BAB 22 ✅

15.6K 881 8
                                    

Aynaries POV

"Mama berapa lama lagi Aries tinggal dekat sini?"

Aries yang masih lagi menikmati makananya itu hanya memandang sahaja nasi goreng tersebut. Maksud ini hampir 3 pinggan dia menambah nasi itu. Mana tidaknya sudah lama dia tidak merasa makanan yang sesedap ini.

Datin Medina yang melihat telatah comel milik Aries hanya tersengih sahaja. Eline pula yang melihat rambut milik Aries hampir memasuki mulut wanita itu terus dia membantu Aries menyelitkan rambut wanita itu.

"Rambut kak Aries sikit lagi nak masuk dalam mulut." Aries terus memberikan senyuman kepada wanita itu.

"Terima kasih..."

"Kenapa Aries tanya Deinz? Rindu anak mama ke?" Soalnya.

"M-mana ada... Aries cuma tanya je mama. Salah ke Aries tanya?" Wajah Aries sudah rungsing. Salah ke aku cakap?

"Tak sayang mana ada kamu salah cakap. Saja mama nak gurau dengan Aries." Eline sudah menahan gelakan. Ada sahaja...

"Ouh jadinya Aries dekat sini lama lagi ye ma?" Tanya Aries.

"Iya sebab Deinz sekarang takda dekat Malaysia. Dia balik Mexico ada urusan kerja dekat sana. Dan dia suruh mama jaga kamu." Terang Datin Medina

"Ouh... Takpa ma Aries tanya je ye." Terus dia menghabiskan makanannya dan menolong Datin Medina mengemaskan meja makanya.

Walaupun Datin Medina mempunyai orang gaji. Tapi dia akan menggunakan orang gaji tersebut apabila diperlukan sahaja. Tidak betah menggunakan pembantu mereka untuk perkara yang kecil.

"Lepasni ikut mama masuk bilik mama ye." Aries yang mendengar ayat permintaan Datin Medina hanya mengagukan kepalanya sahaja.

*

"Kau jangan nak tipu aku siapa yang bodoh sangat masuk bilik aku!" Kemarahan Tengku Rizqish tidak dapat dibendung. Habis segala barang yang dijaganya pecah berderai di atas lantai tersebut.

"Aku dah cakap jangan bagi siapa-siapa masuk dekat sini!! Kau bodoh ke apa tak dengar cakap aku!" Terus dia menembak kepala lelaki tersebut. Tanpa rasa serba salah terus dia menendang mayat tersebut.

"Danny aku nak kau bagitahu kawan kau check siapa yang berani masuk apartment peribadi aku. Suruh dia hack semua sistem cctv yang ada dekat hotel ni. Aku nak cepat kalau aku lambat dapat maklumat tu kau yang aku tibai." Marah Tengku Rizqish kepada Danny.

Danny yang baru sahaja tiba bersama Ziyan terus memukul kepala Tengku Rizqish. Panas sungguh hatinya. Baru sahaja sampai sudah dimarahi sebegini.

"Kau apahal? Aku baru sampaikan kalau nak marah pun janganlah nak libatkan aku!" Marah Danny.

Tengku Rizqish terus menikam mata milik Danny dan Ziyan. Memang dia tidak puas hati dengan penjenayah tersebut. Kalini kalau dia dapat memang nahas dia kerjakan.

"Kalau setakat datang sini nak memekak. Baik berambus... Aku takda masa nak layan perangai musibat macam ni." Terus lelaki itu meninggalkan mereka berdua.

Danny yang melihat Tengku Rizqish sudah meninggalkan dirinya terus dia mengikuti langkah milik lelaki itu.

"Riz.. Jangan macam ni. Redakan amarah tu control sikit ye. Aku risau kalau kau terus dengan perangai kau macam ni. Ramai yang hilang nyawa." Tegur Danny.

Tengku Rizqish hanya mendiamkan dirinya sahaja. Asap rokok yang masih ada di dalam mulutnya dihembuskan dengan kasar.

"Aku tak makan nasihat..." Ringkas sahaja dia membalas. Danny sudah mengeleuh.

"Aku tahu kepala kau lebih keras daripada batu. Tapi kalini aku mintak tolong ubah perangai. Jangan buat perkara lama Riz..." Lembut sahaja nadanya.

Putung rokok itu dicampak dan terus dipijak. Entah mengapa setiap kali Danny memberikan nasihat hatinya akan cepat sahaja menjadi lembut. Mulut kata lain hati kata lain.

"Jangan risau.. Nanti tolong aku tolong kau." Terus Danny menepuk bahu Tengku Rizqish dan meninggalkan lelaki itu seorang diri.

———————————

ARIES (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora