BAB 23 ✅

15.5K 930 73
                                    

Aynaries POV

Hari berganti hari... Bulan berganti bulan dan Aries masih setia berada di sisi Datin Medina. Baginya walaupun dia hanyalah seorang pembantu rumah kepada anak wanita itu tetapi layanan Datin Medina terhadapanya tersangatlah baik.

"Mama Aries nak cakap sikit boleh?" Daun yang sudah berjurai itu digunting dan terus dimasukkan ke dalam beg plastik tersebut.

Datin Medina yang sedang menyiram pokok bunganya itu terus menghentikan perbuatanya itu. Pili air yang berada di sebalik pokok bunga itu dimatikan dengan perlahan.

"Ye sayang Aries nak cakap apa dekat mama?" Terus Datin Medina melabuhkan punggungnya di sisi Aries.

Nak cakap ke tak ek? Kalau tak cakap sesat jalan. Takpalah cakap jelah tak salah kan kalau aku tanya?

Datin Medina yang melihat Aries seperti sedang bercakap dengan dirinya itu terus dia menyentuh tangan wanita tersebut.

"Apa yang buat Aries rungsing ni? Cakap dekat mama ada yang tak kena ke?" Pelik juga Datin Medina. Kenapa Aries diam.

"Hm... Tengku Rizqish bila nak balik ye ma? Aries rasa dah hampir 3 bulan Tuan Rizqish tak balik." Terus Aries menenyehkan hidungnya dengan jari comelnya itu.

Datin Medina yang melihat wajah Aries yang bertukar warna itu terus dia mencubit pipi milik Aries. Geram sungguy dia melihat telatah milik Aries.

"Wah tanya pasal anak mama nampak rindu dia ke?" Sengaja dia mengusik wanita itu

Aries yang mendengarkan soalan daripada Datin Medina terus memainkann jari jemarinya. Rindu? Tidak mungkinlah dia akan merindui lelaki itu. Sudahlah dirinya dan Tengku Rizqish bagaikan langit dengan kerak bumi. Jauh sangat....

"Eh taklah ma. Jauh betul mama fikir. Bukan tu maksud Aries sebenarnya. Huh... dekat rumah Tuan Rizqish siapa yang bersihkan selalunya Aries yang kemas.  Takut juga dia balik tengok rumah tu tak terurus." Apabila sel-sel otak berkembang maka bersembang pun nampak real.

Kalau ye pun nak menipu mama janganlah terlampau nampak.  Satu yang Datin Medina perasan. Kalau Aries sudah menyentuh hidungnya adalah tu yang tidak kena.

Dan perilaku Aries ni sebiji macam Tengku Rizqish. Kalau rasa takut atau rungsing mesti Tengku Rizqish akan menyentuh hidungnya.

"Kamu tipu mama ye Aries?" seloroh Datin Medina.

Mati. Itulah ungkapan di dalam hati Aries. Dia tahu Datin Medina ini bukan calang-calang orang. Dari gerak-geri badan pun wanita itu dapat baca apa yang sedang difikirkan.

"Mana ada A-Aries menipu..." Balasnya.

"Yelah yelah. Mama percaya kata menantu mama." Terus Datin Medina bangun daripada duduknya dan menyambung semula pekerjaany.

Aries sudah terksesima? Mama sebut menantu ke tadi? Menantu ke hantu? Ke telinga aku yang salah dengar?

Terus Aries mengambil daun yang berguguran itu dan dimasukkan ke dalam plastik hitam tersebut. Sudah hampir 1 jam sebenarnya dia melakukan perkara ini. Badanya yang sudah penat itu menyebabkan Aries duduk semula ke pondok tersebut.

Bila dia duduk terkenang pula kisah silamnya bersama Tengku Rizqish. Dari kali pertama dirinya melihat lelaki itu dan di mana dia akhirnya dipukul oleh lelaki itu semuanya bermain di fikirannya.

Entah mengapa dia tidak boleh membenci lelaki itu. Walhal lelaki itu hampir membunuh dirinya tetapi hatinya tetap teguh bersama lelaki itu. Sepertinya dirinya mengenali lelaki itu tetapi tidak dengan memorinya.

