BAB 16 ✅

16.2K 925 37
                                    

Sebenarnya Tengku Rizqish.....

Di kediaman Datin Medina terdengar suara seseorang menangis dengan teresak-esaknya. Siapa lagi yang menangis kalau bukan adik perempuan milik Tengku Rizqish.

Dia Tengku Dexandra Eline merupakan anak keempat di dalam keluarga Datin Medina. Anak perempuan milik wanita tersebut menyambung pelajaranya ke Florida untuk menghabiskan pelajaranya dalam PHD.

"Mama! Eline rindu mama."

Eline terus memeluk badan Datin Medina dengan erat. Sungguh rindu dirinya kepada wanita ini. Agak lama dia tidak merasakan pelukan seorang ibu. Tenang sahaja rasanya didakapan syurganya ini.

Selepas dirinya puas memeluk badan Datin Medina. Eline terus menyasarkan Tengku Eirvard. Lelaki putih ini memang sangat dirinduinya. Senyuman kacakanya mampu meruntuhkan semua keimanan yang ada di dalam hati para-para wanita di luar sana.

"Abang.... Eline rindu abang!"

Tengku Eirvard hanya mendiamkan dirinya sahaja. Abang mana yang tidak merindukan adiknya? Dipeluk dan dicium dahi milik adik perempuanya ini. Makin cantik dan ganas Eline ini.

Dan sekarang yang tinggal hanyalah Tengku Rizqish. Eline dengan punya teruja ingin memeluk abang pertamanya dan dengan laju dia berlari ke arah lelaki itu. Tetapi sayangnya akibat tersilap langkah dia tersandung di depan Tengku Rizqish.

Terkejut seperti ikan lundu. Masing-masing terperanjat dengan situasi tersebut. "Ya Allah anak mama okey tak?" Terus meluru Datin Medina ke tempat anak perempuannya. Tidak senonoh betul perangai anak perempuanya ini.

Selepas bangun.. Eline terus memeluk badan Tengku Rizqish. Dia tahu walaupun abang pertamanya ini agak lain daripada yang lain, tapi apa dia kisah yang penting rindu dia terhadap keluarganya perlu dilangsaikan melalui pelukan.

Tengku Rizqish hanya membiarkan adik perempuannya memeluknya. Eline terlampau manja. Baru sahaja ingin digertak habis sealam mendengar suara tangisan Eline.

Siapa yang dapat jadi suami kau memang hari hari kena tutup telinga. Mana taknya tekak tu dah macam tertelan microphone. Sempat dia mengutuk adiknya di dalam hati.

"Dah puas peluk abang?" Kata Tengku Rizqish

Eline meminta abangnya mencium dahinya dan Tengku Rizqish melakukan hal tersebut.

"Dah puas. Heheheh... Terima kasih abang." Laju dia mencium pipi Tengku Rizqish dan pipi Tengku Eirvard.

Datin Medina mengajak anak-anaknya untuk makan bersamanya. Datin Medina bersyukur walaupun suaminya tiada di sisinya. Cukuplah ada anak-anaknya sudah mampu membuatkan dirinya bahagia cuma hatinya sedih teringatkan anak ketiganya iaitu Tengku Rexian Imier.

Tengku Rexian Imier merupakan anak ketiga di dalam keluarganya. Tetapi sayangnya anaknya itu telah menghilangkan diri selama 7 tahun yang lepas tanpa sebab. Sudah dicari di merata tempat dan luar negara namun jejak anak kesayangnya tidak juga didapatinya.

Anak lelakinya yang itu mempunyai perangai seperti Tengku Rizqish kerana mereka membesar berasama-sama ketika berada di Scotland dulu. Manakalah anak kedua Datin Medina iaitu Tengku Eirvard tidak sebaran mereka berdua dia merupakan seorang lelaki yang lembut. Manakalah anak perempuannya agak brutal sedikit dan kasar itu kerana terikut perangai abang pertama dan ketiganya.

Tengku Rizqish yang terpadang air muka Datin Medina yang sedih ktu terus membawa Datin Medina ke meja makan. Bukan dia tidak tahu apa yang terlintas di fikiran mamanya namun dia hanya mendiamkan dirinya sahaja tidak mahu memberikan kesedihan kepada wanita itu.

"Mama jangan sedih ye. Dia tetap ada dengan mama." Tegur Tengku Eirvard.

Datin Medina yang mahu sahaja ingin menangis itu terus menarik balik air matanya. Dia tahu sesedih mana dirinya ada hati yang lagi hancur daripada hatinya. Terus Datin Medina memberikan sebuah senyuman kepada anak-anaknya.

"Dah mari makan..." Terus mereka semua makan dengan penuh gelak dan senda.
——————————————

ARIES (C)Where stories live. Discover now