BAB 26 ✅

15.1K 886 93
                                    

Rizqish POV

"Badan dengan kaki kau dah okey ke belum?" Sambil dia menikmati nasi goreng ayam yang dibuat oleh Aries sempat dia bertanyakan keadaan Aries.

"Alhamdulilah dah okey sikit lagipun Aries dah makan ubat pagi tadi so dah kurang sikit." Terus dia menuangkan air ke cawan Tengku Rizqish.

Tengku Rizqish yang melihat keadaan Aries seperti sedang menahan kesakitan terus dia menjentik dahi wanita tersebut. Dia tahu wanita ini sedang berpura-pura sihat.

Aries yang sedang menyentuh hidungnya agak terperanjat dengan jentikan yang dibuat oleh Tengku Rizqish. Sakit juga dahinya apabila dijentik seperti itu.

"Ya Allah sakitlah Tuan kenapa jentik dahi saya?" Kepalanya yang semakin berdenyut itu membuatkan Aries memejamkan matanya sebentar. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yanh tahu.

"Kau nak tipu aku ke amore ?" Kalau dah sakit tu cakap jelah sakit tak payahlah nak pura-pura kuat.

"M-mana ada Aries tipu nampak muka Aries ni macam penipu ke?" Seketika kerongkongnya terasa pahit.

"Kau sure kau tak sakit?" Dengan senyuman yang sinis terus Tengku Rizqish menyambar tangan Aries.

"Auch..." Terasa pergelangan tanganya seperti terseliuh. Hampir sahaja dia tidak menjerit kerana terperanjat.

Pada masa yang sama entah kenapa kepalanya tiba-tiba sahaja berdenyut dengan kuat. Sepertinya otaknya seperti ditoreh dengan pisau yang tajam. Hampir sahaja badanya menyembah ke bumi tapi dengan pantas Tengku Rizqish menyambut badan milik Aries.

Dan dengan secara tidak langsung layaran imbasan kisah silamnya terpampang di matanya.

"Sayang boleh tak jangan sakit lagi seksa hati Haffaz tengok keadaan sayang." Sambil dia mengusap kepala wanita tersebut sempat dia memberikan ayat-ayat cinta.

"Saya okey je, tak sakit mana pun." Wanita tersebut sempat memberikan senyuman kepada lelaki yang menggelarkan dirinya kepada lelaki itu.

"Next month kita dah nak kawin tau jaga diri tu baik-baik ya. Cepat sihat sayang." Lembut sahaja tutur katanya.

"Baiklah.... Doakan Elisha cepat sihat ye." Terus dia memeluk badan milik lelaki itu.

Dan terus imbasan itu terhenti di situ. Aries yang merasakan dada yang sesak itu terus membukakan matanya dan terus dia menarik nafasnya.

Dan dia tahu... Imbasan daripada layaran tadi sepertinya adalah memori lamanya. Tidak mungkin memori itu hadir tanpa sebab. Aries yang masih lagi kaku di pelukan Tengku Rizqish hanya mendiamkan dirinya sahaja. Jantungnya seakan-akan berdebar.

Tengku Rizqish yang terkejut dengan kelakuan Aries terus dia memeluk badan wanita tersebut. Hatinya seperti merasakan sesuatu, sesuatu yang pernah dia rasai dan dilihat.

Aries cuba memejamkan kembali matanya namun gagal tiada sekelumit imbasan itu kembali terlayar di benaknya. Nampaknya memori itu akan datang bila-bila masa sahaja. Dan yang paling dia tidak boleh menerima.

Siapa Haffaz dan siapa Elisha? Aries mendiamkan dirinya seketika. Wajah yang berada di terlayar di matanya tadi sepertinya tidak asing baginya. Dia cuba mengingati dan baru sahaja dia mahu menelankan air liurnya dia terus teringat sesuatu.

Wajah itu bukan ke milik Tengku Rizqish? Aries memandang ke bawah lantai tersebut dan terus dia tersedar yang dia masih di pelukan lelaki itu. Dengan cepat dia melepaskan pelukan itu.

"Apa ni peluk-peluk saya." Marah Aries.

"Yang kau dah kenapa tiba-tiba nak pengsan? Kalau kau jatuh tadi kepala berdarah siapa nak tanggung. Aku juga kan." Keras nada milik Tengku Rizqish.

"Lain kali jangan nak peluk saya sembarangan kalau tak Aries pukul Tuan." Sempat dia memberikan amaran kepada lelaki itu.

"Berani ke kau pukul aku wahai amore?"

"Tak Aries gurau je. Okeylah Aries nak basuh baju. T-tuan sambunglah buat kerja. Aries gerak dulu." Terus dia meninggalkan lelaki itu bersendirian."

Selepas sahaja Aries meninggalkan dirinya terus Tengku Rizqish membundarkan matanya. Sebenarnya kelakuan yang ditunjukkan oleh Aries tadi mengingatkan dirinya kepada arwah tunangnya. Kenapa terlampau sama?

Sebuah senyuman dihadiahkan kepada gadis itu. Fikiranya sekarang ini hanyalah kepuasan. Kalau benar itu adalah wanita itu sudah pasti ianya seperti kancil yang memasuki sarang harimau.

"Tangan aku masih bersih lagi. Jangan main-main dengan aku Aries. Jangan berpura-pura kau tak kenal aku untuk kau lepaskan diri kau. Ingat nyawa tetap dibayar dengan nyawa." Terus Tengku Rizqish memberikan senyuman yang sinis.

Tersenyum bukan kerana cinta hatinya kembali, dia tersenyum kerana masih ada sisa-sisa lagi keluarga "Z- Gerios" yang masih hidup.

Ye keluarga angkat Elisha merupakan keluarga yang billionaire namanya sahaja "Z-Gerios" Merupakan nama yang sangat di sanjung di sebelah asia cuma satu yang dia pelik.

Nama Elisha tidak sama langsung dengan nama keluarganya ?

"Lantaklah kan aku dah cakap siapa yang berdarah sial memang aku bunuh termasuklah orang yang aku sayang." Sempat dia memberikan senyuman yang leret kepada wanita yang berada di depanya.

"Aku akan pastikan maklumat penuh kau aku dapat jangan main-main dengan aku Aries mungkin kau boleh bodohkan aku sekarang one day benda tu boleh terbongkar"

————————————

New Update : 9 July 2023

ARIES (C)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum