BAB 32 ✅

16.1K 930 76
                                    

Tengku Rizqish POV

-

"Sayang jalan slow-slow. Jangan lari kalau jatuh siapa yang susah nanti." Tegur lelaki itu. Dia risau kalau wanita ini tersungkur ataupun terjatuh.

"Saya tak lari pun lagipun kaki ni dah lama sangat tak jalan laju."Hidung milik lelaki itu dicuit manja.

Gelak tawa dan senda itu membuatkan mereka berdua semakin rapat. Walaupun tempoh perkenalan mereka tidak lama namun cinta antara dirinya dan juga wanita ini amat mendalam.

"Haffaz cuba suatu hari nanti kalausaya hilang dari pandangan mata awak apa perasaan awak." Sambil dia menikmati pemandangan yang cantik di pantai itu. Sempat dia memberikan soalan yang tidak masuk akal kepada tunangnya.

"Kenapa cakap macam? Haffaz tak suka sayang cakap macam tu lagi faham ?" Laju sahaja jarinya menjentik dahi milik Elisha.

"Faham. Elisha harap semoga cinta kita kekal sampai ke akhir hayat kerana Elisha terlampau cintakan Haffaz, Haffazlah dunia dan Haffazlah akhirat Elisha."

Dia Tengku Rizqish Haffaz merupakan cinta pertama dan terakhirnya. Kerana dia tahu hanya lelaki ini sahaja yang mampu menerima dirinya. Dengan siapa lagi dia ingin bermanja kalau bukan dengan tunangnya.

"Janji dengan Elisha terima Elisha seadaanya walau apa pun yang terjadi nanti mohon sangat Haffaz bersama dengan Elisha sebab Haffaz ialah kekuatan Elisha. Tanpa Haffaz hilanglah separuh raga dan kekuatan Elisha." Tiba-tiba air matanya mentik di tangan lelaki tersebut.

Tengku Rizqish yang melihat kekasihnya menangis terus dia memeluk tubuh milik wanita itu.

"Haffaz janji Haffaz akan setia sampai ke akhir hayat Elisha." Sambil menenangkan wanita itu sempat dia mengesatkan air matanya.

-

Tengku Rizqish yang sudah terlelap itu terus membukakan kembali matanya. Mana tidaknya baru sahaja dia tertidur mimpi tersebut sudah menerjah ke alam mimpinya. Terus dia membangunkan dirinya itu.

"Kenapa kau wujud lagi betina! Kenapa kau tak mati!" Jerit Tengku Rizqish. Cermin yang berada di sudut biliknya itu dijadikan sasaranya. Habir hancur berkecai cermin tersebut.

Datin Medina yang baru sahaja menyiapkan bubur untuk anak lelakinya itu terperanjat apabila mendengar jeritan milik Tengku Rizqish.

"Ya Allah Deinz. Kamu kenapa sayang?" Terus sahaja Datin Medina menghampiri lelaki itu. Tengku Rizqish yang masih di dalam keadaan separuh sedar itu menangis di pangkuan wanita tersebut.

"Mama sakitanya jiwa Deinz ma... Sakit sangat." Akhirnya dia menghamburkan tangisannya di pelukan Datin Medina.

Datin Medina yang melihat keadaan anaknya seperti itu terus dirinya jatuh kesian melihat anak lelakinya ini. Kali terakhir dia melihat Tengku Rizqish menangis dengan teresak-esak ialah pada hari kematian Tengku Firdaus.

"Kenapa kamu seksa jiwa kamu sendiri Deinz. Kenapa kamu bertuhankan ego kamu tak kesian dekat Aries. D-dia tunang kamu Deinz kenapa kamu seksa dia." Lembut sahaja suara milik Datin Medina menenagkan anak terunanya itu.

Tengku Rizqish yang baru teringat kejadian yang menimpa Aries tempoh hari terus dirinya melepaskan pelukan daripada Datin Medina.

"Mama Aries okey? Dia macam mana?"  Datin Medina hanya memberikan senyuman yang tawar kepada anaknya.

Tengku Rizqish yang melihat Datin Medina seperti diam terus dia meleraikan pelukan itu.

"A-Aries kenapa? Kenapa mama buat muka macam tu." Tidak tahu kenapda dadanya seakan-akan berdebar.

Berat hatinya untuk menjawab soalan anaknya. Datin Medina terus mengusap rambut milik Tengku Rizqish.

"Aries koma nak..." Tengku Rizqish seakan-akan terperanjat mendengarkan jawapan daripada Datin Medina.

"M-macam mana dia boleh koma?" Soalanya.

"Mama tak tahu Deinz. Aries dah seminggu tak sedarkan diri." Terus Datin Medina menundukan kepalanya.

"Mama Deinz nak jumpa Aries sekarang!" Baru sahaja tubuhnya ingin bergerak terus dihalang oleh Datin Medina.

"Tak boleh sayang. Eirvard tak bagi kamu tengok keadaan Aries. Risau kalau-kalau kamu buat perkara yang tak baik dekat Aries."  Spontan sahaja Datin Medina membalas.

"Kenapa pulak tak bagi Deinz jumpa Aries? Dia kan tunang Deinz!" Meletus juga kemarahan Tengku Rizqish.

Datin Medina yang mendengar bahawa Tengku Rizqish mengaku bahawa Aries merupakan tunangnya membuatkan hati tuanya bergelojak gembira. Tengku Rizqish yang baru sahaja terlajur kata itu terus memintak maaf kenapa Datin Medina kerana ternaikan suaranya.

"Kamu rehat dulu ye kamu belum pulih lagi kepala kamu rasa sakit tak?" Tanya Datin Medina kepada anak lelakinya itu.

"Mama kenapa kepala Deinz berbalut ni? Apa yang berlaku?" Baru dia perasan. Kepalanya sekarang ini sudah berbalut dengan kain putih.

"Kamu tak ingat ke Deinz? Ziyan dan Iyan pukul kepala kamu sebab kamu nak tembak Danny?" Hampir nak terkeluar jantungnya apabila mendengarkan jawapan Datin Medina. Biar betul dirinya cuba menembak Danny?

"Kamu pukul muka Danny sebab kamu tahu yang Danny sorokkan kematian Aries. Lepastu kamu hilang imbangan dan terus Deinz halakan pistol dekat kepala Danny." Panjang lebar Datin Medina menceritkan hal tersebut.

Mungkin disebabkan anaknya ini terlampau lama tidur disebabkan itu dia terlupa dengan apa yang berlaku. Tengku Rizqish sudah berasa serba salah kepada Danny. Macam mana dia boleh hilang kawalan dan menumbuk wajah Danny.

"Nanti jumpa dia kamu mintak maaf ye. Ni kamu makan bubur ni mama dah buatkan lepastu rehat." Tengku Rizqish hanya mengagukan kepalanya dan dia tidak membantah suruhan Datin Medina.

————————————-

Waw ada bau bau sesuatu tak tu ? Tulah agungkan ego sangat kan dah kecundang !! 😭

ARIES (C)Where stories live. Discover now