Count 92: The Underground

420 47 9
                                        

Selepas Sarah masuk ke dalam bilik, dia langsung tidak keluar. Leon hanya mampu mendiamkan diri.

Dia tahu bahawa dia bersalah dalam hal ini. Tapi, perkara ini terjadi bukanlah atas kehendaknya sendiri.

Shion duduk di sebelah Leon lalu menyentuh dada milik remaja lelaki itu.

"Dad, there are something wrong inside your body." Ujar Shion.

Leon menghela nafas lalu tersenyum seraya mengusap rambut Shion.

"Don't mind it. I will get better soon." Balas Leon.

"So, apa plan kau?" Soal Syceil.

"Aku nak masak. Tangan aku dah gatal nak memasak ni." Balas Leon tersengih.

Jam menunjukkan 5.00 p.m. Leon menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk. Dia mengambil bahan yang diperlukan untuk memasak.

Syceil dan Shion duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Sarah masih lagi tidak keluar.

Sang purnama berada di atas dan ditutupi dengan awan. Leon menghidang masakannya di atas meja.

Selepas itu, dia menuju ke biliknya lalu mengetuk pintu.

"Dear, come dinner with us.." Kata Leon.

Tiada balasan daripada Sarah. Leon mengeluh lalu mengetuk pintu sekali lagi.

"Dear? You need to eat. It is important for your body. Dear?"

Diam. Tiada balasan daripada Sarah. Leon hanya mengeluh. Dia beredar dan menuju ke bawah.

"Mana Sarah?" Soal Syceil. Leon menggelengkan kepalanya.

"Masih marah eh?"

Leon mula mengasingkan masakannya untuk Sarah. Lalu dia juga turut menjamah makanan yang dimasaknya.

Tiada sebarang perbualan antara mereka bertiga. Setelah selesai, Leon membawa pinggan dan mangkuk yang kotor untuk di cuci.

Syceil perasan bahawa raut muka Leon agak suram. Shion juga perasan tapi hanya mampu mendiamkan diri.

"Syceil kau temankan aku nanti. Kita pergi ke satu tempat yang agak istimewa."

"Eh? Tempat istimewa? Kau nak buat apa dengan aku? Lain macam...Hmmm.."

"Ingat ada budak dekat kau. Jangan ajar dia perkara yang bukan-bukan."

"Ceh. Orang hanya bergurau je kot. Jangan nak serius boleh tak?"

"Not in front my daughter."

"Fine.."

Setelah selesai mencuci pinggan dan mangkuk, dia mengelap tangannya.

"Shion, go sleep with mom. Dad and Syceil will going out tonight." Arah Leon.

"Where are you going, dad?"

"Its something called Peace Bar. You will about it. For now, go sleep with mom." Arah Leon.

Shion mengangguk faham lalu menuju ke bilik di mana Sarah berada.

"Peace Bar? What's that?" Soal Syceil.

"A place where everything about our bounty began." Balas Leon.

Dia kemudian menekan sesuatu di dinding lalu secara mengejut terbuka satu pintu menuju ke bawah tanah.

Leon segera memasuki ke dalam pintu itu diikuti oleh Syceil. Lampu terbuka sepanjang mereka berjalan.

Seminit kemudian, mereka tiba di satu tempat di mana Leon tidak pernah tunjukkan kepada sesiapa.

Tempat itu agak besar dan terdapat pelbagai jenis senjata api. Dari yang kecil hinggalah yang besar.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now