BAB 19: SERANGAN MENGEJUT

178 16 5
                                    

Swush!

Dua kelibat lelaki mulai melompat ke arah Rudy dan Encron. Mereka mengajukan tendangan kaki ke arah mereka untuk memisahkan kedudukan mereka berdua.

Dush!

Tap!

Akibat daripada serangan mengejut itu, Rudy dan Encron melompat selangkah kebelakangan manakala dua kelibat lelaki itu mendarat di atas tanah dengan kemas dan selamat, kemudian, mereka berdiri serentak dalam posisi ingin menyerang sebelum menjeling sesama mereka.

"Ali? Apa kau buat di sini?" Tanya Djin sambil mengerutkan dahinya melihat kelibat Ali di sini.

"Saya pun sebahagian daripada kumpulan ni, saya bertanggungjawab untuk bantu awak semua." Balas Ali sambil merenung tajam ke arah Encron di suatu sudut.

"Ini bukan pertempuran kau. Ini hal kami berlima, jangan masuk campur..!" Marah Djin dengan nada sedikit marah sambil mula mengeluarkan pedang lalu dipegangnya dengan kemas di tangan kanannya manakala Ali memegang gasing milik mamanya di tangan kanannya.

"Awak semua juga yang bersetuju untuk terima saya sertai operasi pada malam ni, jadi semua tindakan awak semua adalah tindakan saya juga." Tanpa berlengah lagi, Ali terus meluru berlari ke arah Encron.

"Ali! Tunggu!" Djin cuba memanggil nama Ali namun, Ali sudah jauh ke hadapan dengan posisi menyerang.

"Hiyark!"

Swush!

Ting! Ting! Ting!

Ali mengajukan gasing serangan setiap penjuru ke arah Encron dengan geseran yang kuat disekeliling dinding besi di dalam bilik itu, Encron tersenyum sinis kemudian melompat ke udara sambil meninggalkan sebiji bom kecil ke bawah bagi menggantikan tubuhnya. Apabila gasing Ali mulai berada dalam lingkungan jarak 0.5 meter daripada bom kecil itu, bom itu terus meledak dengan kuatnya.

Kebabommm!!!

"Urgh!"

Satu asap debu mulai mengelilingi seluruh bilik itu, penglihatan mereka semua mulai kabur. Mereka perlu menggunakan selain daripada deria penglihatan untuk mengesan serangan musuh yang seterusnya.

Djin serta merta terus berlari ke sisi Rudy untuk melindunginya, "Rudy, kau okay?" Tanya Djin, Rudy mengangguk kecil sambil mula tersedar dari lamunannya. Dia segera mempersiapkan kedudukannya ke posisi menyerang, sama iras dengan gaya menyerang Djin.

Namun begitu, Rudy tidak dapat menumpukan perhatian 100 peratus kerana 50 peratus tumpuannya masih lagi terfikir akan kata-kata Encron sebentar tadi. "Aku masih ada ahli keluarga yang lain? Siapa mereka?" Gumam Rudy sendirian.

"Ready to fight!" Kata Djin, arahan persediaan untuk bersedia sebelum menyerang kepada Rudy.

"M.A.T.A tahu semua maklumat tentang aku, mereka tahu tentang semua orang. Tetapi kenapa mereka langsung tak bagitahu aku apa-apa tentang keluarga aku? Apa yang mereka takutkan?" Soal Rudy berbelah bahagi di dalam hati. Dia berhenti berfikir seketika, kemudian, mulai bersuara di dalam fikirannya, "Kalau betul apa yang Encron cakap... Aku tak boleh percayakan M.A.T.A lagi."

"Set!"

"Kalau mereka nak main game ni, aku pun akan main juga." Tidur berkata di dalam hatinya. Genggaman tangan Rudy semakin ketat, wajahnya menjadi ketat dengan tiada senyuman. "Let's the game, begin!"

"Go!"

Swush!

Rudy dan Djin berlari ke hadapan dengan pantas, gabungan serangan kombo daripada seorang mentor dan seorang anak murid merupakan suatu gandingan yang sangat hebat.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now