BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN

286 19 8
                                    

Rudy pergi ke Bank Syumul dengan berpakaian hoodie kelabu putih, dia menutup kepalanya kemudian berjalan masuk seperti biasa. Dia melihat ramai orang datang berkunjung ke bank itu untuk mengeluarkan duit, membuka akaun bank, memasukkan duit dan sebagainya. Dia tidak melihat apa-apa yang luar biasa di sana. Dia duduk di sebuah kerusi hitam, tempat menunggu giliran untuk pergi ke kaunter bank. Sedang dia menunggu, dia tiba-tiba terpandang satu pasu hitam yang bercorak agak aneh daripada biasa. Pasu itu sedang dibawa pergi oleh dua orang lelaki aneh yang memakai semua serba hitam serta menutup wajahnereka dengan topeng pelitup muka berwarna hitam. Dua lelaki itu berjalan perlahan keluar daripada bank itu sambil memandang ke kiri dan kanan. Gelagat aneh mereka membuatkan Rudy berasa ingin tahu, mungkinkah itu artifak yang perlu dicarinya untuk menyelesaikan tugasan pertama? Dia segera mengekori dua lelaki itu dari belakang.

Dua lelaki itu semakin menghampiri sebuah gudang lama, mereka terus berlari ke arah gudang itu, kemudian, Rudy tiba-tiba muncul dengan lompatan kuak belakang tepat betul-betul dihadapan dua orang lelaki yang sedang mengangkat pasu itu. Mereka berdua terkejut, nasib baik pasu itu tidaj terpelanting jauh bersama.

"Boleh aku nak tengok pasu yang kau orang pegang tu sekejab?" Tanya Rudy sambil menghulurkan tangan kanannya ke arah dua lelaki itu. Salah seorang dari mereka memegang pasu itu kemudian dibalingnya ke arah Rudy. Sewaktu Rudy mahu menyambutnya, tiba-tiba seorang lagi lelaki menghadiahkan satu penyepak ke tubuh belakang Rudy lalu Rudy tersungkur jatuh rebah di atas tanah. Pasu itu kemudiannya selamat jatuh ke tangan lelaki yang menyepaknya tadi.

"Urgh... Kurang asam! Berani kau pukul curi!" Marah Rudy. Tiba-tiba pula dia dikelilingi oleh lima orang yang menutup kepala mereka dengan memakai hoodie berwarna hitam serta memakai pelitup muka berwarna hitam di muka mereka. Rudy cepat-cepat bangun lalu membuka kuda-kuda untuk menyerang.

"Let's us see who will stand untill the last of the game." Kata seseorang yang sedang memerhati dari tempat yang gelap. Dia memakai baju suit blezer berwarna hitam, kemeja berwarna merah, seluar slack hitam, tali leher hitam, stoking hitam panjang sampai ke lutut dan kasut kulit hitam berkilat. Dia sedang duduk di dalam gudang lama itu sambil menyilangkan kakinya, mukanya langsung tidak dapat dilihat. "The game will begin, now!" Terus lima lelaki itu menyerang Rudy dengan bertubi-tubi tanpa henti.

"Huh! Lima lawan satu? Cubalah!" Kata Rudy. Dia segera merancang strategi di dalam otaknya sementara gerak tubuhnya menyerang dan menepis segala serangan daripada lima lelaki itu.

"High morale. You're just like your brother, Rudy." Kata seorang lelaki yang sedang menumbuk Rudy, tumbukannya tepat mengenai pipi kiri Rudy apabila dia berjaya buat Rudy hilang fokus setelah melontarkan kata-kata itu.

Dush..!

"Urgh, aku mana ada abang! Jangan nak mengarut!" Marah Rudy, dia berdiri semula kemudian sambung berlawan ke arah lelaki yang sedang menumbuknya tadi. Rudy melompat setingginya kemudian menghalakan tapak kaki terus ke wajah lelaki itu. Tanpa dia sedari, ada lagi dua orang lelaki yang membuat gaya serangan yang sama seperti Rudy namun mereka tidak menghalakan serangan itu ke arah lelaki di bawah, mereka menghalakan serangan ke arah Rudy dalam dua arah.

Bush!

Tepat serangan dua lelaki itu mengenai perut dan kepala Rudy. Sekali lagi dia jatuh tersungkur di atas tanah. Dua lelaki itu mendarat di atas tanah dengan serentak dalam keadaan baik.

"Poor you, you don't know who your brother is?" Seorang lelaki itu mulai berjalan ke arah Rudy, diikuti dibelakangnya lagi empat orang bawahannya.

"Siapa kau orang semua ni?!"

"Hmm... We're your brother's old friends." Jawab seorang lelaki itu kemudian duduk mencangkung di hadapan Rudy yang sedang terbaring terbalik di atas tanah.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now