BAB 34 ✅

15.6K 878 40
                                    

Tengku Rizqish POV

Selama 3 jam dia berjumpa Eirvard akhirnya Tengku Rizqish dapat membawa Aries pulang ke rumah Datin Medina. Dia sudah diberikan arahan agar tidak membawa Aries ke rumahnya sendiri kerana Datin Medina mahu menjaga Aries sehingga wanita itu benar-benar pulih

Aries yang sedang melihat pemandangan di luar kereta Tengku Rizqish hanya memandang kosong sahaja. Baginya tiada apa yang menarik. Jiwanya kosong raganya pula hilang dibawa angin. Tiada apa yang menarik tentang kehidupnya disebabkan itu dia merasakan dunianya kelam.

"Cosa stai guardando amore ?" Tegur Tengku Rizqish apabila melihat Aries termenung dan tenggelam di dalam dunianya sendiri. "Apa yang awak tengok cinta?"

"Guardo fuoari la strada, my signore." Aries sudah menutup mulutnya. Macam mana dirinya boleh berbicara dalam bahasa itali ? "Saya melihat jalan cinta."

Tengku Rizqish yang mendengar balasan dari Aries agak terperanjat kerana Aries masih lancar berbahasa itali. Dia hanya memberikan reaksi yang biasa sahaja. Dia tahu wanita ini multilanguage jadi dia tidak hairan.

Tengku Rizqish sempat melihat Aries. Dengan pandangan yang sekilas dia nampak di tangan Aries ada sebuah buku diari. Itu pun dibelikan olehnya supaya Aries tidak berasa bosan menunggunya di hospital tadi.

"You're my responsibility my amore jangan harap kau boleh lepas dari aku." Balas Tengku Rizqish.

Aries yang mendengarkan jawapan daripada Tengku Rizqish hanya mampu memberikan senyuman kepada lelaki itu. Secara tiba-tiba hatinya berbunga. Entahlah hatinya ini terlampau mudah lembut terhadap Tengku Rizqish. Walaupun lelaki ini banyak melukakanya. Tetapi hatinya masih lagi mampu berpaut dengan lelaki itu.

Tengku Rizqish yang memadang Aries tersenyum itu terus dia menjetik hidung milik wanita itu

"Kau termenung apa? Siap senyum sorang-sorang lagi. Kita dah sampai rumah takkan kau nak duduk sini. Nanti kalau kau mati kepanasan jangan salahkan aku pulak." Ringkas sahaja dibalasnya.

Aries yang mendengar kata-kata Tengku Rizqish hanya mampu membiarkan ayat tersebut terbang dibawa angin. "Pedas betul ayat tuan, ye Aries nak turun ni kejap." Seraya itu terus Tengku Rizqish meninggalkan Aries.

"Siapalah yang malang jadi isteri tuan kan? Kalau Arieslah yang jadi isteri tuan. Rasanya mati awal." Sempat dia berleter kepada dirinya sendiri.

Datin Medina yang melihat Aries yang berjalan seperti kura-kura terus dia menjerit "Ya Allah Aries. Rindunya mama dekat kamu sayang."  Datin Medina terus memeluk Aries

"Deinz kenapa tinggalkan Aries sorang-sorang? Pimpinlah Aries."Tengku Rizqish yang mendengar mamanya memanggil dirinya terus sahaja memalingkan kepalanya.

"Dia ada kaki mama belum cacat lagi. Kalau dah cacat kaki kena potong bolehlah Deinz tolong. Jangan nak manjakan Aries sangat. Budak tu bukan siapa-siapa dekat Deinz." Terus dia menjeling mata milik Aries.

Aries yang mendengar kata-kata Tengku Rizqish hanya memberikan senyuman yang hambar kepada Datin Medina. Cukup risau dirinya jika tidak dihargai oleh Tengku Rizqish setelah mereka berkahwin nanti.

"Dah jom masuk mama dah siapkan makanan untuk Aries." Terus Datin Medina membawa Aries. Dipimpin wanita itu secara perlahan-lahan supaya Aries tidak merasakan kesakitan.

"Aries mama ada buatkan makanan kegemaran Aries ye ni nasi ayam makanlah." Datin Medina terus menguhulurkan pinggan yang mempunyai nasi ayam kepada Aries.

Rindu sungguh hatinya apabila tidak melihat Aries. Sudah berapa lama wanita cantik itu tertidur seperti tidak mahu bangun. Jadi selepas mengetahui Aries sudah sedar mahu tak gembira hatinya.

"Terima kasih mama sebab susah-susah je buatkan Aries nasi ayam."

Malu pula dirinya apabila dilayan seperti puteri oleh mak mertuanya sendiri. Susah untuk diungkap dengan perkataan. Datin Medina memang melayan dirinya seperti permaisuri.

Semoga Tengku Rizqish menjaganya seperti ini selepas mereka berkahwin nanti. Walaupun perkahwinannya boleh menjadi sesuatu perkahwinan yang tidak diiktiraf oleh Tengku Rizqish namun dengan kekuatan yang dia ada insyaallah dia boleh bertahan.

———————————-

Mesti kamu semua tunggu bilalah putera neraka dengan puteri syurga nak kawin kan ? Saja je seksa korang huhuhuhu !!

Jangan terlupa kamu semua masih ada satu watak protagonists lagi .

ARIES (C)Where stories live. Discover now