BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

111 4 0
                                    

Setibanya di Akademi M.A.T.A, Rudy berjalan je arah cafe makan untuk berkumpul bersama-sama dengan calon pertandingan I.R.I.S.

Dalam perjalanan, Rudy baru melepasi bilik latihan Neuro. Rudy melihat seorang Ejen junior teras Neuro sedang berlatih skils berlawannya disebalik tingkap.

Ejen lelaki itu menunjukkan skils berlawan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan melawan 10 buah robot tempur bersaiz gergasi serantak dalam satu masa yang sama.

Dush! Dush!

Ktang!

"Urgh!"

Semakin lama, semakin laju robot-robot itu menyerangnya, tembakan bertubi-tubi dilepaskan, robot-robot itu langsung tidak memberi peluang pada ejen muda itu. Ejen muda itu cuba menepis serangan yang mendatang namun tidak berjaya, dia melompat ke udara untuk membuat serangan dari atas, namun, tiga robot itu lebih tangkas dan lompat ke udara terlebih dahulu lalu menembak pistol laser blaster ke arahnya.

Piu!

Sksksksksks...

Bang!

Ejen muda itu sempat menepis namun kekuatan hasil daripada serangan itu lebih kuat berbanding dengan kudratnya yang kurang.

Dia tersandar kuat di dinding bilik itu, 10 robot mengelilingi dirinya sambil mengacukan senapang blaster. Ejen muda itu terkejut akan kejutan itu, dia tidak sangka sesukar ini tahap berlawan dengan robot tempur. Matanya terbeliak luas, cahaya dari senapang robot-robot itu mulai bercahaya, sedia untuk menembaknya.

Ching..!

Namun, sebelum dirinya ditembak, seorang ejen Inviso datang menyelamat.

Ting!

Dush! Dush!

Ktang!

Ejen muda itu melihat serangan yang ditujukan oleh Ejen Inviso ke arah 10 robot tempur dengan kagum, serangannya sangat tangkas dan kuat. Akhirnya, kesemua robot tempur berjaya dikalahkan. Ejen muda itu cuba berdiri menghadap ejen Inviso tersebut. Wajahnya teruja apabila mengetahui siapakah yang menyelamatkanbya tadi.

"Ejen Rudy!"

Rudy menyimpan gadjetnya semula, dia menghela nafas kecil dan memalingkan badannya menghadap ejen muda itu.

"Terima kasih selamatkan saya."

"Atas arahan siapa kamu di sini?"

"Ejen Rudy, saya..."

"Jawab soalan saya."

Wajah keterujaannya pudar apabila disoal oleh Rudy dengan nada yang tegas, dia memalingkan wajahnya ke bawah dengan riaksi sedih. "Tak ada sesiapa, saya sendiri yang nak buat latihan ni."

Rudy menghela nafas berat, "Kamu sedar tak yang kamu hampir terbunuh jika saya lewat sesaat tadi? Latihan ni bukan untuk tahap ejen muda macam kamu. Ini tahap ejen remaja dan ke atas."

"Tapi saya nak tingkatkan kebolehan saya supaya saya sama level dengan Ejen Rudy."

"Kamu tak perlu ikut saya, apa yang kamu buat ni hanya akan membuatkan diri kamu terbunuh!"

Ejen muda itu terdiam seketika, dia sedar yang dia hampir-hampir terbunuh sebentar tadi. "Maaf, Ejen Rudy. Semua orang asyik membandingkan dan cakap saya tak layak jadi menti Ejen Rudy. Sebab tu saya berlatih teruk-teruk macam ni, saya nak buktikan yang saya layak bermentorkan Ejen Rudy."

Dahi Rudy berkerut, dia memandang wajah menti nya, Rudy ditugaskan untuk menjadi mentor kepada salah seorang Ejen Muda teras Neuro. "Menyusahkan..."

"Huh?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now