BAB 15 ✅

16.6K 958 8
                                    

Kawasan Kediaman The Verish Rabderz.

Sebuah kereta Mercedes-Benz Maybach meluncur memasuki perkarangan kawasan perumahan tersebut. Beberapa pengawal yang memakai pakaian yang bewarna hitam bersiap sedia untuk menerima ketibaan ketuanya. Tengku Rizqish atau dikenali sebagai Deinz di alam kegelapanya memang sangat digeruni oleh beberapa pihak antarabangsa dan dunia.

Aries yang melihat beberapa pengawal di rumah lelaki itu agak membuatkan dirinya ketakutan.

Ni rumah ke istana? Besar gila...

Tengku Rizqish yang melihat Aries seperti cacing kepanasan terus menjetik tangan wanita tersebut. Seraya itu Aries terus memandang tuanya

"Ini rumah baru. Kerja kau tetap sama jadi bibik dan hamba aku sepenuh masa. Aku tak suka orang melawan cakap aku. Kau melawan sikit je kau siap!" Arahnya kepada Aries. 

Wanita di depanya ini tidak boleh diberika muka. Kalau tidak makin naik kepala. Paling-paling wajahnya nanti dipijak oleh Aries.

Aries yang mendengar kata kata Tengku Rizqish hanya mengangguk dengan penuh keyakinan. Walaupun tidak berapa nak faham dengan perkataannya namun dia masih memahami apa kehendak yang lelaki itu inginkanya.

Setibanya di rumah Tengku Rizqish. Aries terus memasuki rumah milik lelaki tersebut bersama beg pakaianya. Tengku Rizqish menyuruh pengawalnya menunjukan bilik Aries

"Puan Aries silakan masuk." Kata pengawal yang bernama Eriq.

Aku salah dengar ke. Dia panggil aku apa tadi? Puan? Bila masa pulak aku dah ada suami nak panggil aku puan-puan bagai. Aries menyentuh hidungya yang tidak terlalu gatal itu.

"Eh janganlah panggil saya puan. Saya ni pembantu rumah je, awak boleh panggil saya Aries okey." Tanganya terus dihulurkan kepada lelaki tersebut.

Eriq membalas sambutan tangan Aries dan terus meninggalkan Aries. Boleh luruh jantungnya kalau melihat muka cantik Aries. Pandai Tengku Riziqsh mencari perempuan yang cantik.

Aries terus meletakkan begnya ke dalam bilik baharunya tersebut. Dia sangat bersyukur kerana kali ini biliknya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Terdapat kipas aircond, tilam, cermin dan sebagainya.

Bila teringatkan balik kisahnya di rumah lama Tengku Rizqish agak tersentuh hati kecilnya. Mana tidaknya kehidupannya tidak seperti bidadari mahupun puteri yang diberikan kemewahan dan kekayaan.

Dia hanyalah seorang wanita yang sakit dan dibesarkan dengan penuh penderitaan serta menunggu harinya tiba untuk kembali kepada penciptanya.

Jam sudah melonjak pukul 7 malam. Aries terus membersihkan diri untuk solat magrib dan menyediakan hidangan malam untuk lelaki tersebut. Itu tugasnya sebagai pembantu Tengku Rizqish dan dia tidak pernah menyesal sedikit pun. Terus dia bangkit daripada duduknya dan membersihkan dirinya untuk solat.

Dan baru sahaja dia ingin bangun daripada duduknya dia baru perasan di mana Tengku Rizqish?

———————————————-

Saja je buat chapter ni pendek, biarlah korang imagine macam mana rumah si Rizqish ni . Hello readers how's feels ? Sebenarnya mamat Rizqish ni ego macam tempoyak basi author yang buat watak dia pun rasa geram .

Chill chill . Tapi mesti korang pelikan mana pulak si Rizqish ni kenapa dia tak join Aries masuk rumah sekali ? Sebenarnya dia ......

ARIES (C)Where stories live. Discover now