BAB 18: OPERASI BERMULA

261 14 11
                                    

Keadaan diantara Rudy dan Encron semakin tegang, mereka saling berpandangan dengan riaksi yang berlainan. Walaupun begitu, Rudy mampu kekal bertenang. Kelebihan ejen Inviso, mereka sentiasa dapat mengekalkan ketenangan mereka walau dalam apa jua keadaan kerana, mereka telah dilatih begitu sejak menjadi ejen muda lagi.

Sementara itu, di dalam dewan pasaraya Gegamall itu, semua tetamu sedang mula mencari tempat duduk masing-masing di meja dan kerusi yang telah disediakan. Disekeliling dinding dewan makan itu, jelas kelihatan ramai pengawal peribadi bersuit hitam dan berkaca mata hitam sedang berdiri di situ. Setiap dari mereka akan menjaga seorang tetamu penting dan melindungi mereka sehinggalah majlis pada malam itu tamat dengan jayanya.

Di suatu sudut, kelihatan Dr. Ghazali dan Ali sedang berbual dengan beberapa orang tetamu penting di situ sambil bertukar-tukar kad nama. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai jawatan tinggi di dalam sesebuah perkara, mereka akan cuba untuk mengexposekan diri masing-masing demi mencari pelabur-pelabur baru untuk melaburkan duit mereka di dalam saham syarikat mereka.

"Dr. Ghazali, tahniah diucapkan atas kejayaan Dr dalam menyiapkan satu lagi projek terbesar di bandar ini."

"Tahniah, Dr. Ghazali. Awak merupakan contoh dan ikutan terbaik bagi generasi-generasi muda zaman kini."

"Beruntung kamu dapat ayah yang hebat seperti Dr. Ghazali ni, Ali."

"Hihihi, Ayah saya memang hebat! Dialah idola saya sejak dahulu lagi." Kata Ali sambil memandang dengan bangganya ke arah ayahnya. Mereka saling berpandangan, Dr. Ghazali mengusap lembut kepala anaknya itu dengan senyuman gembira.

"Alhamdulillah... Aliya, saya dah berjaya didik anak kita menjadi seorang yang berjaya. Inilah impian kita bersama... Saya harap awak dapat melihat progresif baik Ali dari 'sana'." Kata Dr. Ghazali di dalam hatinya dengan rasa syukur yang teramat sangat.

"Ali, saya dengar kamu bakal mengambil alih jawatan ayah kamu sebagai Pengerusi Terbesar Menteri Teknologi di Menara Beta. Betul ke?" Tanya Prof. Jesper kepada Ali, Ali mengangguk laju sambil menjawab dengan riaksi teruja.

"Ya! Saya dah bertekad untuk jadi sehebat ayah, beberapa minggu lagi, saya akan mengambil alih jawatan ayah saya, lepas ni, ayah dah boleh berehat. Saya akan buat ayah bangga dengan kejayaan saya." Kata Ali dengan terujanya. Benar katanya, Ali sudah lama menjadi pelatih di sana, ramai juga yang cuba bersaing dengan Ali untuk menjawat jawatan Dr. Ghazali, namun, hanya Ali seorang sahaja yang berjaya melepasi semua ujian yang diberikan kepada semua peserta.

"Beruntung kamu dapat anak seperti, Ali. Lain sungguh dengan anak saya, anak saya hanya tahu main game, game, game setiap hari. Dia tidak mahu buat apa-apa selain daripada main game."

"Sama... Anak saya pula, setiap hari tonton cerita Anime Jepun, kalau tak pun, dia akan buka aplikasi Netflix untuk menonton Drama kesukaannya pada setiap hari."

"Haih..." Kedua-dua rakan Dr. Ghazali menghela nafas kekecewaan terhadap anak-anak mereka, mereka juga mahu anak-anak mereka mengikut jejak langkah mereka seperti Ali yang mengikut jejak langkah Dr. Ghazali.

"Dr. Iqbal, Dr. Munira, setiap manusia impikan sesuatu yang berlainan di dalam hidup mereka. Mungkin mereka sudah ada target di dalam hidup mereka, mereka mahu mengejar cita-cita mereka sendiri, dan mereka mengharapkan agar Dr. Iqbal dan Dr. Munira dapat menyokong dan menerima keputusan mereka dengan hati yang terbuka. Dengan cara itu, kita dapat tunjukkan pada mereka bahawa, mereka juga boleh membanggakan Dr berdua dengan impian mereka sendiri." Kata-kata Ali telah membuatkan kedua-dua Dr itu tersentuh hati, tanpa berlengah lagi, mereka segera memeluk erat tubuh badan Ali. Ali terkejut, dia membalas pelukan itu sambil mengusap lembut belakang badan kedua-dua Dr itu. Setelah beberapa saat, mereka melepaskan pelukan daripada tubuh Ali dan memandang ke wajah Ali dengan riaksi penuh lega.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now