Kalau Tengku Rizqish tidak asing bagi dirinya tetapi kenapa dia tidak mengenali lelaki itu? Ataupun itu semua hanya perasaanya... Mungkin dia terlampau merindui tunangnya itu yang membuatkan dirinya teringatkan lelaki itu.

2 bulan yang lepas Doktor sahkan memori ingatan yang dia miliki sekarang merupakan memori ketika umurnya masih 17 tahun. Disebabkan itu dia hanya mengenali kawan-kawan serta keluarganya sahaja.

Untuk selebihnya dia tidak dapat ingat. Mungkin ini salah satu ujian yang dia hadapi mahu atau tidak. Aries kena redha dengan ketentuan tuhan ?

Alhamdulilah kalau nak tahu penyakit barah otak Aries akhirnya sudah dah turun ke stage 2 atas bantuan Datin Medina. Itupun Aries bertegas supaya Datin Medina tidak menolongnya. Tetapi mahu buat macam mana. Kalau susah Datin Medina menyuruhnya. Aries wajib menurutinya.

Cuma peyakitnya itu tidak beransur pulih dengan cepat kebarangkalian penyakitnya boleh datang kembali

Flashback

"Aries awak tak sihat sepenuhnya. Saya boleh cuma bantu awak untuk turunkan satu stage sahaja ye yang selebihnya Allah yang bantu." Lembut sahaja suara doktor perempuan tersebut.

"Aries kamu tak ingat langsung siapa diri kamu?" Tanya Datin Medina kepada Aries.

Walaupun dia tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh Aries. Namun Datin Medina tidak pernah putus untuk menanyakan soalan itu.

"Tak ma Aries cuma tahu yang Aries ni anak tunggal. Dan papa mama Aries dah takda." Balas wanita itu.

Setelah mendengar cerita bahawa Aries ingin dijual oleh Mak Timah menitis air matanya. Walaupun Aries bukanlah anaknya tetapi hati seorang ibu sedikit sebanyak tersentuh dengan apa yang berlaku terhadap Aries.

"Suatu hari nanti. Kalaulah Aries kenal mama... Mama harap Aries tak benci mama ye. Mungkin disebabkan wajah kamu sama seperti Elish. Jadi sedikit sebanyak hilang rindu mama dekat arwah." Terus dia menyentuh pipi milik Aries.

"Ye mama... Aries doakan arwah tenang ye. Arwah mesti baik kan ma sampai sekarang mama ingat dia." Itu yang bermain di fikiran Aries.

"Dia baik dan lembut sayang... Elisha satu-satunya menantu yang mama ada. Tapi sayangnya...." Dia menghentikan bicaraanya seketika.

"Tapi sayangnya apa ma?"

"Tapi sayangnya dia tinggalkan mama. Elisha dengan keluarganya kena fitnah tapi sayangnya Deinz tak percaya cakap mama. Dia terlampau berdendam dengan Elisha. Bahkan semasa Elisha meninggal Deinz tak pernah jenguk arwah." Air matanya mengalir dengan deras. Dia rindu.

Hati Aries bagaikan diguris. Entah mengapa hatinya pula yang sedih...

"Mama kita doakan Arwah Elisha tenang ye. Lagipun naman dia sama dengan Aries kan? Jadi takpa nanti Aries doakan dia ye." Terus dipeluk badan milik Datin Medina dengar erat. Dia tahu Elisha mungkin adalah wanita yang berharga di dalam hidup wanita ini. Kalau tidak mana mungkin Datin Medina masih mengingati Elisha....

———————————-

Ada sapa-sapa volunteer nak jadi menantu Datin Medina rasanya ada 2 lagi anak lelaki Datin Medina yang single eh bolehlah pilih ? Nak Eirvard ke Rexian ?

Comfirm para readers akan dijaga seperti menantang air sirap limau bandung yang penuh eh tibeh ehek muahh !!

ARIES (C)Where stories live. Discover now