BAB 6 ✅

18.2K 1.2K 25
                                    

Aynaries POV

"Aries kamu buat apa dekat sini nak? Ini bukan tempat kamu." Dapat dirasakan oleh dirinya kepalanya di usap oleh Datin Jasmine.

"Mama Aries dah tak tahan ma. Aries nak ikut mama Aries takut sorang-sorang semua tak sayangkan Aries semua seksa Aries." Aries menghamburkan tangisan di pelukan mamanya.

"Aries sayang mama harap kamu bersabar ye. Banyak lagi ujian yang kamu kena tempuhi. Perjalanan kamu masih lagi jauh. Pulang ye... Mama hantar . Kalau rindu mama dengan papa sedekahkan Al-Fatihah ye." Sambil memeluk Aries sempat Datin Jasmine memberikan kata-kata semangat kepada Aries.

"No... Mama jangan tinggalkan Aries lagi."

Tengku Rizqish masih setia berada di samping wanita yang dilanggarnya. Sempat juga dia memandang dan menilik wajah gadis tersebut. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Wajah wanita ini seakan-akan seseorang.

"Macam mana keadaan dia Aydeen teruk sangat ke aku langar dia?" Risau juga kalau apa-apa berlaku kepada gadis ini.

"Nasib baik kau bawak perempuan ni cepat. Kalau tak dah mati perempuan ni aku rasa."

"Lagipun aku tak sengaja langgar. Aku tak perasan dia ada." Tengku Rizqish terus bangun daripada duduknya....

Aydeen yang sudah mendapatkan jawapan yang diiginkan itu terus dia meminta izin kepada Tengku Rizqish untuk keluar daripada wad tersebut.

"Mama j-jangan tinggalkan Aries. A-Aries takut." Air mata milik Aries terus membasahi bantal itu.

Tengku Rizqish yang melihat keadaan wanita itu terus dirinya mengejutkan gadis tersebut. Ditepuk dengan perlahan pipi milik Aries.

Aries yang merasakan wajahnya ditepuk itu terus dirinya membukakan matanya dengan perlahan. Hampir sahaja dia ingin menjerit. Mana tidaknya terpampang wajah seseorang di hadapan matanya.

"Apahal kau menangis?" Tengku Rizqish yang melihat wajah Aries itu terus dia menjeling dengan tajam mata milik Aries.

Aries yang merasakan sesuatu itu terus memandang ke arah kiri dan kanan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Diamana dirinya berada.Tengku Rizqish sudah memandang pelik ke wajah Aries. Sudah lupakah wanita itu yang dirinya dilanggar oleh Tengku Riziqsh?

"Kau buat apa malam-malam jalan tengah jalan siap bawak beg yang macam tu. Aku dah agak mesti kau lari ikut jantan kan? Tengok gaya kau pun dah tahu." Terus dia menghina wanita di depanya ini. Entah mengapa dia amat membenci melihat wajah milik wanita itu.

Aries agak terkesan dengan kata-kata lelaki yang berada di depannya seraya itu terus dia menundukan kepalanya.

"Maaf encik saya tak sengaja ya memang salah saya jalan tak tengok depan." Memang salah dirinya kerana jalan tidak memandang ke hadapan.

"Lain kali ada mata tu guna. Bukan ada mata tapi tak guna. Kalau macam tu baik kau bagi yang memerlukan. Membazir je tak guna." Aries terus berasa bersalah. Salah apa dirinya?

Aries terus membaringkan dirinya kerana ia merasakan bahawa kepalanya berdenyut. Aries cuma ada beberapa ringgit sahaja. Macam mana dirinya mahu membayar kos rawatan di sini ?

Tengku Rizqish sudah mendengus. Harap muka je cantik tapi perangai macam haram. Kalau ye pun cakaplah terima kasih. Ini tak dia terus baring ? Kalau aku tahu daripada awal jadi macam ni. Memang dah lama aku tinggalkan kau mati kering dekat tepi jalan tadi.

Belum sempat Tengku Rizqish keluar ada satu tangan menahannya.

"Terima kasih sebab tolong saya ye. Aries harap awak dapat maafkan Aries. Kalau boleh saya nak mintak izin keluar dengan cepat. Kalau boleh harini juga ye. Aries takda duit nak bayar kos perubatan." Walaupun jejaka didepanya ini agak garang namun dirinya berasa selesa denganya.

Tengku Rizqish agak tersentuh dengan budi bicara wanita yang berada di hadapanya ini. Dia perasan bibir gadis tersebut seperti ada kesan lebam dan yang memeranjatkan dirinya lagi apabila melihat tangan putih milik Aries dipenuhi dengan luka.

Dia kena dera ke ? kenapa banyak sangat luka dekat badan budak ni.

"Kau ni asal mana kenapa datang sini? Tu tangan kau kenapa penuh dengan luka kau bergusti ke apa?" Yelah banyak juga biratan di tangan milik wanita itu.

Aries hanya memberikan senyuman kepada lelaki tersebut.

Buat seketika Tengku Rizqish terpana dengan senyuman milik wanita tersebut tapi yang menghairankanya kenapa senyuman dia sama seperti seseorang. Tengku Rizqish terus menggelengkan kepalanya

"Tak payah nak senyum macam geli pulak aku tengok." Seraya itu Tengku Rizqish terus meninggalkan wanita tersebut.

Aries hanya menghantar lelaki tersebut melalui pandangan matanya sahaja. Kepalanya yang sakit itu membuatkan Aries mengetapkan giginya. Dia yang cuba memukul kepalanya terus terhenti perbuatanya kerana ada tangan yang menghalangnya.

Aydeen terus memberikan suntikan ke tubuh Aries. Aries yang merasakan matanya yang memberat itu dengan perlahan dia terlena. Aydeen yang melihat Aries sudah terlena itu terus menarik selimut itu dan menyelimuti badan milik Aries.

Aydeen tersenyum buat seketika.

"Welcome home angel...." Terus dia meninggalkan Aries....

————————————

New Update 24 June 2023
❤️

ARIES (C)Where stories live. Discover now