BAB 10 ✅

18.6K 967 7
                                    

Black Died.

Sekumpulan lelaki bertopeng masih menjalankan latihan mereka di kawasan ruangan latihan Black Died tersebut. Ada yang memanah ada yang memegang pistol dan sebagainya. Jangan dikata berapa bilangan mereka. Ramai dan tidak mampu untuk dihitung.

"Ramai budak-budak aku yang kau bunuh. Jadi tak salahkan kalau aku bunuh anak buah kau juga." Terus lelaki itu menembak sehingga mati manusia yang berada di dalam sel terseburt.

"Jangan main-main dengan aku. Kau silap orang." Terus Marco meludahi mayat tadi.

Sampai sekarang Marco masih tidak dapat menjejaki wanita kesayangan milik musuhnya. Sudah hampir bertahun juga dirinya tidak melihat wanita itu. Entah di mana lelaki itu menyembunyikan wanita itu dia pun tidak tahu.

Walaupun dia tahu wanita itu sudah mati tapi dia tidak percaya. Tidak mungkin wanita kuat sepertinya akan mati dengan mudah. Bahkan rancangan untuk membunuh wanita itu gagal dengan mudah dan tidak mungkin hanya kemalangan kecil wanita itu akan mati.

Surat yang berada di kocek bajunya itu dikeluarkan semula. Surat ini baru dia perolehi 2 minggu yang lepas. Sebenarnya selepas sahaja dia mendapatkan surat ini jiwanya tidak tenteram. Walaupun dia tidak tahu siapa pemilik surat ini tapi dia tahu ini adalah satu ancaman untuknya.

Dibuka dengan kasar surat itu. Tertera tulisan seseorang di kertas tersebut.

-
"Kau jangan anggap benda ni dah tamat. Jangan ingat semuanya akan berakhir tanpa kesakitan. Ingat nyawa tetap dibalas dengan nyawa. Dan kau jangan sesekali anggap dia dah mati. Buat masa sekarang mungkin kau boleh hidup dengan tenang tapi tidak untuk tahun ke hadapanya. Ingat dia tetap ada di mana-mana dan tersilap besar bermain dengan dia."
-

Surat itu terus direnyukkan dan dibuang ke dalam tong sampah. Bila sahaja dia membaca surat ini. Hatinya seakan-akan bergolak untuk mengetahui siapa pemilik surat ini. Tapi dia tahu dia sebenarnya bermain dengan api.

Keluarga wanita itu pula bukan sembarangan orang. Bila tersilap langkah baru ada sedikit penyesalan berada di hatinya. Kerana dia tahu antara dirinya dan wanita itu. Dia lebih lemah dan wanita itu lebih kuat berbading dirinya.

"Berpura-pura menjadi bodoh adalah lakonan terbaik kau." Terus dia meninggalkan kawasan itu.

————————————

New Update : 26 June 2023

ARIES (C)Where stories live. Discover now