BAB 37 ✅

15.1K 906 111
                                    

Aynaries POV

Tanpa disangka akhirnya hari ini Aries akan menjadi seorang isteri yang sah kepada Tengku Rizqish. Hatinya berbelah bagi sama ada dia gembira ataupun tidak Aries sendiri pun buntu.

Perasaannya sekarang bercampur aduk dia amat merisaukan sekiranya perkahwinan ini terbina atas perasaan dendam. Dan agak sukar untuk dirinya menerima bahawa keluarganya sendiri adalah punca kematian Tengku Firdaus.

Selepas hampir berbulan-bulan dirinya bersama Tengku Rizqish. Ingatanya juga semakin pulih bahkan memori yang pernah dia lupakan dahulu kini dengan jelas sudah dia ingati semula. Walaupun tidak banyak namun ia tetap memberikan kesan kepada kehidupanya.

Dia mengetahui semuanya itu semasa dia sedang tidur. Dan layaran flashback yang dia dapati merupakan memorinya yang hilang. Aries nampak kesemuanya Aries rasa kesemuanya dan Aries dengar kesemua suaranya yang pernah menjadi petunjuk kepada dirinya.

Terlampau sakit hatinya ketika melihat Tengku Rizqish hanya membiarkan dirinya sahaja ketika dia meminta pertolongan. Jeritan dan sayuannya hanya dibiarkan tenggelam bersama air matanya.

Dengan jelas wajah milik Datin Jasmine terpampang di hadapan wajahnya. Wanita itu meraung meminta pertolongan namun Aries gagal untuk menyelamatkan kedua-duanya.

Cuma yang dapat dia lihat ialah lelaki yang membunuh seluruh ahli keluarganya itu memakai kot bewarna putih dan mempunyai tatu yang bertulisan itali. Tetapi dia tidak memahami apa maksud daripada tulisan tersebut. Dan selepas itu dunianya terus menjadi gelap.

Mengeluh seketika dirinya. Datin Medina yang melihat Aries termenung di sebalik jendela di biliknya itu terus menyentuh bahu wanita tersebut "Kenapa termenung ni sayang.?" Lembut suaranya mengejutkan Aries.

Aries yang tersedar itu terus menyentuh tangan wanita yang berumur itu.

"Aries bersyukur sebab ingatan Aries dah sembuh, Aries mintak maaf mama Aries tak sangka semua yang berlaku atas silap keluarga Aries." Menunduk terus kepalanya.

"Mama... Aries dah taknak gunakan nama Elisha bila Aries gunakan nama Elisha hati Aries sakit." Jangan menangis Aries harini hari kebahagiaan kau. Ditahankan juga air matanya supaya tidak mengalir di pipi mulusnya itu.

"Iya sayang mama takkan panggil Aries dengan nama panggilan lama ye. Aries kuatkan sayang jangan menangis nanti mama sedih." Sempat Datin Medina memeluk badan Aries. Hati seorang ibu kan dia dapat merasakan betapa kuatnya Aries untuk bertahan sampai ke tahap ini.

Eline yang sudah lama berada di depan itu hanya mampu menahan sebak. Hati mana tidak hancur melihat perbualan mereka berdua. Aries sudah banyak terluka jadi dia tidak mahu wanita itu terus terjatuh dengan luka dan dendam daripada Tengku Rizqish.

"Mama tok kadi dah sampai." Panggilnya.

Datin Medina yang mendengar anak perempuanya memanggil mereka berdua terus membawa Aries ke ruang tamu.

Tengku Rizqish yang sedang menunggu Aries dan Datin Medina hanya menunggu mereka berdua dengan perasaan yang sabar.

Iyan yang melihat Aries ingin menuruni tangga tersebut terbeliak seketika.

"Wei Riz cantik nak mati isteri kau." Terlompong mulutnya melihat wajah Aries.

Danny agak terkesima melihat wanita tersebut. Dapat dilihat wajah itu dalam keadaan yang sugul mungkin sedih atau gembira dia sendiri tidak tahu.

Tunggu semuanya terbongkar, one day nanti Aries akan tahu siapa keluarga sebenar Aries."

"Wei Danny aku baru perasan kenapa muka Aries ada iras-iras muka kau ?" Aydeen yang berada di sebelahnya sempat membisikan ayat tersebut tidak kuat suaranya hanya berbisik sahaja.

"Manalah aku tahu kau ni pun pelik-pelik soalan yang kau tanya." Sempat dia mencubit perut Ayden agak terperanjat Aydeen kerana dicubit oleh Danny. "Ketam sangat jari kau ni." Marahnya.

"Tengku Rizqish awak dah bersedia ?" Tengku Rizqish agak menggigil sedikit. Betul ke apa yang aku buat ni ?

"Ye saya dah bersedia." Tok kadi terus menghulurkan tanganya dan Tengku Rizqish menyambut huluran tangan tersebut.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Aynaries Delisha Binti Abdul Faresh dengan dengan emas kahwinya 300 ringgit tunai."

Tengku Rizqish tersentak seketika apabila mendengar nama ayah kepada Aries agak lain dan tidak pernah didengarinya. "Aku terima nikahnya Nur Aynaries Delisha Binti Abdul Faresh dengan mas kahwinya 300 ringgit tunai"

"Sah." Alhamdulilah sah mereka semua menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh ustaz tersebut.

Tengku Rizqish yang membawa cincin itu terus menghampiri Aries dan disarungkan cincin tersebut ke jari cantik wanita itu. Dan Aries pun sama melakukan perkara yang sama kepada suami halalnya.

"Cium dahi Aries lah Riz." Terus Tengku Riziqsh menjeling Ziyan dasar mulut perigi terus lelaki tersebut mencium dahi Aries.

Dapat dirasakan perasaan yang pelik di hatinya Jangan terpedaya dengan dia Riz. Terus dia melepaskan bibirnya daripada dahi Aries.

Aries pula terus menyalami tangan suaminya. Walaupun dia merasakan tanganya digenggam dengan kuat namun dia masih setia memegang tangan Tengku Rizqish.

"Tahniah untuk kamu berdua dah diijab kabulkan semoga perkahwinan kamu kekal sampai ke akhir hayat." Terus Datin Medina memeluk anak dan menantunya. Dia amat menyayangi dua insan tersebut baginya mereka berdua adalah segalanya.

"Terima kasih mama." Ucap Aries seraya itu terus mereka bertiga merungkaikan pelukan.

———————————

Yeay akhirnya Riz dengan Aries dah kawin !! Alhamdulilah kawin juga dua manusia ni takut juga kalau tak kawin huhuhu !!

Macam mana gembira tak ? Ke rasa was-was ?

ARIES (C)Where stories live. Discover now