BAB 18 ✅

15.4K 890 9
                                    

Tengku Rizqish POV

Hampir seminggu Tengku Rizqish tidak bersemuka dengan Aries. Masalah yang dihadapi sekarang memang membuatkan Tengku Rizqish tidak dapat menemui gadis tersebut. Kekangan masa juga membuatkan lelaki itu tidak betah untuk duduk di rumah miliknya itu.

Masakan yang dibuat oleh Aries pun hanya di biarkan sahaja. Sehingga satu tahap Aries menangis kerana masakanya tidak disentuh.

"Kalau taknak makan at least bagitahu. Takdalah membazir macam ni." Omel Aries. Mana tidaknya hampir seperiuk sambal sotong itu dibiarkan sahaja.

Aries yang sedang membebel itu tidak perasan bahawa lelaki itu dari jauh sedang memerhatikan gerak-geri wanita tersebut.

Setiap kali Tengku Rizqish melihat Aries. Ada sesuatu yang membuatkan dirinya tertarik untuk mengenali insan tersebut. Selama Tengku Rizqish mengambil Aries, dia tidak pernah melihat anak mata Aries. Baru semalam dia perasan anak mata pembantu rumahnya sama seperti seseorang.

Anak mata Aries berwarna blue hazel. Mata yang amat serupa dengan arwah tunangnya. Apabila dirinya melihat anak mata tersebut. Ia telah membuatkan dirinya musykil bagaimana tunangnya masih boleh hidup? Habistu mayat yang rentung dekat rumah itu mayat siapa ?

"Tak mungkin kau Elisha. Takkan kau tak kenal aku. Tapi kalau betul itu kau. Tahniah sebab kau sendiri yang masuk neraka ciptaan aku." Tersenyum sinis Tengku Rizqish seketika.

Takpa aku nak tengok sejauh mana kau boleh berjalan dekat dunia kau sendiri, don't play with the devil Elisha.

"Aku nak kau pastikan budak perempuan ni tak lari, jangan benarkan dia keluar rumah faham?" Tengku Rizqish terus memberikan pesanan kepada para bodyguard rumahnya.

"Kalau budak sial tu lari, jangan salahkan aku kenapa aku bunuh kau." Tegas suaranya kepada bodyguard peribadinya Eriq.

Wait and see dear. Lantas dia terus meninggalkan perkarangan rumah agam miliknya itu.

————————————

New Update : 28 June 2023

ARIES (C)Where stories live. Discover now