BAB 19 ✅

15.4K 928 10
                                    

Aynaries POV

Baru sahaja Aries ingin melangkah keluar daripada rumahnya itu terus badanya dihadang oleh seseorang. Eriq sebagai bodyguard milik Tengku Rizqish sudah diberikan pesanan agar tidak membenarkan wanita ini keluar bersendirian.

"Maaf Puan Aries. Tuan tak bagi Puan keluar." Lembut sahaja dia menegur Aries.

"Keluar kejap pun tak boleh?" Soalnya lagi.

"Tak boleh Puan." Balas Eriq

Wajahnya sudah menjadi muram. Bukanya aku nak larikan diri pun. At least bagilah aku keluar kejap tak pun bagilah aku jejak rumput cantik dekat halaman rumah tu bentak Aries di dalam hatinya,

Lagipun dia keluar bukan suka-suka. Ada sesuatu yang ingin dibelinya. Lagipun barang tersebut amat penting untuk dirinya. Dia sudah rungsing. Bagaimana caranya untuk dia keluar daripada rumah ini.

Tengku Rizqish yang baru balik daripada syarikatnya itu terus memerhatikan gerak geri Aries. Budak ni dah kenapa kejap ke sana kejap ke sini ada masalah ke?

"Kau apasal?" Tegur lelaki itu.

Aries yang baru sahaja mengutuk Tengku Rizqish terus terperanjat apabila mendengar suara Tuannya. Bila masa pulak dia balik.

"Hm... Saya nak keluar boleh?" Terus Aries menyentuhkan hidungnya Biasalah Aries kalau sudah takutmesti dia akan menggosokan hidungnya.

"Kau nak pergi mana?"  Soal Tengku Rizqish kepada wanita itu. Apa yang penting sangat sampai nak keluar? Ini kali pertama dia melihat wanita ini ingin keluar daripada rumah tersebut.

Aries yang berasa dirinya akan menjadi sasaran Tengku Rizqish terus dia membiarkan soalan lelaki itu tergantung. Mahu membalas takut dimarahi jadi lebih baik dia menguncikan sahaja mulutnya.

Tengku Rizqish yang melihat wanita itu ingin beredar daripada rumah tamu itu terus dia menarik tangan milik Aries. Terkejut Aries apabila tanganya disentuh oleh Tengku Rizqish.

"Aku tanya kau baik-baik betina! Kau nak pergi mana. Kau ingat aku apa? Patung?" Marah Tengku Rizqish.

"Aku paling pantang soalan aku tak berjawa." Sungguh tajam tikaman matanya sekarang ini..

Aries yang merasakan tanganya sudah kebas itu terus dia meminta Tengku Rizqish melepaskan tanganya.

"Saya nak pergi Mall boleh?" Dia memainkan jari jemarinya. Risau benar kalau lelaki itu memarahinya lagi.

Tengku Rizqish agak pelik dengan jawapan yang diterimanya tadi. Pergi Mall? Buat apav Selama dia mengambil Aries tinggal bersamanya tidak pernah pula dia mendengar Aries meminta izin untuk keluar daripada rumah ini. Sungguh ini kali pertama dia mendengarnya.

"Nak buat apa nak pergi sana? Nak cari jantan baru or kau ssngaja nak larikan diri daripada aku." Tembak dirinya.

Hampir nak terjatuh beg sandangnya apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Lelaki itu. Apa ke teruk sangat ke aku sampai dia fikir macam tu?

"Saya nak beli barang perempuan saya Tuan bukan nak lari daripada rumah." Jujur jelah. Nanti kalau tak jujur kena marah.

Tengku Rizqish yang mendengarkan jawapan daripada Aries terus menoleh kiri dan kanan. Sepertinya dia salah menganggap tentang wanita ini.

"Kau nak naik apa pergi sana?" Aries yang baru sahaja ingin melangkah pergi terus berpusing kembali melihat muka Tengku Rizqish.

"Aries jalan kaki. Lagipun tak jauh 30 minit sampailah." Melompong terus Tengku Rizqish. Gila perempuan ni.

"Kau naik aku jangan nak mengada nak jalan kaki.  Kang kena culik kena rogol aku yang susah kena cari kau." Terus dia membawa wanita itu pergi tempat yang ingin dipergirnya.

Aries hanya menganguk sahaja, Aries ni bagus budaknya tak banyak soalan bila kata A maka A lah takda B or C.

Selama berada di kereta lelaki tersebut . Aries banyak termenung. Sedikit sebanyak dia amat merindui kampung halamannya. Dirinya sendiri masih lagi tidak mengetahui betapa cantik pandangan di kota ini. Fikiranya sudah menerawang ke Mak Timah.

Tapi kalau dia balik ke sana apa akan terjadi kepada dirinya ? Tanganya terus mengigil bila teringatkan kembali apa yang akan berlaku sekiranya dia tidak melarikan diri.

Mesti dia dah jadi pelacur kan? Mesti badan dia dah jadi makanan dengan lelaki dekat sana kan? Mesti dia dah hilang dara kan?

Tanpa dia sedarinya ada sepasang mata melihat gerak geri dirinya.

Dan secara tiba-tiba dia terkena panic attack. Mulutnya secara tidak langsung menjerit dan tanganya menutup telinganya.

Tengku Rizqish yang sedang memandu keretanya itu hampir sahaja terbabas apabila mendengar suara jeritan Aries. Tengku Rizqish yang melihat Aries seperti kerasukan terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Kau okey tak?" Tengku Rizqish cuba untuk menenangkan Aries. Badan wanita itu menggigil dengan hebat. Dia buntu seketika.

Tengku Rizqish terus mencari idea. Mahu berpusing balik tidak boleh jadi dia membuat keputusan untuk bawa Aries ke rumah Datin Medina. Lagi pula jalan untuk ke rumah mamanya tidak jauh daripada sini.

"Pegang aku." Terus tangan milik Aries memegang lengan Tengku Rizqish. Dicengkam tangan lelaki itu. Dan secara tiba-tiba pandanganya gelap...

"Aries!"

———————————

ARIES (C)Where stories live. Discover now