BAB 21 ✅

16.4K 928 21
                                    

Aynaries POV

Aries yang sedang berada di sebuah kawasan yang luas itu terus menoleh ke kiri dan kanan. Suara milik seseorang yang memanggil namanya membuatkan Aries mencari siapakah pemilik suara tersebur. Cahaya yang bersinar di hadapan matanya itu membuatkan Aries menutupkan matanya dan membuka dengan perlahan mata miliknya semula.

Bila di amati cahaya itu ada sepasang tubuh keluar daripada gumpalan asap tersebut. Dan bila diamati wajah yang berada di sebalik kabusan tersebut terpampang wajah yang amat dikenalinya.

"Tengku Rizqish?" Apa kaitannya dengan lelaki tersebut ? Aries cuba mengejar langkah milik Tuanya itu tetapi sayangnya lelaki itu hilang di sebalik kabusan yang tebal.

Air matanya akhirnya tumpah jua ke tanah. Aries takut dia sangat-sangat takut sekarang ini. Dia takut untuk mati kerana dia belum berjumpa lagi dengan kebahagiaanya.
Dia merayu seketika. Apa yang perlu dirinya buat sekarang ini.

Seketika dia merasakan ada cahaya yang terang di depan hadapan matanya semula. Dan terus dia meluru masuk ke dalam cahaya tersebut.

Jam di dinding menunjukkan pukul 10.00 malam. Aries yang baru sahaja tersedar itu terus menaikkan selimutnya di atas kepalanya. Pada masa yang sama Tengku Rizqish masih setia berada di bilik Aries.

"Hey hey kau kenapa ni ?" Tegur Tengku Rizqish apabila melihat Aries yang seperti ketakutan.

Aries yang merasakan ada seseorang yang menegurnya terus mengeluarkan kepalanya dari selimut gebunya. Selimut gebu ? Gebu bulu biri-biri Aries yang baru terperasan sesuatu terus menjerit.

Datin Medina yang baru sahaja ingin memasuki bilik Aries terkejut mendengar jeritan milik wanita itu. Dengan pantas dia meluru ke arah gadis tersebut.

"Aries kamu okey?" Terus dia mengusap lembut badan wanita cantik itu.

Aries yang masih lagi berada di dalam keadaan yang mamai itu terus memeluk badan milik Datin Medina. Seketika dia merasakan sesuatu perasaan yang sedih di dalam hatinya. Entah mengapa tiba-tiba dia teringatkan wajah milik Datin Jasmine.

Tengku Rizqish yang melihat Aries yang memeluk Datin Medina terus dia duduk di samping wanita tersebut. Entah kenapa hatinya terasa sakit apabila melihat wanita itu berada di dalam keadaan yang sebegini.

"Saya dekat mana ni m-makcik?" Tanya Aries kepada wanita tersebut.

"Kau dekat rumah mama aku." Balas Tengku Rizqish

"Kenapa bawak saya dekat sini." Pelik.... Mengapa dia di sini?

"Kau tanya kenapa? Nasib baik aku tak eksiden dengar kau menjerit. Lain kali kalau tak sihat cakap bukanya diam. Ni dah satu hal bawak kau balik sini. Menyusahkan hidup aku betul." Terus dia membungkan dirinya semula.

"Deinz jangan kasar-kasar dengan Aries dia tu baru sedar." Datin Medina terus menyentuh tangan milik Aries.

"Yang mama nak backup dia kenapa? Mama sedar tak dia tu siapa? Dah lah orang luar takda apa kaitan dengan kita lepastu sebuk jaga budak sakit ni menyusahkan Deinz tahu tak!" Naik senoktaf suaranya apabila Datin Medina membela Aries.

Aries yang merasakan dirinya menjadi topik perbualan itu terus meleraikan perbalahan tersebut.

"Ye takpa-takpa Aries okey je makcik, maaf ye susahkan kamu berdua Aries mintak maaf sekali lagi." Terus dia menundukan kepalanya

Datin Medina yang mendengar suara halusan wanita tersebut terus memegang tangan wanita tersebut.

"Kamu tak menyusahkan mama sayang"

Tengku Rizqish terus berderar dari bilik Aries panas hatinya mendengar suara Aries. Itulah lelaki complicated kejap mood baik kejap mood api.

Aries melihat wajah wanita tersebut dengan mendalam. Kenapa wajah ini tidak asing baginya. Sepertinya dia pernah berjumpa dengan wanita ini. Tetapi di mana?

"Makcik nama siapa ye ?" Datin Medina melepaskan pegangannya di tangan Aries

"Janganlah panggil makcik panggil mama ye. Nama mama Medina nama Aries pulak siapa." Lembut suaranya mengenalkan dirinya kepada Areis.

"Nama saya Aynaries Delish. Boleh panggil Aries ye." Terus dia memberikan senyuman kepada wanita itu.

Tapi dia pelik sebentar. Kenapa lidahnya tidak kekok memanggil wanita tersebut sebagai mama? Sepertinya dia pernah mengungkapkan sebaris nama panggilan itu. Malas mahu berfikir Aries hanya membiarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan.

Jantung Datin Medina berdegup kencang. Nama itu nama yang tidak asing bagi Datin Medina. Nama yang sudah lama tidak didengarnya tetapi yang memeningkan kepalanya sekarang. Kenapa Aries tidak mengenal dirinya.

Aries yang melihat wanita tersebut sedang termenung terus menyentuh bahu Datin Medina.

"Kenapa ma ? Ada yang tak kena ke?" Soalnya pelik.

"Kamu kenal mama ? Kamu kenal Tengku Rizqish ?" Soal Datin Medina kepada Aries.

Aries yang mendengar nama yang disebut oleh wanita itu hanya menggelekan kepalanya sahaja. Rasanya belum pernah lagi dirinya mendengar nama tersebut.

"M-maaf Aries tak kenal." Jujurnya.

Datin Medina hanya memberikan senyuman yang lembut kepada Aries. Mungkin hanya nama sahaja yang sama namun tuan badanya lain. Dihembuskan nafasnya dengan perlahan.

"Ma kenapa Aries dekat sini?" Itu yang ingin dibicarakan tadi. Kenapa tiba-tiba sahaja dia di sini. Apa yang berlaku ke atas dirinya.

"Aries pengsan dekat kereta Deinz. Jadi dia bawak kamu ke sini." Terus rambut Aries diusap dengan perlahan.

"Deinz tu Tengku Rizqish ke mama?" Belum pernah lagi dia mendengar nama panggilan Tuannya itu.

"Ye Deinz tu Tengku Rizqish punya nama. Tapi yang selalu panggil nama tu hanya mama sahaja." Amat jarang dia menggunakan nama Riz. selalunya Datin Medina akan menggunakan nama panggilan manja anaknya sahaja.

"Ouh macam tu." Baru Aries tahu nama panggilan manja milik Tengku Rizqish.

"Aries makan ye dulu mama nak basuh pinggan kejap." Aries hanya mengangguk sahaja dan terus Datin Medina meninggalkan Aries.

Aries hanya membiarkan Datin Medina meninggalkannya lantas dia terus menikmati makanan yang dibuat oleh wanita itu.

—————————————-

ARIES (C)Where stories live. Discover now