BAB 25: HELAH

78 3 0
                                    

Kawasan Pinggiran Cyberaya_

Pagi jam 5.00 a.m, lagi sejam sebelum berkumandangnya azan Subuh. Rudy bangun bersiap bagi misi seterusnya, hari pertama penyamarannya sebagai pelajar A.P.D.A.

Seusai sahaja mandi, uniform merah segera disarungkan di badannya, jam tangan ejennya disarung di pergelangan tangan kiri. Untuk misi kali ni, dia tidak memakai gel rambut pada rambutnya dan mengantikan dengan minyak rambut Habatus Sauda.

Kad pelajar diambil di atas meja, lanyard terus digantung di lehernya. Selepas selesai, dia memandang refleksi dirinya di cermin panjang. Rudy tergelak kecil apabila teringat akan waktu sekolahnya yang singkat.

"Dah macam nak pergi sekolah aku, ni." Zaman persekolahan Rudy tidak seperti murid-murid lain, akibat kekangan kewangan pada masa itu, Rudy hanya sempat menghabiskan sekolahnya di usia 15 tahun, alhamdulillah, dia sempat menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga sempat diduduki atas bantuan Ejen Rizwan, namun, sebagai calon persendirian sahaja.

Rudy merenung ke arah jam dinding, "Baru pukul 5.20 a.m, awal juga aku siap." Rudy merenung ke luar jendela, langit masih lagi gelap, angin dingin juga dapat dirasai sehingga ke seluruh tubuh.

Ding! Ding!

Kedengaran bunyi notifikasi mesej Whats'app Bro masuk di telefon Rudy, dia mencapai telefonnya dan duduk di bucu tilamnya. Rudy membuka mesej itu lalu membacanya.

Whats'app Bro

Karya: Assalamualaikum, dan selamat pagi, semua. Nanti berkumpul di Academy, ya. Kita akan bergerak serentak ke sana.

Bobby: Waalaikumussalam, Bro. Boleh.

Djin: Akan ada PIC (Person in Charge) ke yang akan sambut kita dekat sana?

Karya: Geng Q.A.R.A.M akan ada di sana untuk jemput kita.

Waalaikumussalam, Ejen Karya.

Rizwan: Waalaikumussalam, baik, kita jumpa nanti.

Bobby: Mantaplah, semua dah bangun.

Djin: Aku paling awal.

Bobby: Kau main tipu, Djin!

Djin: HAHAHAHAHA

Karya: Okay, jumpa nanti.

Setelah habis perbincangan, Rudy menyeluk telefon bimbitnya di poket seluar, dia berdiri untuk keluar dari biliknya, namun, langkahnya terhenti apabila terlihat satu bingkai gambar lama.

Rudy mengambil gambar tersebut dan meratap gambar itu, wajah sedih mulai tergambar di wajahnya. Gambar tersebut adalah gambar Rudy bersama dua orang mentor kesayangannya suatu ketika dahulu, Djin dan Niki. Mereka berdua banyak membantu Rudy di kala susah senang. Niki bukannya ejen M.A.T.A, tapi dia selalu bantu Rudy di pinggiran.

"Kalaulah aku dapat kembali ke masa ni, aku nak sangat jalankan misi dengan korang dua." Air mata mulai bergenang di mata Rudy, dia memejamkan mata, cuba menguatkan diri daripada dugaan ini.

"Aku... Rindu korang waktu ni." Kata Rudy di dalam hatinya, tangannya digenggam erat, matanya masih dipejam rapat, air mata semakin deras mengalir. Tangisan Rudy terhenti apabila azan Subuh mulai berkumandang.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now