BAB 24 ✅

15.6K 928 130
                                    

Rizqish POV

"Graze per il vostro servizio." (Terima Kasih) Sempat lelaki itu menghulurkan tanganya dan bersalaman dengan Barrien.

"Saluti ricevuti signore" (Sama-sama) Barrien hanya tersenyum sahaja memandang Tengku Rizqish. Siapa tidak mengenali lelaki itu. Jutawan dan ketampanan milik Tengku Rizqish memang mampu meruntuhkan segala hati yang melihat dirinya.

Danny sudah berpeluh. Dia yang sedang menghirup coffee itu hanya menunggu sahaja Tengku Rizqish keluar daripada cafe tersebut. Dia melihat jam di tangannya. Sudah hampir 2 jam lelaki itu tidak memunculkan diri.

Keluar sahaja Tengku Rizqish daripada cafe tersebut. Laju sahaja Danny menghampiri tubuh lelaki itu...

"Kau tak penat ke jumpa orang sana sini?"

Betul-betul hardworking sampai dah lupa nak balik Malaysia ke? Aku dahlah rindu nak makan Nasi Lemak. Bentak Danny di dalam hatinya.

Tengku Rizqish yang melihat muka masam milik Danny terus mengetuk kepala lelaki tersebut dengan menggunakan file kerjanya. Ad

"Kau yang nak ikut aku kan jadi jangan nak bising boleh?" Marah Tengku Rizqish kepada Danny.

Danny yang melihat Tengku Rizqish ingin bertukar menjadi monster terus menjauhkan dirinya kepada lelaki itu. Ini kalau lambat boleh jadi arwah dirinya.

"Kau jangan risau malam ni kita balik Malaysia lagipun lelaki tadi tu client terakhir aku."

"Wah seriuslah ? Kau ni sweetlah Riz suka sangat buat kejutan." Gembira betul hati Danny apabila dapat balik Malaysia.

"Tak payah nak macam budak-budak sangat boleh? Malulah orang tengok." Tengku Rizqish terus memberikan jelingan kepada Danny.

Selama 3 bulan dia berada di negara orang sedikit sebanyak dia merindui tanah airnya. Tiba-tiba sahaja fikiranya menuju ke arah seseorang.

Entahlah dia sendiri pun tidak tahu mengapa dirinya amat membencikan Aries sedangkan wanita tersebut tidak mempunyai masalah terhadap dirinya.

Sampai sekarang maklumat penuh mengenai Aries tidak dapat ditemui. Macam ada rasa something yang pelik, jarang-jarang dirinya tidak menjumpai maklumat peribadi manusia. Aries dia ni siapa sebenarnya alien ke manusia?

"Riz macam mana dah selesai ?" Tanya Ziyan kepada Tengku Rizqish

Tengku Rizqish yang baru sahaja berjalan menuju mejanya terus meletakkan file-filenya di dalam almari rahsianya.

"Dah selesai jadi malam ni kita balik Malaysia... Jadi semua baik sediakan barang sebelum kita balik. Lambat tinggal capisci?" (Faham tak ?)

"Si capisco." (Faham tuan) Serentak mereka bertiga menjawab pertanyaan Tengku Rizqish.

Perjalanan menuju ke negara Malaysia di anggarkan mengambil masa selama 10 jam. Dan bagi Tengku Rizqish hal tersebut tidak terlampau penting kerana baginya dengan menaiki kapal terbang miliknya sendiri sudah memberinya kepuasan.

Kalau dah kaya bukan setakat kapal terbang je peribadi. Sebut jelah apa kau nak mesti kau dapat, that why ramai perempuan yang berderet mahukan Tengku Rizqish.

"Kau rasa selamat ke Riz? " Tanya Danny kepada Tengku Rizqish entahlah macam rasa ada sesuatu yang akan berlaku.

"Kau jangan risau dia tak dapat detect kita dekat sini."

ARIES (C)Where stories live. Discover now