BAB 56 ✅ (𝚀𝚞𝚎𝚎𝚗 𝙾𝚏 𝙴𝚟𝚒𝚕)

16.8K 983 114
                                    

Aynaries POV

Waktu sudah menjejakkan hampir pukul 8 malam namun kelibat Marco dan Almond masih belum muncul. "Tak tepati janji langsung dasar jantan puaka" dihempasnya pintu yang berada di sebelahnya.

Rexian hanya memerhatikan sahaja wanita tersebut. Dari susuk badan yang dilihatnya seiras milik badan Aries ? Namun Rexian hanya menggelengkan kepalanya sahaja. "Apa ke teruk sangat kau fikir ni Rexi" tergelak kecil dirinya di sebelah Tengku Rizqish.

Tengku Rizqish pulak hampir sama seperti Rexian. Ditatap badan milik wanita itu. Mencurigakan kenapa pakai topeng ? Takut identiti terbongkar ke. Dia dengan penuh keberanian terus menghampiri Aries.

Aries pura-pura tidak nampak kedatangan Tengku Rizqish di sebelahnya. Tengku Rizqish sepantas kilat ingin mencabut topeng milik Aries. Namun silap langkah untuk Tengku Rizqish.

Aries terus menterbalikkan dirinya dan terus melompat ke atas meja. Gayanya seperti wondercat dengan kaki yang luras di atas meja dan kaki sebelah lagi berada di bawah perutnya. Tangan diletakkan di atas kocek dan bermulalah aksi backflip buat Aries.

"Kau sentuh topeng aku putus tangan kau Deinz" jeritan Aries memecah kesunyian di dalam rumah besar tersebut.

"Kalau aku cuba juga kau nak buat apa ?" Di berikan sendikit sensasi dan kepanasan kepada wanita tersebut.

Aries dengan penuh tata terbit terus melemparkan pisaunya di kaki milik Tengku Rizqish. Menjeritlah si Tengku Rizqish kerana pisau tersebut terpacak di kakinya.

Rexian terus berlari mendapatkan abangnya. "Woi perempuan kau gila ke ?"

Aries hanya memberikan senyuman kepada Rexian. " siapa gila aku or jantan keparat ni !!" Ditekankan suaranya.

Apa lagi bermulalah aksi pertempuran antara suami isteri di dalam rumah tersebut. Ketua Evil dan ketua Elite bergaduh seperti tiada hari esok. Tengku Rizqish mengambil pisau tersebut dan mencampakkan kepada Aries.

Dengan mudah Aries dapat menangkap pisau tersebut. "Dasar lemah ditumbukknya Tengku Rizqish dengan kuat, dulu kau pernah tumbuk aku sekarang aku tumbuk kau balik" satu tumbukan Aries menyebabkan Tengku Rizqish terduduk.

Aries terus menghampiri suaminya. "Kau lemah Deinz pura-pura kuat" diludahnya muka Tengku Rizqish. Tengku Rizqish dengan kelajuan angin terus menanggalkan topeng milik Aries.

Apa lagi. Terpampanglah wajah si Aries di depan muka Tengku Rizqish. Rexian jangan cakap hampir pengsan melihat gerangan wanita yang ada di depanya.

"A-aaries" bergetar suara milik Tengku Rizqish. Isterinya sendiri ? Macam mana ? Kenapa Aries boleh hidup ? Aries terus memalingkan wajahnya.

Aydeen seperti mayat hidup. Habis kantoi. Jeritan milik Tengku Rizqish memeranjatkan Aries. "Kau tipu aku Aries !!" Di lempangya muka milik Aries.

Aries merasakan ada cecair jernih yang keluar dari hidungnya. Dia bukan lagi lemah di tamparnya muka suaminya balik. "Kalau kau boleh tipu why not aku tak boleh tipu kau balik" gelakan Aries menakutkan semua yang ada di dalam rumah tersebut.

Aries terus mencekik leher Tengku Rizqish. "Kau bodoh Deinz aku bagi kau masa 8 bulan tapi kau sia-siakan, kau memang dasar jantan bodoh" di tumbuknya muka suaminya.

