Ejen Dayang dan Ejen Ganz saling berpandangan.

"Rudy, you know the rule's, right?" Tanya Ejen Ganz sambil berdiri di hadapan Rudy dengan menunjukkan penumbuknya yang besar itu dihadapan Rudy. Rudy mengangguk kecil sambil memandang tepat ke mata Ketua Teras KOMBAT itu. Ejen Dayang menghembus nafas panjang memandang wajah kedua-dua Ejen dingin itu.

"Kamu berdua, bertenang." Ejen Dayang mulai berjalan ke hadapan dan berdiri di tengah-tengah diantara Rudy dan Ganz. "Memang selalunya peraturan Itu boleh digunakan, tetapi dalam Hal macam ni, peraturan mana pun kita ambil, memang Tak boleh digunapakai." Balas Dayang lagi. Mata kedua-dua Ejen Itu mulai membulat. Ejen Ganz mula tunduk tersipu malu. Dia terlupa bahawa pertandingan ini amat Penting untuk Masa depan Cyberaya. Ejen Ganz malu kerana dia kurang ilmu pengetahuan mengenai hal M.A.T.A walaupun dia merupakan Ketua Teras KOMBAT. Peraturan yang dimaksudkan oleh Ejen Ganz adalah peraturan di mana jika seorang Ejen mahu menarik diri dari sesuatu pertandingan ataupun operasi misi Ejen, dia perlu mencari Ejen yang mampu menggantikan tempatnya serta perlu mengalahkan seorang Ketua Teras dalam latihan yang dipilih Khas oleh Ketua Teras Itu sendiri. Jika orang yang mahu menarik diri itu menang, maka penarikan dirinya dari sesebuah pertandingan atau operasi misi Ejen akan dikabulkan, namun, jika Ketua Teras yang berlawan dengannya menang, dia tidak boleh menarik diri serta akan dikenakan denda Dua kali Ganda berat daripada sebelumnya seperti didenda melakukan latihan kesemua Teras Ejen selama Dua minggu Dan berehat hanya 15 minit sekali setiap hari.

"Kenapa Tak boleh?" Tanya Rudy sambil mecengkak pinggang sebelah kirinya.

"Sebab pertandingan kali ni istimewa sikit. Kamu tidak boleh menarik diri sehinggalah kita menjumpai pemenangnya." Balas Ejen Dayang.

"Tetapi....Urgh aku tak sangka aku akan cakap macam ni..." Kata Rudy perlahan sambil mengerutkan dahinya. Dia kembali memandang wajah Ejen Dayang semula, "Tetapi Ali lebih layak daripada saya." Akhirnya perkataan Itu terpacuk juga daripada mulut Rudy. Ejen Ganz tergelak kecil mendengar ayat yang baru sahaja diucapkan oleh Rudy. Inilah kali pertama mereka mendengar Rudy memuji Ali dihadapan orang lain. Ejen Dayang juga hampir tergelak namun sempat diterkup mulutnya dengan lengan baju kanannya. Ejen Dayang berjalan ke arah Rudy lalu diketakkannya tangan kanannya di atas bahu kiri Rudy.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now