BAB 3 ✅

21.5K 1.2K 73
                                    

Aynaries Pov

Selepas sahaja Aries membersihkan ruang tamu. Terus dia memasuki bilik air untuk membasuh baju milik Mak Timah dan juga Riena. Dia hanya tersenyum sahaja. Baju yang berlambak itu hanya dipandang sahaja. Banyak...

"Aries!" Suara nyaringan Mak Timah terus mematikan lamunan Aries. Terus dia meletakkan semula baju tersebut. Dengan pantas dia menuju ke arab suara tersebut.

"Ye maksu kena..."

Laju sahaja wajahnya di tampar oleh Mak Timah. Sakitnya bukan kepalang. Terus Aries memegang pipinya. Bukan sekali wajahnya ditampar bahkan sebanyak 5 kali. Air matanya sudah bertakung di tubir matanya.

"K-Kenapa lempang muka Aries maksu?" Bergetar bibirnya sekarang ini.

"Kenapa kau cakap! Kau tengok baju aku sekarang. Semalam kau yang basuh baju aku kan. Macam mana baju aku boleh koyak macam ni! Kau memang nak kenalah betina." Menjerit Mak Timah di hadapan wajah Aries.

Mak Timah yang melihat Aries sudah mendiamkan dirinya itu  terus dia mengheret wanita itu sampai ke halaman rumahnya itu. Badan Aries yang bergesel dengan jalan itu hanya dibiarkan sahaja.

"Kau bangun sekarang!" Terus tubuh wanita itu dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan kemarahannya.

"Maksu Aries mintak maaf. Sumpah demi Allah bukan Aries yang buat. Semalam Aries nampak Riena yang gunakan baju Maksu." Memang benar dia sendiri melihat Riena menggunakan baju milik Mak Timah.

Riena yang mendengarkan namanya dipetik itu terus bergegas menuju ke arah Aries. Dasar perempuan tak guna tak reti kunci mulut. Terus muncul satu idea di kepala milik Riena.

"Kau jangan nak buat fitnah ye betina. Kalau kau tak suka akh pun tak perlu pun nak reka cerita." Terus dia memberikan jelingan kepada wanita itu.

Mak Timah yang mendengarkan jawapan daripada mulut Aries terus dia melempang wajah milik wanita itu sekali lagi. Jangan dikata bagaimana sakitnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Ya Allah Timah. Kamu buat apa dekat Aries?" Pak Yakob yang mendengar pergaduhan itu terus keluar daripada rumah tersebut. Dia yang melihat keadaan Aries yang sudah terurus itu dengan pantas dia menuju ke arah wanita itu.

"Kau tak payah nak menyemak. Ni urusan aku dengan dia. Kau takda hak nak masuk campur!" Terus diteking lelaki tua itu.

Allahuakbar hampir luluh hati pak Yakob melihat keadaan Aries

"Kalau kau tak suka Aries pun kau jangan buat dia macam binatang Timah. Dia ada perasaan juga. Kau tak kesian dekat dia ke? Kalau arwah Datin Jasmine nampak kau seksa dia kau Dia sedih Timah. Dia bagi kau amanah tapi kau bolot harta budak ni." Panas sahaja dia melihat wajah milik Mak Timah.

"Yang dah mati biarlah mati. Siapa suruh bagi amanah dekat aku. Lagipun buat apa aku nak jaga budak ni. Dia dengan Datin Jasmine tu cuma anak angkat. Mak bapak sebenar budak ni entah kemana. Entah-entah Aries ni anak luar nikah." Selamba sahaja dia membidas jawapan Pak Yakob.

"Mulut tu jaga Timah. Sekali Allah bagi kifarah tak cium bau syurga." Tangan Aries yang masih lagi terluka itu hanya dibiarkan sahaja.

"Kalau kau rasa kesian dengan budak miskin ni kau amiklah. Lagipun aku dah muak tengok muka dia." Aries yang mendengarkan jawapan yang keluar daripada mulut Mak Timah terus dia melutut di depan wanita tersebut.

