BAB 60 ✅

19.2K 1K 324
                                    

Rizqish POV

Di tanah perkuburan itu dapat dilihat masih ramai yang masih setia menunggu kehadiran Tengku Rizqish untuk meletakkan jenazah itu ke dalam liang lahad.

Dikuatkan jiwanya, untuk tidak menitiskan air matanya. Tengku Rizqish yang masih baru sampai itu terus melangkah dengan penuh longlai. Jiwanya hilang di bawa angin.

Mayat tersebut disemadikan di bumi England, "semakin jauh jarak kematian kamu, semakin banyak pahala yang akan didapat oleh jenazah tersebut". Datin Medina tiada di sini tidak dapat menghadirkan diri kerana menjaga anak-anaknya.

Rexian yang setia berada di sisinya sempat memberikan senyuman kepada Tengku Rizqish. "Pergilah turun" lembut suara Rexian untuk menyedarkan Tengku Rizqish.

Tengku Rizqish terus turun untuk memasuki di dalam kubur tersebut. Menggigil tanganya apabila mayat itu sudah berada di dekat tanganya. Dengan perlahan jenazah tersebut di letakkan di tanah. Diciumkan tanah untuk jenazah tersebut.

Selepas selesai terus dia naik semula. Talkin dibacakan oleh ustaz tersebut dan amat menggetarkan jiwanya. "Kau kuat Riz" Rexian menepuk bahu milik abangnya.

"Aku tak kuat Rexi" diusap batu nisan tersebut dengan lemah lembut. Di cium batu nisan tersebut dengan penuh kasih sayang.

Aydeen yang berdiri di hujung batu nisan tersebut hanya memberikan senyuman kepada Tengku Rizqsih. "Jangan lemah Riz, Kami semua ada dengan kau tu Danny baru belikan kan kau air minumlah"

Danny yang baru sahaja pulang daripada kedai itu terus memberikan air hundred plus kepada Tengku Rizqish. Nampak lemah sangat Tengku Rizqish. Mungkin lelaki tersebut tidak cukup tidur.

"Nah amiklah, minum slow-slow jangan laju sangat minum" sempat dia memberikan nasihat kepada Tengku Rizqish.

Tengku Rizqish hanya memberikan senyuman kepada Danny. Tidak sampai berapa minit datang seorang wanita memakai baju kurung bewarna hitam dan menghampiri mereka semua.

"Abang taknak balik ?" Lembut suara Aries mengejutkan suaminya. Tengku Rizqish terus memanggil isterinya. "Kejap lagi abang balik ye sayang, abang nak lama sikit dekat kubur Teuro ni"

Mereka semua hanya beriak biasa. Danny sudah memberikan isyarat untuk Aydeen dan Rexian, mereka yang melihat itu terus meminta izin untuk pulang.

"Sayang sini kejap" dipanggil Aries untuk menghampirinya. Aries terus datang ke tempat suaminya. Tengku Rizqish terus menggapai tangan isterinya itu.

"Abang tak boleh bayang kalau dekat depan ni adalah kubur Aries" menangis Tengku Rizqish dia tidak boleh membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya kubur ini milik Aries. Dia yang kehilangan Teuro pun sudah membuatkan dirinya sedih inikan pulak Aries.

Teuro sanggup menggadaikan nyawanya untuk mengunci pergerakan kumpulan BlackDied supaya tidak mengejar Aries. Sungguh dia terluka tidak dapat membantu Teuro. Di tewas di medan tempur semata-mata ingin menjaga Aries.

Aries terus memegang tangan milik suaminya. "Abang Aries ada ni, masih ada berada di sisi abang ye, abang lepaskan pemergian Teuro biarkan dia tenang ye abang, dia penat tu dia tengah tidur ye" di usap tanah milik Teuro sebak jiwanya.

Masih terdengar suara terakgir milik Teuro di telinganya "maaf aku gagal jaga kau" ayat tersebut sangat mengguriskan jiwa perempuannya. Tatapan terakhir milik lelaki yang berketurunan cina islam itu membuatkan dirinya berasa hiba.

"Kau rehatlah Teuro, kau tak gagal jaga aku, kau lulus Teuro, kerana kebijaksanaan kau hadang kereta kumpulan BlackDied diorang semua tak dapat jejak aku"

"Kita berjumpa di sana ye, tarik aku dengan suami aku masuk syurga ye" diberikan senyuman kepada kubur Teuro seolah-olah Teuro berada di hadapanya. Diberikan satu ciuman di batu nisan tersebut.

"Abang kita balik ye , dah nak petang ni tak baik lama-lama dekat sini nanti orang fikir abang tak redha" lembut tanganya mengusap bahu suamianya.

Tengku Rizqish terus terus mencium dahi milik wanita itu. "Ye sayang jom balik" terus mereka meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Harini hari terakhirnya di bumi England besok mereka akan pulang ke Malaysia.

"Semoga kita bertemu lagi Teuro. Aku tak mungkin balik sini lagi banyak kenangan dekat negara ni. Suatu masa nanti aku akan datang kembali jenguk kau, selamat jalan Teuro"

"Selamat jalan Haffiz Teuro bin Jacky Lew" diberikan pandangan buat kali terkhir sebelum masuk ke dalam kereta. Assalamualaikum Teuro,

Terus kereta itu meluncur laju meninggalkan tanah perkuburan itu. Selamat tinggal bumi England. Kau semadikanlah jasad Teuro dengan baik. Berikan dia bidadari syurga yang terindah buatnya.

Perjalanan akhir buat Teuro akan disemadikan dengan baik di syurga kelak. Insyaallah.

————————————

ARIES (C)Where stories live. Discover now