BAB 4: CURIGA

325 25 2
                                    

"Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Sihat?" Tanya Ejen Zain kepada kesemua Ejen di Dewan itu.

"Waalaikumsalam..! "

"Sihat!!!" Jawab kesemua mereka termasuklah dua orang Ketua Teras M.A.T.A itu.

"Saya Tak nak Cakap banyak sebab perut saya dah mula berkeroncong, ni." Kata Ejen Zain sambil membuat lawak jenaka kecil kepada Ejen-ejen semua. Mereka semua tergelak kecil mendengar telatah Ejen Zain yang sudah disangka meninggal. "So, I'm just street to the point. Lima jejaka kacak dihadapan saya ini merupakan calon-calon menantu utama anak-anak dara saya."

Buusshshhhhhhh!!!

Tersembur air yang diminum oleh Ejen-ejen perempuan termasuklah Ejen Dayang. Bukan itu sahaja, mata Lima Ejen INVISO di pentas juga tiba-tiba terbeliak luas seperti biji bola mata mahu terkeluar daripada mata.

"Apa?! Calon menantu?"

"Mana boleh! Saya dah chop Bobby!"

"Amboi, siap main chop, chop, lagi. Ingat mereka apa? Patung?" Perli Jet kepada kesemua Ejen-ejen perempuan yang berada di Dewan itu. Muka Iman paling ketara kelihatan warna merah pendam. Ali juga terperasan riaksi wajah Alicia mulai berubah setelah mendengar kata-kata Ejen Zain itu. Matanya tidak lekang memandang wajah Rudy yang tampak cool sahaja dari tadi.

"Eh, Alicia! Kenapa muka kau merah, ni?" Tanya Ali yang kelihatan cemas memandang wajah Alicia. Alicia mulai tersedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Ali, terus dia memalingkan wajahnya ke tempat lain.

"Tak...Tak ada apalah!" Balas Alicia kepada Ali.

"Iman? Mu okay dok ni?" Tanya Chris kepada Iman yang memandang wajah Rudy dengan pandangan malu-malu kucing. Iman tersedar dari lamunannya lalu memandang ke lantai.

"Saya okay."

"Apa kena dengan semua Ejen perempuan hari ni? Kami Ejen-ejen lelaki ni pun boleh tahan kacak juga tahu?" Kata Ali, mahu mendapat perhatian daripada Ejen-ejen perempuan. Kesemua Ejen-ejen perempuan Mula menundukkan wajah mereka ke bawah tanda Malu. Ejen-ejen lelaki Pula Mula berasa tergugat dan tercabar dengan Lima Ejen INVISO di atas pentas itu.

"Ha, ha, ha, ha! Saya gurau sahajalah. Tengoklah wajah bunga-bunga ni semua." Perkataan 'bunga-bunga' merujuk kepada perempuan atau wanita. Ejen Zain tergelak kecil dengan jenakanya sendiri. "Lima jejaka di atas pentas ini merupakan lima calon bagi merentap di dalam sebuah pertandingan bagi merebut gelaran 'Pemegang IRIS yang sah.' Hanya seorang sahaja yang layak menjadi pemegang IRIS. Itu pengumuman pertama, pengumuman kedua pula, Ejen Rizwan dan Ejen Karya Pula akan berentap merebut gelaran Ketua Teras INVISO. Jadi, mereka berdua akan menyertai dua buah pertandingan."

"Huh? Pemegang IRIS?" Alicia memandang ke arah Ali yang sedang tampak marah memandang wajah Djin serta Rudy.

"Pemegang IRIS yang sah? Hanya Aku yang layak menjadi pemegangnya." Guamannya seorang diri. Ali mulai memegang erat buku limanya. Alicia memegang bahu kiri Ali.

"Ali. Kau okay?" Tanya Alicia.

"Hmm.." Balasnya.

"Ada soalan?" Tanya Ejen Zain.

"Ermm, saya ada soalan." Kata Ali sambil mengangkat tangan kanannya sambil memandang ke arah Ali. Semua mata tertumpu pada Ali. Ejen Zain melontarkan senyuman sinis kepada Ali dengan keluhan berat.

"Ya, apa dia, Ali?" Tanya Ejen Zain.

"Kenapa saya tidak tercalon sekali?" Soalan Ali telah menyebabkan semua orang terkejut.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now