BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA

170 11 6
                                    

Keesokan harinya, Djin menalefon keempat-empat rakan sepertandingannya melalui video call whatsapp Bro.

Keesokan harinya, Djin menalefon keempat-empat rakan sepertandingannya melalui video call whatsapp Bro

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Tugasan kita yang ketiga dah keluar, kita kena bincang hari ini juga. Sebab misi kita yang seterusnya sangat penting." Kata Djin dengan nada serius, kata-katanya telah membuatkan kesemua ahli INVISO menjadi serius.

Terutamanya Rudy, dia sudah mula berasa tidak sedap hati apabila Djin memberitahu mengenai tugasan ketiga mereka sebagai lima calon PEWARIS SEBENAR I.R.I.S.

Rudy pada ketika itu sedang berada di UiTM, dia memakai kemeja putih kain cotton, tali leher hitam, seluar slack hitam, stokin hitam atas buku lali, dan kasut kulit PVC berkilat dan bertumit setinggi 2 inci. Rambutnya dipakai gel bagi menggayakan rambutnya di kampus. Rudy juga memakai blezer Lab Cout Putih berlambang UiTM di dada kiri dan nama Rudy disulam dengan benang hitam di dada kanan Labcoat tersebut.

"Bila nak jumpa? Dekat mana?" Tanya Rudy dengan nada cool kepada Djin.

"Kita akan berkumpul di pusat latihan Neuro, dan kali ini... Kita bukan berlima sahaja." Kata-kata Djin mulai membuatkan keempat-empat rakannya berasa sedikit takut. Dia menyambung semula kata-katanya, "Akan ada seorang wakil daripada A.P.D.A (Akademi Perisik Diraja Antarabangsa) yang akan menyertai kita."

"Gasph!!!" Semua orang terkejut dengan kata-kata Djin sebentar tadi. Sungguh, berita ini sangat mengejutkan.

"Kenapa tiba-tiba je, ni bro? Tak cukup hebat lagi ke kita lima orang?" Tanya Bobby dengan rasa sedikit tidak puas hati.

"Saya setuju dengan Bobby, kenapa pihak A.P.D.A tiba-tiba nak libatkan diri dalam hal ini? Mereka selalunya tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti kita." Tanya Karya dengan nada lemah lembut.

"Bertenang... Mereka hanya akan menghantar seorang wakil untuk turut serta dalam tugasan ketiga ini. Selepas tugasan ketiga kita tamat, mereka akan pergi. Itu sahaja." Balas Djin.

"Bro, senang... Je kau cakap. Kau tahu tak diorang tu suka cari masalah dengan kita?" Balas Bobby dengan rasa sedikit tidak puas hati.

"Eh? Bukan kau je yang suka cari masalah dengan diorang?" Tanya Djin sambil membuat gaya berfikir.

"Bro, Diorang yang mulakan dulu masa tu!"

"Pelajar ke tenaga pengajar yang akan sertai kita?" Pertanyaan Rizwan mulai membuatkan Bobby dan Djin terdiam seketika akibat perbalahan mereka berdua sebentar tadi.

"Tenaga Pengajar." Balas Djin.

"Salah seorang daripada Geng M.A.R.A?"

"Betul."

Rizwan menghela nafas kecil dengan sedikit nada frustation, kelima-lima mereka telah mengenali Geng M.A.R.A, iaitu nama gabungan keempat-empat mereka, Muhkriz, Aqasha, Ridwan dan Akim.

PEWARIS SEBENAR IRISOù les histoires vivent. Découvrez maintenant