Hilang kawalan Aries apabila melihat Tengku Rizqish ingin membalas balik. Belum sempat Tengku Rizqish menendangya di capai kaki suaminya dan di campak Tengku Rizqish di dalam rumah tersebut.

"Kau kalau ikut kesabaran aku memang dah lama aku bunuh kau jantan" di pijak kaki milik Tengku Rizqish menyeringai Tengku Rizqish kerana kakinya dipijak isterinya.

Rexian tidak dapat membantu abangnya. Keadaan Aries menakutkan semua yang ada di dalam rumah tersebut. Aries terus mengambil kayu yang ada di sebelahnya dan libas ke badan Tengku Rizqish.

"Sakit tak ? Mestilah tak sakit kan abang" dilibas buat kali ke tiga. Merintih Tengku Rizqish.

"Itu baru sakit aku bagi kau, kalau ikutkan hati aku, memang dah lama aku benamkan kepala kau dekat kubur" tegas suaranya.

Evil, Aries memang Evil. Tidak sangka wanita yang dikenalinya sebagai angel sebenarnya merupakan ketua kepada Evil. Ditipu hidup-hidup oleh isterinya. Otaknya tidak dapat mencerna dengan baik.

Badanya sakit akibat dilibas Aries. Isterinya terus berubah menjadi lain. Tidak pernah dia melihat isterinya sebegini. Betul ke ni Aries ?

" dasar perempuan tak guna" agak kuat suaranya menjerit.

"Kau sedar sikit siapa tak guna kau ke aku !!" Dia perlu melakukan sesuatu agar masa yang ada ni digunakan dengan baik.

"Kau memang perempuan sundal" di campak kembali kayu yang digunakan oleh Aries kepada Aries. Namun Aries lebih tangkas menyambut Kayu tersebut.

"Kau nak mampos ke Deinz HAHAHAHA dasar jantan lemah" dia ingin mencampakkan kembali kayu tersebut namun dihadang oleh Rexian.

"Aries Rexi tak sangka Aries macam ni" lemah suaranya. Bagaikan tidak percaya wanita ini merupakan seorang wanita yang kuat. Aries hanya memberikan senyuman.

"Kau akan tahu Rexi kenapa aku buat semua ni" terus dia meninggalkan mereka semua. Tengku Rizqish masih lagi di dalam dilema. Tak mungkin itu isterinya ? Perwatakanmya sangat berbeza dengan Aries.

"SEMUA KENAPA TENGOK ? Ada yang nak kena libas macam mamat sotong tu ke ?" Kuat suaranya menyebabkan anak buahnya lari ke tempat lain.

Aries berjalan dengan laju. Cuba untuk meminta pertolongan daripada Perdo. " dah check ? Apa benda tu" agak perlahan suaranya memanggil Perdo.

"Around 5 minit Almond and Marco akan sampai" Perdo hanya menunggu arahan daripada Aries. Perdo tiada di kawasan sini. Perdo berada di kawasan bukit, dia sebagai penembak hendap menggunakan taktik seperti ini supaya Musuhnya tidak melihat dirinya.

"Good Perdo kau tunggu arahan aku jangan buat kerja kau sambil lewa, kau buat aku penggal kepala kau" perdo terus menelan air liurnya. Aries bukan Aries yang lemah sekarang ni. Memang sah 365 darjah bertukar jadi monster.

Aries memasuki rumah semula. Dilihat suaminya masih lagi menahan kesakitan. "Ikutkan hati aku kan Deinz memang dah lama aku biarkan kau mati tahu tak !!" Dihampiri suaminya dan terus menolong Tengku Rizqish untuk bangun.

Rexi kau jaga dia kejap. 5 minit lagi Almond dengan Marco akan sampai. Kau jaga Tengku Rizqish baik-baik faham !! Rexi hanya menganggukan kepalanya sahaja.

Nasib kau lah badan kan dah kena libas. Sakit juga libasan Aries diberikan kepadanya. Aries bukan lagi Aries yang lemah lembut tapi sekarang, dah macam pembunuh upahan dia tengok.

"Queen of Evil jatuh kepada Nur Aynaries Delisha"

——————————-

ARIES (C)Where stories live. Discover now