Count 17: Dream And Promise

1.2K 112 11
                                    

Sarah terpaksa bermalam di Kediaman Einsley selama 1 malam. Kini, dia sedang berehat di bilik tetamu yang tersedia khas untuk dirinya.

Dia keluar memerhati bulan yang sedang mengambang di beranda. Memori di mana dia menggunakan Hell Impact tadi membuatkan dia mengeluh.

"Aku tak patut guna serangan tu. Haih..."

"Cara kau berlawan agak mengagumkan aku, Sarah." Tegur seseorang.

Sarah segera memandang ke belakang. Kelihatan Leon dalam pakaian biasa sedang duduk di kerusi yang terdapat dalam bilik itu.

"Hey, kau tak tahu apa itu privasi?" Soal Sarah dengan tidak puas hati.

"Aku ketuk pintu bilik kau banyak kali, Sarah. Kau yang tak dengar.." Balas Leon selamba.

"Tch! Yelah tu.." Kata Sarah yang masuk semula ke dalam bilik lalu duduk di tilam.

"So, kau nak apa dari aku?" Soal Sarah berpeluk tubuh.

"Nah. Aku just nak cakap yang kau memang hebat berlawan. Hahaha. Scarlet alami patah tulang rusuk." Balas Leon selamba.

"Apa!?" Soal Sarah terkejut seraya berdiri.

"Chill. Kecederaan Scarlet sudah sembuh. Aunty Selene yang sembuhkan. So, kau tak payah risau.." Balas Leon.

Sarah menghela nafas seraya duduk semula. Leon hanya tersenyum sahaja.

"Kau jangan nak risau. Kau dah beri pengajaran yang bermakna kepada Scarlet. Selama ni, hanya aku, William dan Aunty Alicia je yang mampu tewaskan Scarlet dengan senang. Akan tetapi, hari ni dia tahu ada lagi seseorang yang lebih kuat dari dia. So, tindakan kau mengalahkan Scarlet buatkan dia akan berlatih bersungguh-sungguh." Kata Leon tersenyum.

"Apa yang keluarga kau cakap? Yelah. Mesti mereka terkejut sebab aku ni sebenarnya ganas.." Kata Sarah.

"Hah? They like you. Especially Uncle Peter and my grandma. That's why I told you to not worry about it. I know you must be tired. Now, you can rest in this room. I'm gonna out. See ya.." Kata Leon lalu keluar dari bilik, meninggalkan Sarah seorang diri.

Remaja perempuan itu segera baring. Dia menghadap siling bilik itu.

"Dia tak tanya aku pasal kuasa tu?" Soalnya sendirian.

"Dan, kenapa aku berasa terlalu teruja untuk berlawan? Aku tak pernah rasa teruja. And...My bloodlust....Damn it! What the actually fuck happen to me!?" Soal Sarah mengetap gigi.

Tidak lama kemudian dia menghela nafas.

"Tak guna nak fikir. Lebih baik aku tidur....." Katanya lalu menutup mata.

Keesokan harinya. Matahari mula memancarkan cahaya dari sebalik gunung. Bunyi burung berkicauan jelas kedengaran dari luar bilik.

Sarah membuka kelopak matanya. Dia duduk seraya menguap. Kemudian dia berdiri lalu meregangkan badannya.

Dia segera memasuki bilik mandi. Setelah semua selesai. Dia keluar dari bilik sambil memakai pakaiannya kemarin.

Dia melihat koridor. Sunyi. Dia berasa pelik.

"Sunyi juga.. Mana pergi semua orang?" Soal Sarah sendirian.

Dia berjalan di koridor dan tiba di satu ruang besar. Sunyi. Yang hanya adalah pembantu rumah yang sedang mengelap barang yang berada di situ.

"Maafkan saya, mana Leon?" Soal Sarah kepada salah satu pembantu rumah.

"Putera Leon sedang berada di dewan gelanggang sekarang. Jika Cik Sarah nak pergi jalan terus ikut jalan ni dan putar ke kiri. Lepas tu jalan terus dan Cik Sarah akan lihat satu gelanggang bersaiz sederhana." Balas pembantu rumah itu sambil menunduk.

LEON: THE TIME CONTROLLERWhere stories live. Discover now