BAB 8: DOKTOR QARZONE

213 18 7
                                    

Setelah beberapa jam berlalu, alhirnya Dayang, Ganz dan Zain telah berjaya membantu Djin menyelesaikan tugasannya. Kesemua lima Ejen IMVISO telah berjaya mendapatkan barang yang ditugaskan dalam misi mereka.

Kelima-lima Ejen IMVISO berkumpul di padang semula, di tangan mereka, kelihatan barang-barang penting sedang dipegang erat.

Bobby sedang melambung-lambungkan pen hitam yang diambilnya daripada pejabat perdana menteri sebentar tadi dengan senyuman sinis memandang Karya.

"Setakat pen sebatang kau tak perlulah nak riak sangat." Kata Karya sambil memusingkan iris bebola matanya. Karya mengeluarkan pisau yang dipegang olehnya tadi lalu membuat latihan berlawan dengannya.

Swush!

Karya berdiri tegak, tangan kanannya melambungkam pisau itu ke udara, pisau itu berpusing-pusing, Karya menundukkan kepalanya di hadapan Bobby dengan senyuman sinis dan melompat ke udara gaya gimnastik.

Pak!

Pisau itu berpusing tanpa henti dan bergerak menggelongsor di tangan kiri Karya, berjalan ke belakang bahu Karya dan seterusnya ke tangan kanan lalu di sambut kemas di dalam gemgaman tangan kanannya. Karya berpusing lima kali kemudian mendarat di atas tanah dengan selamat.

Pak!

"Amacam?" Tanya Karya sambil menjeling puas hati memandang Bobby.

"Ouh... Kau nak cabar aku ke?"

"Eh? Why not?"

Rudy memutarkan matanya sambil menghela nafas kecil, dia berdiri di sebelah Rizwan sambil meletakkan artifaknya ke bawah. Matanya terlihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

Figura lelaki itu melambai-lambai ke arahnya dengan senyuman manis, lelaki itu menyuruhnya untuk datang ke arahnya sebentar setelah selesai berbincang.

"Kau okay?" Tanya Rizwan kepada Rudy, matanya melihat pada bahu kiri Rudy yang sedang berdarah sedikit itu.

"Okay." Rudy menutup bahagian bahu yang cedera itu dengan tangan kanannya. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

"Lepas ni, pergi bilik kesihatan. Aku dah maklumkan dekat jururawat di sana, nanti Jet dan Chris akan tolong papah kau." Kata Rizwan sambil melihat ke arah jam tangannya.

"Tak perlu, saya boleh pergi sendiri." Balas Rudy, dia memuncungkan bibirnya sambil menyilangkan tangannya.

"Jangan merepek, kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana?"

"Saya bukan budak-budak lagi, Ejen Rizwan. Saya remaja."

"Masih bawah umur kan?" Akhirnya, Rizwan memang perdebatan mulut dengan Rudy. Bagi Rizwan, orang yang belum melepasi umur 20 tahun bererti budak bawah umur.

"Baiklah, Ejen Rizwan menang." Kata Rudy, mereka berdua tersenyum sinis sesama mereka.

"Letakkan sahaja barang-barang artifak itu di sini. Nanti ada orang akan ambil." Kata Djin sambil meletakkan artifaknya di dalam satu lukisan bulatan yang besar di atas padang itu.

Semua ejen-ejen INVISO yang lain hanya menuruti tingkah lakunya, kelima-lima mereka berdiri di belakang luar garisan bulatan itu.

Shing!

Garisan bulatan itu mulai bersinar, kelima barang-barang artifak itu di bawa turun ke bawah untuk dilihat kesahihannya terlebih dahulu.

"Mission Accomplished." Kata Djin kepada semua rakan-rakan yang lain. Mereka semua mengangguk tanda puas hati.

"Masih ada beberapa jam sebelum perintah kawalan pada waktu malam, apa kata kita keluar?" Tanya Karya sambil memandang ke arah jam tangannya. Bobby melilit tangan kanannya di sekeliling leher Karya.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now