BAB 13: BOM MASA

242 17 6
                                    

Keesokan paginya, burung-burung mula terbang bercicipan beramai-ramai. Udara segar di waktu pagi membuatkan semua orang berasa bersemangat.

Ada yang pergi berjoging di taman HQ M.A.T.A, ada yang pergi ke gym, ada yang pergi bersarapan berjemaah dan ada yang masih terbongkang baring di atad katil mereka di dalam asrama.

Para ejen boleh memilih sama ada mahu tinggal di asrama M.A.T.A atau pun pulang ke rumah dan datang ke tempat latihan seperti biasa.

Rudy yang sekarang telah bergelar sebagai pelajar universiti perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

Rudy mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi M.A.R.A (UiTM) di Kuala Pilah, Beting, Negeri Sembilan. Rudy berada di Fakulti Sains Gunaan di dalam bidang Diploma in Microbiology.

UiTM Kuala Pilah hanya mempunyai dua fakulti sahaja iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari.

Bukan hanya Rudy, Ali, Iman dan Alicia juga turut menyambung pelajaran mereka di sana. Pada waktu mereka tiada sebarang kelas, mereka akan pergi ke HQ M.A.T.A untuk berlatih di sana.

Alicia dan Ali berada di Fakulti yang sama dengan Rudy cuma dalam bidang yang berbeza. Alicia mengambil Diploma Teknologi Tekstil dan Pakaian manakala Ali mengambil Diploma Teknologi Makanan.

Iman pula berada di dalam Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari di dalam bidang Diploma Pengurusan Halal.

Pagi itu, Rudy keluar awal daripada bilik asramanya dan berjalan seorang diri ke bilik pensyarahnya untuk menyerahkan tugasannya.

Sedang dia berjalan, kebetulan Iman juga menghala ke arah yang sama dengan Rudy. Rudy terlanggar Iman sehingga barang-barang yang dipegang oleh mereka terjatuh dan bercampur aduk.

Pak!

"Allah! Maafkan saya, saya tak perasan." Kata Iman dengan riaksi cemas.

"Bukan, salah saya tergesa-gesa tadi sehingga tak perasan awak di depan." Rudy cepat-cepat mengutip barang-barangnya serta mengutip barang-barang kepunyaan Iman lalu menyerahkan barangnya semula.

Mereka berdua berdiri serentak dalam keadaan sunyi dan sedikit janggal. Iman memandang ke wajah Rudy.

"Terima kasih." Kata Iman sambil melontarkan senyuman manis kepada Rudy, Rudy hanya mengangguk kecil kemudian mula berjalan pergi meninggalkannya.

"Rudy... Tunggu!" Panggilan Iman telah membuatkan langkah Rudy terhenti, Rudy memusingkan kepalanya perlahan-lahan bagi melihat ke wajah Iman.

"Ya?" Rudy memandang ke wajah Iman, mereka membuat kontak mata. Iman berjalan perlahan ke arah Rudy.

"Urm... Apa perancangan awak malam ni? Awak free tak..?" Tanya Iman kepada Rudy dengan riaksi malu-malu kucing.

"Malam ni?" Rudy mengambil telefonnya daripada poket seluarnya dan memeriksa jadual kelas di Universiti dan jadual latihan dan misi ejennya. "Pukul 9.00 malam saya free. Kenapa?" Rudy memandang semula ke wajah Iman.

"Saya... Urm... Ka... Kalau awak tak kisah, saya nak ajak awak makan malam dengan ibu bapa saya di rumah saya. Ah! Itupun... Kalau awak tak kisah... Urm... " Iman mula menundukkan kepalanya ke bawah.

Rudy tersenyum sinis, "Okay, saya datang. Lagipun, malam ni saya tak buat apa-apa yang penting pun. Nanti awak hantar lokasi Google Maps rumah awak pada saya."

Iman cepat-cepat mengangkat wajahnya, matanya bersinar-sinar dan jantungnya berdegup kencang. Rudy melontarkan senyuman manis buat kali terakhir kemudian berjalan pergi ke arah pejabat pensyarahnya.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now