BAB 9: PERGELUTAN KECIL

173 17 8
                                    

Jam 2200 malam, semua ejen-ejen sedang melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang kembali ke asrama/dorm masing-masing untuk tidur, ada yang ke Cafeteria untuk makan dan ada yang keluar bersiar-siar di luar pejabat M.A.T.A.

Malam itu, bulan mengembang penuh, burung berkicauan dan jelas kedengaran bunyi cengkerik menyanyi.

Suasana aman itu tidak berkekalan lama apabila penggera kecemasan tiba-tiba berbunyi dengan nyaringnya.

Kring!!!

Penggera berbunyi selama sejam itu jelas menunjukkan bahawa semua para ejen perlu bergegas berkumpul di padang HQ M.A.T.A untuk latihan kebakaran yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.

"Cepat! Cepat! Cepat! Turun ke padang semua! Jangan tolak-tolak!" Arah seorang ejen senior lelaki major Tekno.

Tap! Tap! Tap! Tap!

"Ahhhhh! Matilah kita semua! Kebakaran!" Jerit Moon dengan lolongan yang kuat. Gelagat Moon yang kelihatan sangat cemas itu telah membuatkan semua ejen-ejen muda yang lain berasa semakin cemas. Mereka lagi cemas daripada Moon.

"Ya Allah! Mati?!"

"Habislah!"

"Daddy, I still young to die!"

"Mama!!!"

Pak!

"Ish! Moon..!" Marah Jet sambil mengetuk kepala Moon sekali. Moon menggosok belakang kepalanya yang terasa sakit itu. "Janganlah diriuhkan lagi keadaan yang sudah hara biru ini!"

"Kenapa kau pukul aku, hah?! Betullah apa aku rasa sekarang, Aku memang tengah kelam-kabut dan panik ni..."

"Moon, ini cuma latihan kebakaran. Awak sebagai ejen lebih senior sepatutnya tenangkan para ejen muda yang lain, bukannya buat mereka bertambah resah gelisah dan susah hati." Tegur Iman sambil memegang kedua belah tangan Moon.

"Jangan tolak-tolak, ikut laluan kebakaran ini." Arah Roza dan Mika sambil mengetuai segerombolan para ejen muda melalui tangga kecemasan. Begitu juga dengan Khai dan Chris.

"Cepat!" Arah Syafiq, seorang pelajar pertukaran daripada Agensi Bodyguard sempena program pertukaran budaya antara Agensi Bodyguard dan Agensi M.A.T.A.

"Jangan ikut lif, ikut tangga." Kata Ejen Gheeta, cuba menghalang beberapa pelajar perempuan yang cuba turun ke tingkat bawah menggunakan lif.

"Kenapa? Tangga tengah sesak di sana, mengapa kami perlu bersesak di tangga jika kami boleh guna lif yang nyaman? Betul tak semua?" Kata Ejen Remaja perempuan teras Kombat, Thebasri.

"Betul!!!" Jawab rakan-rakan dibelakang Thebasri.

"Lebih selamat jika kita menggunakan tangga untuk turun, jika kamu menggunakan lif, kalau tiba-tiba api sempat membakar wayar lif dari dalam, tidakkah kamu semua akan jatuh bersama-sama dengan lif itu?" Tanya Ejen Gheeta dengan sedikit penerangan ringkas kepada beberapa orang Ejen itu.

Mereka terdiam seribu, kemudian akur dengan kata-kata Ejen Gheeta dan berlari ke arah tangga yang dijadikan sebagai laluan kecemasan.

Tap! Tap! Tap! Tap!

"Bulat! Mana kau?!" Jerit Moon, cuba memanggil Bulat yang dari tadi tidak kelihatan kelibatnya.

"Hah! Tu dia, Bulat!" Tunjuk Khai ke arah Cafeteria yang terletak di tingkat paling bawah. Kelihatan Bulat sedang menikmati makanan ringan, Zass sedang cuba mengajak Bulat untuk turut berkumpul di padang namun tidak berjaya.

"Sempat lagi dia ni makan... Kita semua sedang huru hara di atas dia sedap-sedap je makan di bawah?! Siap kau..." Moon dengan rasa marahnya terus melompat daripada bangunan ke bawah dengan drastik. Gelagatnya telah membuatkan Jet dan Iman berasa terkejut.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now