"Maksu jangan....." Tidak mampu dia meneruskan bicaranya sekarang ini. Pak Yakob yang melihat keadaan Aries itu sudah tidak mampu menahan sebak.

Riena yang mendengarkan keputusan daripada mulut Mak Timah terus dia membisikkan sesuatu di telinga wanita tua tersebut.

"Mak dah kenapa nak bagi Aries dekat Pak Yakob? Lebih baik kita jual Aries mak lagi untung. Lagi satu club Riena nak pakai orang jadi tak salah kalau kita jual Aries. Untung pun kita dapat." Entah apa yang merasuk mereka berdua sampai sanggup menggadai maruah Aries.

Apa yang dibicarakan oleh anaknya betul juga "Kalau macam tu esok kau settlekan. Lagi cepat lagi bagus aku dah tak tahan nak tengok muka dia lagi." Dengan perasaan gembira Mak Timah mengambil Aries semula.

"Tak jadi aku nak bagi Aries dekat kau. Dah Aries jom masuk."Terus tangan Aries dipimpin masuk ke dalam rumah tersebut.

Aries berasa gembira apabila dia tidak diberikan kepada Pak Yakob dan dia berterima kasih kepada Pak Yakob kerana membelanya tadi.

Siang melabuhkan tirai maka malam pula menjelma....

Takpa harini hari terakhir kau dekat rumah ni. Jadi aku masakan banyak sikit untuk kau makan. Nanti dekat sana bukan kau dapat makan tapi kau yang kena makan dengan jantan-jantan keparat dekat sana.

"Banyaknya Maksu masak?"

Aries berasa pelik selepas dia dibelasah oleh Maksu. Riena terus meletakan ubat di bibir dan badanya. Nak kata tak sedap hati itulah yang dia rasakan. Terus dia menggelengkan kepalanya. Tidak mahu perkara buruk menguasai fikiranya.

Mak Timah yang berpura-pura baik itu terus mengusap rambut Aries.

"Takda apalah Ries. Maksu sengaja masak lebih. Lagipun Aries dah lama tak makan makanan yang macam ni kan. Maafkan Maksu sebab banyak buat salah dekat Aries." Hampir termuntah dirinya mengeluarkan perkataan itu.

"Ouh takpalah bukan salah Maksu. Dah jom makan." Aries yang malas untuk membidas perkara itu terus menghentikan cerita tersebut.

Riena yang sudah sampai ke club tersebut terus membuka pintu kereta tersebut. Dia terus menunggu seseorang. Kalini dia nekad untuk menjual Aries.

Pakaian yang dipakainya agak terdedah sedikit. Mata-mata tajam milik lelaki yang berada di sekitarnya membuatkan Riena berasa rimah. Dia melihat jam di lenganya. Mana pulak perempuan ni.

"Alamak liena tadi banyak sesak itu pasal saya lambat." Lim yang sudah terlambat 5 minut itu terus pergi ke arah Riena.

"Okey takpa kita bincang dekat dalam. Tak selesa dekat sini." Lim hanya mengangguk sahaja.

Dia Riena Ariyana merupakan anak milik Mak Timah dan juga pelanggan setia ataupun dikenali sebagai orang yang terpenting di club tersebut. Disebabkan itu dia boleh menjual maruah Aries kepada wanita cina ini.

Dia lebih takut miskin berbanding takut kehilangan ahli keluarga. Baginya harta adalah segala-galanya. Dia juga tahu siapa Tengku Rizqish yang sebenar-benarnya. Semua rahsia milik lelaki itu berada di tangannya.

"Baik deal... Esok bawak dia dekat i. Ingat kalau dia hilang atau larikan diri you yang akan gantikan tempat dia." Tegas suara Lim. Riena hanya beriak biasa sahaja. Tidak mungkin Aries akan lari. Dia akan menjaga wanita itu dengan ketat.
————————————

Sampainya hati nak jual Aries mak timah ni dah tua tua pun masih tak sedar diri. Taubatlah sebelum terlambat eeee cewah .

Hello readers i hope you guys enjoy tau !! 😫

ARIES (C)Where stories live. Discover now