Count 51: Key Of The Red Flame

940 88 9
                                    

Leon memandu dengan tenang menuju ke Istana Sakura. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit.

Tidak lama kemudian mereka berhenti di hadapan pintu gerbang menuju ke Istana Sakura.

Kelihatan 2 orang penjaga Demi-Human sedang menjaga dan ternyata mereka itu ialah separuh naga.

"Berhenti, apa urusan kamu!?" Soal salah satu daripada penjaga pintu gerbang itu.

Leon tanpa membuang masa menurunkan tingkap cermin kereta lalu menunjukkan sekeping kad yang selalu dia bawa.

2 penjaga itu terkejut melihat kad itu lalu mereka segera membuka pintu gerbang.

"Kami minta maaf atas kekasaran bahasa."

"Alright. Tiada masalah. Teruskan tugas." Balas Leon lalu memandu masuk.

Kawasan Istana Sakura amatlah luas. Menuju ke istana itu sahaja sudah mengambil masa selama 4 minit menggunakan kereta apatah lagi jika berjalan kaki.

Setelah tiba di perkarangan istana, Leon meletakkan kereta di tempat yang tersedia.

Mereka berdua keluar dari kereta lalu menuju ke pintu masuk utama istana. Namun, sekali lagi mereka berdua dihalang oleh penjaga pintu masuk ke istana.

Dan Leon sekali lagi menunjukkan kad yang selalu dia bawa. Mereka masuk tanpa ada sebarang sekatan lagi.

Suasana di istana agak sunyi untuk tingkat bawah sekali. Tanpa membuang masa Leon menuju ke arah lif dan diikuti oleh Sarah.

Dia menekan punat 5. Lif mula bergerak ke tingkat yang dituju. Namun, semasa berada di tingkat 4, Leon mula menyeluk di balik kot hitam.

"Leon..?" Soal Sarah pelik.

"Stay here..." Balas Leon serius. Sarah lagilah bertambah pelik.

Mereka tiba di tingkat 5. Pintu lif terbuka dan...

BANNG!!!

TRRRTTTTT!!!!

Sistem pertahanan di tingkat lima mula menyerang mereka berdua. Leon segera menggunakan fasa 3 kuasa miliknya untuk memperlahankan serangan itu.

Dia tanpa membuang masa meluru keluar dari lif, meninggalkan Sarah di belakang. Serangan dari sistem pertahanan istana tidak diendahkan oleh Leon. Kenapa?

Sebab di hadapannya terdapat 2 orang yang sedang menunggunya. Kelihatan mereka ialah pasangan kembar perempuan. Seorang berambut putih dan seorang berambut hitam kebiruan.

Salah satu dari mereka mengacukan sepucuk pistol. Leon juga turut segera mengeluarkan sepucuk pistol.

BANG!

TING!!

Leon tanpa membuang masa memecut ke hadapan dengan kelajuan lebih laju dari sebelum ini!

Satu hayunan kaki diberi oleh Leon! Namun, seorang lagi menahan serangan daripada Leon membuatkan remaja lelaki itu berundur.

"Nice block. You really improve, Saori." Ujar Leon tenang.

"Unlike you, become rusty after two years."

"Well, do you really think my skills become rusty, Satomi?" Soal Leon.

"What? Wanna try?" Soal Saori.

"Nope. I came here for another reason. Chiyo-sama want to meet Sarah." Balas Leon selamba.

"Who is Sarah?" Soal Saori. Pada masa yang sama sistem pertahanan istana dimatikan oleh Satomi.

"There she is.." Balas Leon apabila melihat Sarah menuju ke arah mereka.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now