BAB 41 ✅

17K 900 75
                                    

Aynaries POV

Aries bergegas mengemaskan pakaianya apabila dia mengetahui bahawa petang nanti dia akan balik ke rumah Tengku Rizqsih. Baginya biarlah dia menetap di rumah suaminya sekurangnya ada ruang untuk dia mengambil hati suaminya.

Walaupun dia tahu itu semua mustahil tapi dia tetap akan berusaha. Semoga dirinya sentiasa bersabar dengan ujian tersebut. Dia juga manusia kadang-kala hatinya berbolak-balik.

"Menantu mama dah nak balik ye ?" Lembut sapaan daripada Datin Medina dapat dilihatnya bibir menantunya yang pucat itu.

"Iye ma, Aries dah nak balik nanti kalau ada masa lagi nanti Aries ajak suami Aries jenguk mama ye." Laju sahaja dia menjawabnya.

"Aries penyakit kamu datang balik ye?"

Aries yang sedang mengambil beg bagasi itu agak terperanjat dengan apa yang didengarinya. Macam mana mama tahu ? Eirvard bagitahu ke? Habis semua soalan terpancar di otaknya.

"Eh taklah mana ada ma, Aries sihat ni tak nampak ke ?" Sempat dia memukul dadanya menujukkan yang dirinya sihat.

"Kamu jangan tipu mama darah siapa yang menitik dekat singki dapur semalam ?" Awalnya dia mengagak mungkin darah tersebut milik darah ayam ataupun sirap tapi dia agak pelik darah yang berada di dapur tersebut agak banyak.

Alamak aku rasa aku dah lap bersih semalam ? Habis jangan kantoi jangan sampai mama tahu kesian mama.

"Mama tu darah a-yam lah semalam kan Aries masak ayan kicap tu yang ada tu," mohon mama percayakan Aries.

Datin Medina yang mendengar itu separuh percaya dan separuh tidak percaya betul juga semalam Aries ada masak ayam mungkin sahaja darah tersebut milik ayam.

"Kalau kamu sakit bagitahu mama ye jangan diamkan diri," sempat dia mengusap lembut rambut milik Aries tapi Aries agak berundur sedikit.

"Kenapa Ries ? Ada apa apa tak kena ke ?" Pelik juga apabila dia melihat Aries mengundurkan diri ketika dia ingin mengusap rambut wanita itu.

"Eh tak ma." Aduh alasan apa nak bagi ni?

"Rambut Aries tadi Aries letak minyak rambut takut nanti tangan mama berminyak." Tipu lagi Ya Allah banyaknya dosa aku.

"Ouh baiklah ni mama tinggalkan Aries ye, mama nak kemas dapur ye." Sepat Datin Medina mencium dahi milik Aries.

"Baiklah mama kemas elok-elok ye." Sempat dia mencium tangan wanita itu.

Cukup mama sayangkan Aries dah buat Aries gembira. Semoga kasih sayang Datin Medina tetap bersamanya hingga ke akhir hayatnya.

Tengku Rizqish yang baru sahaja pulang selepas berjumpa Riena terus memasuki bilik isterinya ye isteri yang tidak diiktiraf di dalam hidupnya.

"Kau dah kemaskan semua barang kau ?"

"Dah Aries dah kemas barang-barang Aries." Sudah dikemas barangnya kalau boleh jangan ada satu pun yang tinggal entah bila dia boleh pergi ke sini lagi. Dia sendiri pun tidak tahu.

"Kalau dah kemas baguslah yang kau tercegat dekat situ kenapa ? Bawaklah barang kau keluar jangan nak harapkan aku kau fikir aku bibik kau." Marah suaranya.

"Ye abang Aries bawak barang Aries sendiri ye, abang keluarlah dulu Aries nak amik barang Aries kejap."

Tengku Rizqish yang mendengar itu terus membawakan dirinya ke ruang tamu malas dia nak berlama-lama dengan Aries buat rimas ada isteri seperti Aries.

"Deinz mama nak cakap sikit dengan kamu." terus Datin Medina membawa Tengku Rizqish di bilik Datin Medina.

"Ye mama nak cakap apa ?"

"Mama mohon dekat kamu jagalah Aries tu baik-baik ye, mungkin dulu mama suruh Deinz berkahwin dengan perempuan lain tapi sekarang Aries dah ada di sisi kamu, jagalah dia seperti kamu menjaga mama. Dia perlukan kamu untuk berada di sampingnya."

"Mama pesan awal-awal jangan kamu dera Aries ye, lupakan kisah yang lama Deinz jangan kerana dendam kamu terlupa siapa Aries di dalam hidup kamu." Risau Datin Medina sekiranya Aries berada di dalam keadaan yang sakit.

"Kerana cintanya kuat untuk kamu Deinz Aries terlampau sayangkan kamu, hargai cintanya sebelum terlambat." Sempat Datin Medina menitipkan pesanan untuk anak lelakinya. Dia amat merisaukan keadaan Aries yang tidak sihat itu.

Tengku Rizqish yang mendengarkan pesanan Datin Medina hanya menjulingkan matanya sahaja. Bomoh mana tah kau pakai sampai mama aku pun sayang sangat dekat kau.

"Ye ma Deinz dengar cakap mama jangan risau Deinz akan jaga dia macam Deinz jaga mama. Kesian budak tu dah lah mak bapak dia dah mati dengan siapa lagi lah dia nak bergantung kalau bukan Deinz kan." Dia dapat melihat Aries yang berada di depan pintu rumah itu ingin mengeluarkan air matanya.

Datin Medina yang mendegarkan ungkapan daripada anak lelakinya itu terus mencubit tangan Tengku Rizqish "Mulut tu jaga Deinz"

"Okeylah ma Deinz nak gerak ye, takut jem pulak nanti." Rumahnya dah rumah Datin Medina agak jauh disebabkan itu dia kena cepat.

"Mama Aries gerak dulu ye ma, kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye." Sempat dia mencium dan memeluk Datin Medina "Aries sayangkan mama ingat tu." Sempat dia mengusap badan wanita itu.

"Mama pun sayangkan Aries," sempat dia menepuk badan menantunya itu.

"Kami gerak ye ma." Terus Tengku Rizqish menyalam tangan Datin Medina. "Iyelah baik-baik ye." Sempat dia melambai kereta anaknya.

"Kerana jodoh kamu berdua kuat disebabkan itu kamu berdua boleh bersatu." Seraya itu terus Datin Medina memasuki rumahnya.

——————————-

Ayok Aries dah balik rumah Deinz nak tak kalau Aries ni kena culik ? Biar mamat tempayan tu gila ?

ARIES (C)Where stories live. Discover now