BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA

252 19 6
                                    

Jam 9.00 malam, Ali bersiap di dalam biliknya. Ali memakai suit hitam, suit formal untuk Majlis makan malam yang formal bersama-sama dengan golongan aristokrat yang lain. Ali memandang refleksinya di cermin besar di dalam biliknya.

Kebiasaannya, Ali akan menolak dan memberikan alasan setiap kali ayahnya mempelawanya untuk menghadiri majlis formal sebegini namun, kali ini dia terpaksa menuruti kemahuan ayahnya kerana tidak mahu mengecewakannya seperti dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kebiasaannya, Ali akan menolak dan memberikan alasan setiap kali ayahnya mempelawanya untuk menghadiri majlis formal sebegini namun, kali ini dia terpaksa menuruti kemahuan ayahnya kerana tidak mahu mengecewakannya seperti dulu.

"Ali, dah siap?" Tanya Dr. Ghazali dengan suara sedikit garau, dia kemudian meluru masuk ke dalam bilik Ali. Ali memandang ke arah figura yang sedang berdiri di hadapan pintunya itu.

"Dah, ayah." Balas Ali dengan senyuman manis. Ali berjalan ke arah Dr. Ghazali dan berhenti betul-betul dihadapannya.

Dr. Ghazali membetulkan serta memperkemaskan lagi suit pakaian Ali, dia mengibas habuk kecil di atas bahu kiri Ali kemudian melontarkan senyuman manis kepada anak lelakinya itu.

Dr. Ghazali memakai suit hitam yang sama seperti Ali, pakaian formal seperti inilah yang menjadikan seorang lelaki kelihatan sangat bergaya walau dalam apa jua keadaan.

"Hah! Macam ni lah baru anak ayah! Kemas, berdisiplin dan elegan. Kita ni Ali sebagai seorang lelaki yang budiman, kekemasan perlulah nombor satu! Barulah dapat cari bakal menantu untuk ayah." Dr. Ghazali melontarkan senyuman sinis ke arah Ali.

"Pfftt! Apalah ayah ni, Ali belum terfikir sampai ke situlah." Kata Ali sambil meletakkan tangan kanannya di lengan kiri Dr. Ghazali.

"Jom, driver dah tunggu dekat bawah. Kita merupakan seorang tetamu VVVVVVIP di Majlis itu, jadi, kita mestilah menepati masa, okay?" Dr. Ghazali menepuk lembut belakang badan Ali, Ali hanya mengangguk kecil kemudian mereka berdua berjalan turun ke bawah.

Mereka menutup pintu rumah, Ali dan Dr. Ghazali memasuki sebuah kereta hitam yang besar dan berkilat. Dr. Ghazali memberikan isyarat mata kepada pemandu kereta supaya menghidupkan enjin kereta dan pergi ke destinasi. Pemandu itu menuruti arahan dan mereka pergi menuju ke destinasi.

Di rumah Rizwan, dia juga bersiap untuk menghadiri makan malam formal di sebuah restoran hotel lima bintang. Rizwan memakai suit hitam, setelah siap bersiap, Rizwan turun ke bawah dan keluar daripada rumahnya.

Rizwan terlihat satu figura lelaki sedang berdiri sambil menyandarkan dirinya pada kereta Rizwan. Figura itu tersenyum sinis apabila melihat Rizwan sudah keluar daripada rumahnya.

"Kau dah sampai, bagus." Puji Rizwan kepada Rudy yang berpakaian formal suit hitam sama sepertinya.

Rizwan berjalan ke arah Rudy, dia menekan butang untuk membuka kunci kereta. Kereta itu berbunyi, Rizwan membuka pintu kereta itu dan menyuruh Rudy supaya masuk ke dalam kereta.

Rudy hanya menurut arahan dan masuk ke kerusi di sebelah Rizwan, mereka memakai tali pinggan keledar kemudian Rizwan mula memandu keretanya keluar ke jalan raya.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now