BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS

248 14 11
                                    

Ahad, Jam 0700 pagi- di HQ M.A.T.A, Rudy bangun awal seperti biasa, dia tiada sebarang kelas kuliah pada hari ini jadi dia menghabiskan masanya di HQ M.A.T.A.

Rudy memakai suit hitam pertandingannya kemudian terus berjalan ke arah pejabat ketua-ketua Teras.

Rudy berjalan perlahan, peristiwa semalam masih lagi segar diingatannya. Dia berfikir apakah tindakan yang perlu dibuat jika apa yang dikatakan oleh mereka itu benar. Betulkah hakikat itu ataupun semua itu hanyalah rekaan semata-mata?

-Flashback-

"Kau tak sedar lagi ke? Kau bekerja di bawah ketua yang salah! Mereka sentiasa menutup kebenaran daripada tersebar, dan kau masih berani menafikannya lagi?"

"Kebenaran apa yang kau maksudkan ni?"

"Kebenaran mengenai I.R.I.S."

-Flashback Ends-

Rudy menggelengkan kepalanya beberapa kali, pergerakannya terhenti seketika, tangan kanannya memegang tiang di sebelahnya. Rudy mengerutkan dahinya. "Tak... Tak mungkin semua tu betul. Semua ni hanyalah konspirasi semata-mata. Sedarlah, Rudy!"

Dia menepuk kedua pipinya dengan sedikiy kuat bagi menyedarkan diri kembali ke dunia nyata. Tiba-tiba, kata-kata Encron mulai terimbas kembali di fikirannya.

-Flashback-

"Kenapa korang ta'asub sangat dengan Ali?"

"Sebab Ali merupakan insan yang teraniaya sama seperti aku... Hanya kami yang mampu membantunya melepaskan dirinya daripada dianaiya. Tetapi... Kami tak mampu lakukannya sendirian..."

"Kebolehan kau sangat mengagumkan, kami amat berbesar hati jika kau sudi sertai kami. Ali juga... Akan berasa gembira apabila dia tahu kau berada di sisinya."

"Kau nak aku... Mengkhianati Agensi aku sendiri? Kau dah hilang akal ke?!"

"Mereka yang mengkhianati seluruh dunia... Dan kau masih nak pertahankan diorang lagi?"

-Flashback Ends-

"Urgh!"

Dush!

Rudy menumbuk kecil ke arah dinding itu bagi melepaskan rasa marahnya terhadap Encron. Dia bernafas dengan laju, jantungnya beedegup kemcang. Kedua-dua tangannya membentuk dua penumbuk yang kuat sehingga dapat lihat urat saraf di tangannya. Selepas seketika, Rudy kembali bertenang semula. Nafasnya kembali normal dan dia mulai dapat mengawal perasaannya.

"Okay, cool down, Rudy! Sekarang bukan masanya untuk kau fikirkan tentang Si Mamat Psycho tu." Kata Rudy sendirian. "Fokus pada tujuan kau, okay!"

"Ejen Rudy!"

"Huh?"

Baru sahaja Rudy mahu berjalan pergi namun, langkahnya terhenti apabila dia terdengar namanya dipanggil dari suatu arah. Kelihatan sekumpulan ejen muda daripada setiap teras M.A.T.A datang ke arahnya. Rudy memalingkan wajahnya ke hadapan dan memandang ke arah empat pelajar itu.

"Ya, saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya Rudy sambil memandang ke wajah keempat-empat ejen muda itu.

"Boleh Ejen Rudy jadi mentor kami?" Tanya seorang ejen muda teras Inviso kepada Rudy.

Rudy terkejut dengan permintaan budak itu, belum pernah lagi ada ejen muda yang memohon untuk menjadi mentinya, ini pertama kali berlaku.

"Ahh! Maafkan kami, lupa pula kami nak kenalkan diri kami." Kata Ejen muda Neuro dengan gelak tawa kecil. "Ehem! Selamat berkenalan, nama saya Muhammad Daniel Ammar, ejen muda teras Neuro."

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now